Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hospital putrajaya

Ya Allah! Kaki Amni!

Imej
Pagi kelmarin (Jumaat lepas) semasa di highway dalam perjalanan ke pejabat, Mama call Abah, menangis nangis, alamak!!! kenapa pula nih! Masa tu Abah baru jer lepas R n R Seremban, jadi takde tempat nak berhenti, suara Mama pula, putus-putus tak jelas! Abah dah tak senang duduk, kenapa pula nih! Ya Allah!! Bagilah aku ketenangan! Yang Abah dengar Mama suruh Abah balik cepat! Abah takde pilihan lain, kena keluar tol Seremban dan patah balik ke Putrajaya, alamak masa nih baru teringat, minyak tak isi lagi, lampu amaran dah kelip kelip, touch n go tak top up lagi! Abah nekad, bawa jer kereta terus, harap-harap tak habis minyak tengah highway, tol boleh pakai cash. Pasang lampu besar kereta, pasang signal kecemasan, Abah terus pecut kereta, nasib baik kereta tak banyak hala ke KL. Dalam perjalanan tu, Abah cuba call jiran depan rumah, tapi tak dapat. Lepas tu cuba call jiran lain pula, Alhamdullillah dapat, terus pesan kat dia tolong tengokkan Mama dan Amni sementara Abah nak sampai sana,...

Lepak ED lagi!

Imej
Hehehe tau tak ED apa? Best woo tempat nih! Ramai orang!! Happening giler!! Tu laa.. asal boring menunggu jer.. mesti update blog! Dah macam blog Abah jer! Padahal blog untuk anak-anak. Huhuhu. Pagi tadi macam biasa laa pergi cuci luka kat jari nih. Alhamdulilah dah makin kering. Minggu depan nak buka jahit dah. Lepas tu, abah cakap laa dengan Nurse tu nak jumpa doktor sebab bengkak kat kaki kiri nih tak susut pula lepas keluar hospital hari tu. Ahad lepas dah pergi klinik minta ubat susut bengkak tapi macam takde apa-apa jadi masih bengkak lagi. Bila jumpa doktor klinik, dia suspek ada urat tersumbat atau apa tah lupa! Hehehe. Harap harap takde apa yang teruk, risau gak! Kaki nih tak boleh bengkok sangat, nak solat pun kena duduk. Lepas tu doktor buat surat refer terus ke ED Hospital Putrajaya. Sampai sini seperti biasa menunggu laa giliran kad hijau. Sebab doktor kat triage kata kat Nurse tu masuk G1, lepas tu Nurse bagi laa Abah kat hijau. Masa tu berharap buka sesuatu yang t...

Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Imej
Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya. Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe). Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat. Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer! Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semu...

Gambar Auni Auni Auni umur 3 bulan

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Gambar ni aku ambil semasa dia orang umur 3 bulan. Masa ni nak balik rasanya selepas jumpat doktor kat hospital. Mula-mula nak letak dalam stroller tu jenuh fikir macam mana nak buat... yang stroller single tu senang laa.. sebab memang sesuai letak baby, (stroller abang punya) yang jadi masalah twin stroller tu, masa tu budak-budak ni kecil sangat... tulang tak kuat lagi.... risau gak sebab stroller tu tak berapa sesuai untuk baby... Sudahnya dapat idea letak tilam dia orang kat situ... Oklah lah takde lah nak tergolek kiri kanan pastu menggelungsur ke bawah... Sekarang Alhamdullilah dah boleh berdiri dah atas stroller tu... meh tengok kat sini ... Macam-macam dah perangai dia orang sekarang... Masa ni baik jer.. hehehe sampai bila-bila pun baiklah Abah!!!  Sessi bertemu peminat kuhik kuhik kuhik!! yang belakang tu tau bukan yang depan nih! Ok dari kiri Auni yang tengah Auni yang kanan Auni! Kenal dah? hehehe

Gambar Auni Auni Auni dalam perut

Imej
Ermm... gambar ni diambil oleh Doktor Noraihan Pakar O&G Hospital Putrajaya. Masa mula-mula tengok gambar ni.. nak menangis rasa... kuasa Allah... Kami happy sangat masa ni!! Keajaiban berlaku dalam keluarga kami!! Masa nih bilik Doktor Noraihan penuh dengan doktor-doktor pakar dan nurse yang lain... semua nak tengok!! huhuhuu... terharunya kami... Kepada Mama yang ku cintai, Abah sayang Mama sangat-sangat!! Luv u forever after!! (erkk.. macam cerita shrek plak!! hehehe) Kepala Auni Auni Auni dalam perut Mama **Nota kaki Abah Pagi ni berjiwang sikit! Teringat kenangan dulu semasa kembar dalam perut!!

