Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 17, 2011

Kajian Vaksin Denggi

As salam dan selamat pagi. Pagi ni aku bawa AMR ke klinik untuk kajian vaksin denggi. Kajian ni selama 4 tahun. Untuk anak yang berumur 2 hingga 14 tahun. Klinik klinik yang terlibat ialah Putrajaya, HKL, Batu, jinjang dan penang. Penyertaan untuk seluruh Malaysia tak banyak hanya 2000 sahaja. Negara lain yang terlibat Indonesia philipines thailand dan lain lain negara tropika. Pada pandangan peribadi aku, kajian seperti ni bagus dan membantu umat manusia yang lain. Kat Eropah kajian nih dah lama dijalankan. Asia baru bermula. Maklumat lanjut korang boleh hubungi Hkl Pn Afsah 0193629377 Kk Putrajaya Pn Zaidah 0192481995 Kk Batu Pn Samimah 0196321571 Kk Jinjang Pn Normazila 0193927525 HP.Pinang Pn Wong Lai Yoong 0164304748 Kk Bndr Baru Air Itam Pn Rohayu 048264814 Published with Blogger-droid v1.7.3

Gathering Beraya dengan Geng Kembar 2011

UPDATE: TARIKH TUTUP: 14 OGOS 2011 Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua, Satu gathering untuk geng kembar akan diadakan seperti dibawah nih. Kali ini gathering diadakan khas untuk geng kembar sahaja. Kepada mana mana geng kembar yang nak join gathering nih, bolehlah  hubungi aku atau join group Dianugerahkan Kembar di FB.

Soromban!! Tunggu aku datang!! huk huk huk...

OInsyaAllah awal bulan depan bermulalah kerja baru aku tu.. Masih tak dapat surat lapor diri lagi, mungkin hari ini, mungkin minggu depan kot baru dapat surat. Cuma aku dapat tau dari sumber dalaman yang boleh dipercayai... Mengikut sumber tu, aku akan ditempatkan ke Seremban. Alhamdullilah walaupun luar Klang Valley tapi masih boleh untuk aku berulang alik pergi kerja dari rumah putrajaya nih.. Tengah berkira-kira nak ulang alik naik motor atau komuter. Macam mana pun memang kena bangun awal laa huhuhu... Nanti mama laa yang kena hantar Amrafahan, bukan aku lagi yang hantar, nanti mesti aku rindu sangat sangat tu. Nanti dorang balik dari taska pun mama yang kena ambil, bukan aku lagi dah.. Mesti aku rindu kat Amrafahan nanti, sebab balik kerja mesti aku sampai lewat petang... Masa dengan Amrafahan dah kurang, tak bestnya.. Tapi aku tau, aku kena sabar dan berkorban, semua nih untuk dorang juga, kerja yang aku dapat nih pun rezeki anak anak. Rutin hidup aku berubah untuk seke...

Pesta Makan Durian! JOM!!! Murah tuu!!!

Imej
Pesta Durian 2011 kat KL Tower dan Muzium Telekom! Murah laaa!! Boleh makan sepuas hati!! Dewasa RM 20, kanak-kanak (7-12 tahun) RM 12  Menarik nih! lama tak makan durian banyak banyak nih!! hehehe.. maklumat lanjut klik sini Hari tu aku beli kat pasar tani putrajaya sekilo dah RM 12.. sebijik RM 24 tapi isi memang puas hati laa cumanya tak banyak..! huhuhu

Kompomlah! Sakit kaki tangan dan mulut!!

Tadi tengahari jumpa doktor, doktor cek Auni Auni Auni.. lepas tu dia suruh ambil darah... bila dah keluar result darah tu, doktor kata memang ada virus laa.. cumanya tak teruk. jadi dia keluarkan surat suruh kuarantin kat rumah.. Nanti akan ada pegawai kesihatan datang ke rumah untuk cek Auni Auni Auni... Hermm... Lepas cek tu doktor bagi ubat untuk ulcer dalam mulut, sebab hari tu takde pun MA tu bagi. Dari pemerhatian aku, AN macam dah nak baik, AH pun tengah kena nak baik.. AF baru kena.. harap harap diorang semua cepat cepat sihat lah... dari segi luaran nampak aktif tapi dorang kurang minum susu kecuali AN dah ada selera sikit.. Terima kasih pada korang semua yang tolong doakan kesihatan AMRAFAHAN. Moga korang semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah senantiasa.. Amin..

Klinik lagi!

