Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2011

Amazing Deedam!

Imej
Semalam petang aku dapat mesej dari adik aku Deedam. Dia beritau aku dah boleh keluar wad. Hermm.. Cepat betul dia boleh keluar wad, hari Isnin operate, Selasa kat ICU, Rabu kat Neuro, Khamis petang dah boleh keluar wad. Kalau tengok luka pembedahan dia, aku pun tak pasti orang lain sekuat dia.. Cuma dia masih pening-pening dan sakit sikit-sikit. Sampai di rumah mak cik aku dia baring sekejap. Masa tu dah lepas maghrib. Lepas berita, aku layan cerita zombie kampung pisang, tiba-tiba Deedam keluar bilik cakap nak tengok tv. Ya Allah, aku yang tengok dia pun risau, tak sakit ke? ok ke? dia rileks jer boleh jalan-jalan lagi. Takpelah macam mana pun, cuma aku harap Deedam terus kuat semangat dan cepat sembuh. Aku sekeluarga selalu doakan dia cepat sembuh dan sihat cepat, supaya dia boleh mula bersekolah semula. Dah banyak ketinggalan dia, aku harap dia dapat catch up balik apa yang tertinggal. InsyaAllah. Deedam selepas operation, nak balik dah! Ngeri aku tengok luka Deedam Cuma ...

Kembar Azhar dan Azfar dah ada blog!

Imej
Hi semua! Kejap lagi aku nak melawat adik aku, dia masih sakit dan pening-pening lagi, tapi dia kuat semangat. Tadi dia telefon aku pukul berapa aku nak datang tengok dia? Ermm.. dah boleh guna telefon dah... baguslah... moga dia cepat sembuh. Aku cakap tengahari nanti aku datang. Oklah kita tengok geng kembar baru kita ni! Asalnya dia orang tak de blog ada FB jer.. Jadi ayah dia orang dah buat blog. Waa... bleh geng dengan aku ni..  Bapak-bapak kembar menulis blog! Boleh kumpul lagi bapak-bapak yang menulis blog! hehehe... sebab rasanya tak ramai kot bapak yang bercerita pasal anak. Kalau bab bola ke kereta ke ramai laa kot.. Masa gathering geng kembar hari tu dia orang ada join tau! Ok jom terjah blog geng kembar Azhar dan Azfar yang ditaip oleh ayah dia orang!! Silalah support dia orang yer! Rasanya lepas gathering geng kembar tu terus ayah dia orang buat blog! Bestkan penangan blog nih!! Hehehehe.. Bertambah lagi senarai geng kembar aku nih! Alhamdullillah!

Adik aku kuat semangat!

Alhamdullillah, adik aku Deedam seorang yang sangat kuat semangat.. aku rasa aku pun tak sekuat dia..  Semalam aku pergi melawat dia di wad ICU Utara HSA, Deedam tengah baring, kepala dia dah dibotakkan, kasihan aku tengokkan dia, dengan ada longline (CBP) dimasukkan dari urat dibawah bahu, aku pun tak reti nak sebut, mak aku kata anatomi apa tah.. hehehe.. terus ke jantung dia. untuk monitor hemodinamik punya sistem err.. lebih macam tu la.. siapa yang doktor tu lagi arif laa kot.. aku kalau suruh main elektrik pandai laa.. hehehe.. Semalam bila aku sampai dia mengadu bantal keras, sakit kepala dia, baring pun mengiring jer, jadi aku pun minta nurse tukarkan bantal yang lebih lembut tapi dia masih tidak selesa. Petang tu aku balik rumah makcik aku aku bawa bantal yang lebih lembut untuk dia baring.  Petang semalam adik aku muntah, lebih ambil morphine jadi mungkin dia rasa sangat sakit, bila lewat petang dia mengadu sakit lagi, tapi bila doktor nak beri dia morphine, dia b...

Kacang Pool yang sedap!

