Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 8, 2012

Klasik!

Imej
Masa Abah bawa si Abang pergi gunting rambut kat Presint 16 ni, Abah tertarik laa dengan benda-benda sekeliling dalam kedai bro ini. Banyak barang-barang klasik, susah nak jumpa sekarang nih! Kalau korang seangkatan remaja purba dengan Abah mesti pernah lalui dan tengok benda-benda ni semua kan!! Si Abang dah berani gunting rambut! Cer tengok kat almari belakang tuh!! Kata Abang "Abah! Abang nak potong rambut square!!" Abah: "Macam sponge Bob ke?" Abang: "Takkk!!! Square!!!" Abah: "Yelah! yelah!!" Masih ada lagi bedak nih! TV lama! Siap ada pintu lagi! Takde remote tau! Radio dulu-dulu!!

Tipon Abah masuk air!

Imej
Haa.. biasa tak guna istilah tipon masuk air nih? Kalau zaman topup dulu, bila kita habis kredit jer.. kita kabor kat kawan kita, tipon kita masuk air kan! Ingat ke tak tau? Remaja purba macam Abah ini sudah lalui pengalaman tu. Tapi hari ini nak dijadikan cerita.. huhuhu.. kisahnya bermula malam tadi laa.. Abah caj telefon kat bilik tidur, lepas tu telefon tu letak laa atas tilam, masa bangun tidur tu telefon tu ada lagi bawah bantal, masih bersambung wayar caj dengan telefon tu. Pagi tadi pula si Adik dan si Angah mengamuk-ngamuk suruh suruh Abah bangun tidur.. lepas tu diorang ajak pergi mandi, jadi Abah mandikan laa si Auni Auni Auni nih.. Si Kakak ni rela hati mandi pagi-pagi nih, siap boleh main-main lagi, ermm.. air tak sejuk sangat laa sebab Abah on kan water heater, itu yang boleh mandi pagi-pagi tu. Bila dah lepas mandikan diorang tu, Abah mandikan si Abang pula, lepas siap tu, Abah tengok laa sekilas kat tilam tu, ermm.. Mama dah kemas tilam tu, cadar pun dah buka basuh se...

Sumbangan untuk Rumah Amal Limpahan Kasih sempena Majlis Iftar

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Seperti yang Abah beritau sebelum ini , Kelab Kembar Malaysia (KKM) akan mengadakan sambutan berbuka puasa dengan anak yatim, jadi kat sini Abah sertakan butirannya. ******* Sukacitanya dimaklumkan bahawa AJK KKM semua sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari RUMAH  AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), Puchong. Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Seri Aman, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor. No tel : 03-8061 8050. Tarikh : 29 Julai 2012 Masa : 4 Petang Dengan itu, saya selaku wakil dari KKM dengan rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk menghulur sedikit sumbangan dan meluangkan waktu untuk bersama-sama menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Kepada para Penaja yang tidak dapat turut serta, anda boleh menyumbangkan apa jua barangan untuk didermakan kepada RALK. Sumbangan dalam bentuk fizikal seperti biskut raya, kurma, telekong,...