Setelah 3 hari berlalu, tanda tanda sakit kaki tangan dan mulut kat AN dah berkurang, sekarang ni yang ada tanda si AF dan AH. Tapi aku rasa bukan sakit kaki tangan dan mulut laa... Sebabnya dorang cuma naik macam jerawat kat area mulut, kat kaki dan tangan pun nampak ok jer... Cuma ada demam laa.. Sebab hari kitorang pergi klinik triage hantar checkup kat luar dengan MA aku rasa. Diorang suspect kaki tangan dan mulut. Tapi bila baca komen korang takde tanda tanda macam sakit tu pun. Hari ni nak jumpa doktor nak tanya doktor apa yang tak kena. Oklah doktor dah panggil nih.. Nanti cerita lagi yer... Published with Blogger-droid v1.7.3

Aku boleh HIDUP tanpa KAULAH!!!

Imej
Dah 2 tahun lebih aku hidup tanpa KAU!! Mula mula tu memang menggigil tak tahan!! Tapi setelah diberi rawatan terapi pernafasan... aku berjaya pulih hidup tanpa KAU!!! Aku ada sorang lagi KAWAN yang baru lepas dari cengkaman KAU!! Aku dah ajak lama dah kawan aku nih!! Tapi dia beri macam macam alasan masa tu... sekarang kawan aku dah bebas!!! Tapi kami berdua dah berjangkit penyakit yang baru... tapi... LAGI BEST!! OO OOO OOOO!! LAGI BEST OOO OOOO!!! penyakit baru ni adalah DIA!!!

Wordless Wednesday ke??

Imej
Dah pandai bergaya sekarang ni!! AN AF

Ronda ronda!

Imej
As salam dan salam pagi, semalam petang lepas balik kerja, aku bawa AF dan AH ronda ronda pusing taman kat kawasan perumahan aku tu. AN dan AMR masa tu masih tidur lagi.. Nilah pertama kali aku bawa dorang naik motor.. huhuhu.. rileks jer budak dua orang nih.. sorang berdiri ala ala titanic sorang bersandar di kusyen empuk aku kekeke... Yang bestnya.. bangun tidur terus aku ajak naik motor.. dengan muka selebetnya.. dengan ada air liur basi kering kat pipi aku bawa dorang pusing pusing! hehehe... Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, AF dan AH dan menangis meraung dah nak ikut aku naik motor... huhuhu... dorang dah seronok laa tu.. nanti petang abah bawa jalan jalan lagi yer.. Pagi ni juga aku hantar abang pergi taska naik motor.. punya laa dia suka!! hehehe dah lama tak bawa dia naik motor sejak kejadian motor rosak yang sengal itu! huhuhu Tapi bila sampai sekolah dia, dia nangis.. "Abang nak pergi punch card" huhuhu... dah pandai tu.. sebab selalu ikut aku punch card dul...

Sakit Mata PVD!

Salam petang, Hari minggu lepas aku ada beritau yang aku ada jumpa pakar mata kan... Huhuhu baru nak update hari nih.. Sebenarnya sakit mata aku nih ada kaitan dengan gel dalam bebola mata aku nih.. nama penyakit ni  Posterior Vitreous Detachment (PVD) .  Aku tak rabun tapi mata kiri aku nih macam ada bayang macam silau matahari tu.. kalau berkelip aku nampak laa lepas tu bayang tu akan hilang pelan pelan dalam 2 3 saat.. Hari tu aku perasan bayang kat mana ni bentuk bujur.. tapi sehari dua nih aku tengok dah jadi bujur berbonjol lak.. ala.. bentuk bujur.. tapi ada bonjol kat bujur tu... Pakar kata sebenarnya semua orang akan alaminya sebab ini adalah proses penuaan mata. Biasanya berlaku pada orang berumur 40 tahun ke atas.. tapi dalam kes aku berlaku awal sebelum 40.. huhuhu.. Gel dalam bebola mata nih dia mencair tak solid macam biasa.. sebab tu aku nampak macam ada bayang bayang. Bila aku guna mata kiri untuk melihat, mata ni jadi lambat fokus.. kena rileks 5 6 saat ...

Tidur!

Imej
As salam dan selamat pagi, hari ahad lepas aku tak sempat update blog sangat.. jadi curi curi masa update guna tipon jer.. yang tak bestnya guna tipon ni aku tak boleh upload gambar sebab akaun picasa aku dah sampai limit.. dah maximum.. tensi sungguh.. jadi hari ni baru nak upload.. huhuhu.. Hari ni mama cuti lagi, kena jaga amrafahan yang tak sihat tu.. tak boleh lagi hantar ke taska nanti berjangkit kat anak orang lain.. kesian pula.. Oklah meh layan gambar amrafahan tidur dalam kereta hehehe... ceritanya disebalik gambar kat sini AF dan AH share tidur kat depan

Selamat Hari Lahir Mak!