Imej
Huh... selama aku duduk Johor ni, nilah pertama kali aku makan kacang pool ni! hehehe.. Sedap rupanya! Rasa dia masam pedas err.. sedap laa susah nak cerita.. hehehe.. dia ada daging cincang n kacang pool dalam kuah dia. di makan dengan roti bakar tebal.. perghh!!! sedapnyaa!! Lepas tu atas kuah tu ada telur goreng separuh masak... mabeles! mabeles! bagi peminat telur goreng macam aku nih! hehehe Kedai yang aku pergi ni berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Nama kedai dia Kacang Pool Haji. Kalau datang JB bolehlah singgah yer! Waktu perniagaan dia dari pagi sampai la ke malam. Kacang Pool Haji! Mabeles!! Nama Kedai Nampak tak stok roti!  

Alhamdullillah adik aku dah selamat dibedah

Imej
Kerisauan aku semalam berakhir pukul 6.40 petang semalam. Lamanya adik aku dibedah. Dari pukul 8.48 pagi masuk dewan bedah sampai laa petang semalam. Asalnya doktor jangkakan pembedahan hanya makan masa 4 ke 5 jam sahaja. Tetapi tak kisahlah berapa lama, asalkan adik aku selamat dibedah. Mulianya tugas seorang doktor iaitu Mr Johari pakar neurologi di Hospital Sultanah Aminah yang sanggup buat pembedahan ini, bukan calang-calang orang boleh mengadap pesakit yang dibedah berjam-jam.. Terima kasih Doktor dan petugas-petugas lain yang membantu dalam melancarkan pembedahan ini. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Doktor dan petugas-petugas lain diberkati Allah... Selepas dibedah adik aku dibawa ke wad ICU, mak aku kata, adik aku meracau-racau, menjerit sakit, haus dan lain-lain... mungkin disebabkan kesan ubat bius mula hilang, jadi adik aku rasa sakit.. kasihan dia... Masa aku dapat peluang tengok dia lebih kurang jam 8 malam, adik aku dah tidur, mak cakap doktor bagi ...

Adik aku dibedah hari ni..

Imej
Hari ini hari yang sangat mendebarkan aku... aku tak tenteram... Tak sabar nak tunggu adik aku keluar dewan bedah. Deedam dimasukkan ke dewan bedah pada 8.48 pagi tadi. Sebelum dia masuk aku sempat bercakap dalam telefon dengan dia. Aku cuma boleh pesan pada dia suruh baca Surah AL Fatihah banyak-banyak, dan aku cakap pada dia aku sayang kat dia, mak dan adik-beradik lain semua sayangkan dia, aku pesan pada dia kuatkan semangat. Hati ini tak putus-putus berdoa agar pembedahan berjalan dengan lancar dan Deedam selamat menjalani pembedahan buang tumor ni. Moga selepas ni Deedam lebih sihat dari sebelumnya, moga selepas pembedahan ini yang terakhir untuk dia, tak de lagi pembedahan ulangan untuk buang tumor dia itu.. Adik, sempena birthday Abang hari ni, abang tak nak hadiah apa-apa melainkan abang nak adik selamat menjalani pembedahan ni, adik lebih sihat lepas ni, adik boleh hidup normal macam orang lain dah takde sakit apa-apa lain, abang doa pada Allah agar hari istimewa ni doa a...

Esok adik aku nak kena operate

Imej
Assalammualaikum Hari ini, aku dan Aqil akan balik ke kampung di Johor. Adik bongsu aku akan dimasukkan ke wad hari ini di Hospital Sultanah Aminah JB. Esok adik aku akan jalani pembedahan buat tumor di kepalanya. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Risau juga bila memikirkannya. Harap-harap adik aku tabah dan kuat semangatnya atas dugaan dan ujian ke atasnya ini. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar adik aku cepat sembuh dan sihat selepas menjalani pembedahan ini. Jadi bolehlah dia daftar semula ke Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi untuk belajar kursus yang dia minati itu. Bila aku cakap dalam telefon dengan Deedam, dia rileks jer... aku yang berdebar-debar. Tapi hati dalam dia siapa yang tahu kan?! Bak kata Deedam.. buat tak tahu jer ... Aku kat sini cuma nak minta rakan-rakan doakan kesihatan adik aku jer.. moga dia selamat menjalani pembedahan tu... Gambar hari tu semasa Deedam di tahan di wad. Cerita sebelumnya Kena Bedah Bulan Feb