Catatan

Tunjukkan catatan dari November 11, 2012

Al Fatihah untuk pakcik saya!

Allah lebih sayangkan pakcik Abah, Arwah Cikgu Hj Ahmad Bakri Bin Khalid. Arwah meninggal di Hospital Putrajaya jam 4.45 pagi tadi. InsyaAllah akan dikebumikan selepas zuhur nanti. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin Al Fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Doakan pakcik Abah!

Imej
Mohon doa AlFatihah untuk pakcik Abah yang sedang sakit ketika ini, keadaan pakcik Abah bernama Ahmad Bakri Bin Khalid sekarang nih boleh dikatakan tidak berapa ok, kena guna oksigen sebab petang tadi nafas dia tercungap cungap. Abah panggil pakcik Abah ni Alang, abang kepada arwah ayah Abah. Bila tengok muka dia teringat Abah kat ayah Abah yang tengah sakit dulu. Alang sakit kanser hati. Arwah Ayah Abah dulu kanser kat bahagian kerongkong. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya. Amin. InsyaAllah. Al fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Happy Birthday Auni Auni Auni!

Imej
Hari ini hari istimewa untuk Abah sekeluarga. Hari ini Birthday AFAHAN yang ketiga. Moga anak anak anak Abah jadi anak yang solehah dan insan berguna pada masyarakat. Tiada sambutan istimewa kerana kami sekarang nih nak balik ke Putrajaya dari rumah nenek di Kota Tinggi. Oklah nanti cerita lagi. Nak gerak dah dari JPO nih! Published with Blogger-droid v2.0.9