Hari ni birthday mak aku, hari ni juga dia pencen. Sempena hari istimewa nih aku nak wish kat mak aku... Mak, Selamat Hari Lahir yang ke 58! Moga mak dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diberkati Allah selalu. Kita sekeluarga dan adik beradik yang lain sayang mak sangat-sangat!! Sampai bila-bila!! Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Mak saya! Allah selamatkan kamu Sayang rindu mak sangat sangat! Published with Blogger-droid v1.7.3

Sakit mulut tangan dan kaki

Tadi pergi klinik, sebelum ke klinik mama dah syak AN kena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut.. Aku memang tak tau laa dan tak pernah terfikir dorang kena sakit nih.. Kat klinik Dr syaki AN kena sakit tu.. Ermm.... Kemungkinan boleh jangkit kat AH daj AF. Aku tak pasti dorang berjangkit dari sapa kat mana? Maybe kat taska dorang ada budak yang dah kena atau dari tempat lain... Aku pun tak pasti.. Harap harap AF dan AH tak teruk laa jangkitannya.. Dr nasihatkan kami tak hantar dorang ke taska dulu, takut nanti jangkit kat budak lain pulak.. Si Abang pun ada selsema dan batuk.. Tadi mama amik ubat penuh satu beg sandang tu!! Huhuhu... Harap harap dorang cepat sembuh laa.. Kesian pulak bila tengok dorang demam dan lembik jer... Errr....mana satu yang betul aaa? Sakit Kaki tangan dan mulut atau sakit mulut tangan dan kaki? Huhuhu Location : Jalan P9, Presint 9, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway

Demam!

As salam dan selamat pagi! Pagi ni Amrafahan demam.. Mula mula demam AN lepastu AH lepas tu AF dan abang.. Nasib laa ada simpan stok ubat demam... Bila mama dah bagi ubat demam, nampak laa dah kebah sikit masing masing.. Nanti nak bawa dorang ke klinik laa.. Risau kalau ada sakit lain.. Sebab hari tu demam AN on off... Rasanya Auni Auni Auni demam sebab nak boleh bercakap kot.. Si AF dah banyak perkataan boleh sebut, bila kita cakap diulang balik apa yang kita cakap tu.. Ada laa bunyik bunyik tu.. Nanti bila semua dah boleh bercakap, mau riuh rendah rumah aku nanti!! Hai tak taulah macam mana nanti!! Huhuhu... Published with Blogger-droid v1.7.2

Awan burung!

Imej
As salam, tadi aku belek belek fb geng kembar Sis Ida, lepas tu tertarik dengan gambar dia.. Gambar awan berbentuk burung! Macam helang kan? yang tengah lebarkan sayapnya! MasyaAllah Kuasa Allah.. Kerdil sungguh diri kita nih!.. Awan Burung Takziah pada Allahyarham Dr Lo'Lo' yang meninggal dunia kira kira jam 10:15 malam tadi. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al Fatihah

Cerita hari nih!

Assalamkualaikum dan salam petang, Tadi lepas asar kami dijemput ke kenduri rumah jiran sebelah.. Betul-betul sebelah rumah, kalau roboh dinding memang tembus ke rumah jiran tu.. Dia jemput ke rumah pukul 5 tu ada baca doa selamat rasanya nak sambut puasa kot.. Hehehe walaupun sebelah rumah kami sampai lambat juga.. Maaf yer jiran.. Yerlah nak tungu Amrafahan siap lagi, mama siap lagi.. Mama mekap lagi.. Mama pakai tudung lagi.. Kekeke mama mama lah!! Aku siap cepat jer.. Biasalah lelaki kan! Pantas dan cargas! Lepas datang makan jer.. Tak baca pun doa selamat hehehe kami bercadang laa nak pergi tengok floria untuk last day nih.. Masa keluar tadi jam dah pukul tujuh lebih.. Sampai ka sana nak maghrib dah.. Jadi Singgah Masjid Besi dulu untuk solat maghrib.. Masuk jer kawasan masjid nih Amrafahan dan tidur.. Semua lena nyenyak sungguh.. Ermm... Mama tanya aku, nak pergi ker floria? Ermm.. Kita pusing pusing dalam kereta jerlah, kesian pula kat budak budak ni tidur... Kalau tak dapa...