Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel meninggal dunia

Al Fatihah untuk pakcik saya!

Allah lebih sayangkan pakcik Abah, Arwah Cikgu Hj Ahmad Bakri Bin Khalid. Arwah meninggal di Hospital Putrajaya jam 4.45 pagi tadi. InsyaAllah akan dikebumikan selepas zuhur nanti. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin Al Fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Berita sedih... kembar meninggal dunia!

Imej
Berita sedih ni di sampaikan oleh kawan Abah. Berkenaan dengar kembar.. Sama-samalah kita berdoa untuk kembar Mizs Lea Uci (ID FB), semoga baby kembarnya terus sihat InsyaAllah dan sedekahkan Al Fatihah untuk baby kembarnya yang seorang lagi telah meninggal dunia. Semoga keluarga kembar ini tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah. Ini copy paste dari komen member Abah pasal cerita kembar tu... sayu hati membacanya.. ************* +zaini, oya ni. cuma nak maklumkan, kawan oya lahirkan kembar 18 julai 12 yang lalu, lepastu baby kurang berat.. seorang 1.2kg(adik) dan seorang lagi 0.8kg (abg). semalam petang jam 2, si adik meninggal kerana bleeding. future info tak pasti lagi.. setakat yang diberitahu itu je. dah selamat dikebumikan mlm tadi jam 10mlm. sekarang ni, ibu dan ayahnye tengah survive jaga yang 0.8kg (abg). sekarang baby ada di hospital JB NICU. pilu bila saat oya call si ibu, si ibu tengah pangku mayat adik dari JB untuk di bawa ke MUAR. semoga allah merahmati si ad...

Pesanan Ayah Arwah Faris Nur Daniel

Imej
Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...  Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc...... That might be the last night that he/she does that. ... 2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something. 3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak. 4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active. 5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats. ...mgkin blh jd panduan buat kita semua... Sumber: FB ...

Awan burung!

Imej
As salam, tadi aku belek belek fb geng kembar Sis Ida, lepas tu tertarik dengan gambar dia.. Gambar awan berbentuk burung! Macam helang kan? yang tengah lebarkan sayapnya! MasyaAllah Kuasa Allah.. Kerdil sungguh diri kita nih!.. Awan Burung Takziah pada Allahyarham Dr Lo'Lo' yang meninggal dunia kira kira jam 10:15 malam tadi. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al Fatihah

Anak sahabat aku meninggal...

Dua tiga hari ni aku banyak terima khabar sedih dari orang yang aku kenali.. Hari ni aku terima berita anak sahabat baik aku berumur 4 bulan yang aku kenal sejak dari sekolah lagi meninggal dunia.. Aku kenal kedua dua ibu dan ayah bayi ni...  rupa rupa nya aku ketinggalan sebab sahabat aku ni ada cuba sms aku, tapi aku tak terima dan kisahnya ada keluar di dada akbar.. Bila aku bersembang dengan dia tadi... seperti ada yang tidak kena dengan kejadian ni.. tapi tak perlulah aku ulas kerana sahabat aku tak nak timbulkan isu tu.. cuma dia sekarang nih mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap taska tersebut yang menjalankan perniagaan secara haram dan tidak berdaftar dengan JKM. Jika korang ada kenal peguam yang bagus disekitar Johor Bahru, harap dapat memberitahu aku supaya aku dapat sampaikan kepada sahabat aku itu.. Farid dan Zura, moga kalian tabah dan redha menghadapi dugaan ini, salam takziah dari aku sekeluarga, janganlah terlalu kecewa kerana kalian bertuah kerana a...

Takziah untuk Ibu Kembar 3 Nad Nadzim

Sedih sangat! Baru dapat tahu berita sedih nih... kawan sekementerian dengan wife aku baru baru ni dapat kembar 3 nama FB ibu bertuah Nad Nadzim. Kami semua gembira bila dapat tahu ada lagi kembar 3 yang dilahirkan di Putrajaya nih.. kalau tak silap aku lebih kurang pertengahan bulan Jun hari tu.. Tapi Allah lebih sayangkan kembar no 2 nih.. Takziah buat Nad Nadzim dan keluarga... marilah kita sama sama doakan untuk keluarga ini supaya tabah menghadapi ujian ini dan sedekahkan Al Fatihah buat anak beliau yang tercinta.. Arwah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2011. Aku tak tau nak cerita macam mana.. korang baca laa ayat Nad kepada wife aku... Aku pun tak sekuat dia... Allahuakbar! " Hani, antara 3 bradik arwah sara yg plg fragile, mula2 jaundice tp x serius bwh 200, pastu blood infectn 2 jenis kuman until attack usus dia, feeding tube klua discaj muntah hijau, pastu ada improvement lps doktor bg antibiotik, baru nk gembira ank da ok pas 2hri, paru2 dia plak kena attack pnu...

Al Fatihah untuk arwah Abdul Hakim Bin Mohd Kamal

Imej
Al Fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal. Beliau pemilik blog telordibasuh.blogspot.com . Walau tak kenal tapi sesama blogger aku doakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mengikut abang beliau, arwah meninggal hari ini disebabkan jangkitan paru-paru.  Sedih bila baca biodata diri beliau.... bila beliau taip pekerjaan... 

Jenazah abah izz selamat dikebumikan

Imej
Selepas aku dapat tau, yang jenazah arwah akan dikebumikan di USJ, Subang, aku call member-member lain untuk pergi melawat jenazah. Selepas maghrib, kami bertolak dari Putrajaya ke Masjid Al Falah USJ, Subang. Sampai di sana, kami solat Isyak dahulu. Selepas itu kami tunggu jenazah arwah sampai. Jenazah tiba di perkarangan masjid jam 10.45 malam dari Terengganu. Sempat berjumpa dengan abang kandung arwah , bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu arwah dimandikan dan dikafankan. Selesai semuanya dalam pukul 12.00 tengah malam. Selepas itu kami sahabat-sahabat arwah bersama keluarga arwah, menyembahyangkan jenazah.

Al fatihah untuk abah izz

Imej
Al Fatihah untuk sahabat aku abah izz @ Nasir Ismail. Aku baru dapat tahu berita ni tadi. Arwah meninggal pukul 12.30 tengahari tadi. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah, moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Hari ni genap 2 tahun

Imej
Al-Fatihah... Hari ini genap 2 tahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. Rindu pada abah sangat-sangat... Moga bacaan Al Fatihah ni sampai kepada abah dan mengurangkan rindu aku sekeluarga pada abah...

Al Fatihah untuk Arwah Puan Aishah - ibu kembar 3 perempuan

Imej
Al Fatihah untuk arwah Pn Aishah ibu kembar 3 perempuan yang telah meninggal dunia pada 22 Nov 2010 (betulkan aku kalau tersilap) kerana terjatuh didalam bilik air... Aku, wife dan kembar 3 aku pernah berjumpa dengan kak aisyah ni hospital putrajaya sewaktu kami sedang menunggu untuk ambil ubat di farmasi. Masa tu dia tengah mengandungkan kembar 3 dia ni... Dia datang jumpa dan tegur kami sebab nampak kembar 3 ni.. dia pun cakap dia tengah mengandung kembar 3... Masa tu aku rasa seronok sebab jumpa geng hehehe... rasanya masa tu dia kena tahan wad sebab ada darah tinggi semasa mengandungkan kembar.... Setelah sembang lebih kurang... kami pun berpisah... sampai laa semalam aku tak dengar berita dia... Wife aku beritau, kakak yang kembar 3 kita jumpa kat hospital tu dah meninggal... aku terkejut dengar berita tu... jodoh dan pertemuan tu ketentuan Allah, kami tak sempat jumpa dia lagi... cuma dapat berita sedih ni jer... Al Fatihah untuk arwah kak aisyah.. moga rohnya ditempatkan ...