Pendengaran Auni Haziqah dah normal!

Imej
Semalam pagi (15 Dis 2010) aku, wife, Aqil dan Auni Haziqah pergi Hospital Putrajaya sebab ada appointment dengan doktor ENT dan Pakar Audiologi. Ini kali ketiga kami datang untuk test pendengaran AH. Mula-mula dulu tak lepas sebab AH ada masalah jantung, (klik sini untuk cerita masalah jantung AH) jadi doktor nasihatkan supaya settle dulu masalah jantung baru boleh buat ujian ni.. Alhamdullillah setelah semuanya ok, kami datang untuk kali kedua untuk buat ujian ini.. Ujian ni budak kena lena/tidur nyenyak supaya senang nak buat ujian... Jadi doktor beri sedikit ubat supaya AH tidur... Bila AH dah tidur, pakar pun buat ujian kat telinga AH,  tapi result dia fail... masa ni aku pergi seorang dalam bilik audio tu, sebab wife aku kat luar tengah kena gastrik... Bila pakar kata, ujian ni, AH gagal aku dah risau... dia kata mungkin anak aku ni, pekak tahap sederhana... maksudnya, suara berbisik dia tak boleh dengar... Aku tak senang hati, risau... kesian kat AH ni... lepas satu, ...

Wad 2C Hospital Putrajaya

Imej
Masuk Wad 2C: 4 Nov 2010 Sedar tak sedar sudah 8 hari anak anak anak aku berada di hospital, Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT dan berkat doa sahabat-sahabat sekalian, anak-anak aku semakin sembuh dari sakitnya... Semalam Auni Naqibah dah boleh keluar hospital, hati mak bapak mana yang tak gembira bila diberitahu oleh doktor yang anaknya dah sihat dan boleh keluar hospital, Syukur Alhamdullillah... InsyaAllah, jika tiada aral, esok Auni Faqihah dan Auni Haziqah pula boleh keluar dari hospital, abah dengan mama, tak sabar nak tengok diorang balik rumah, ketawa, senyum dan lain-lain lah... Semasa aku jaga diorang kat hospital, Aku sampai sakit pinggang laa tidur kat sofa hospital tu, lepas tu nak demam pula, tapi takpe asalkan dapat tengok anak-anak sihat, aku sanggup.. terima kasih pada isteri aku yang beri dorongan kat aku untuk jaga diorang selama ni.. Terima kasih aku ucapkan pada semua doktor dan jururawat yang sudi menjaga dan merawat anak-anak aku sehingga sihat... ...

TIGA!!!!!!

Imej
Disuatu masa... ditempat yang random... boleh ke guna ayat macam tuh? Ahh.. belasah jer!! Bukan nak masuk periksa pun!! hehehe... Orang yang tak dikenali: Kembar dua ke? Aku: Taklah... Kembar tiga!! OYTD: Tigaa!! Alhamdullillah!! Mana lagi seorang? A: Tu! Ada dengan Mama dia... OYTD: Ohh... Kembar seiras ke? A: Haah... OYTD: Laki ke? A: (Dalam hati: hampeh! dah pakai baju pinky pinky tanya laki ke pompuan!! Tengok betul-betul laa!!)(Senyum) Tak lah... perempuan... OYTD: Tiga-tiga perempuan?! Bestnya!!! Macam mana jaga? A: Kamilah jaga.. (Abah, mama & Abang Aqil) OYTD: Yang ni perempuan juga ke? A: (Dalam hati: hiyaargghh!!!! Dusyumm!! Dusyumm!!! trattt trattt tat tat tat... tattt!!! (bunyi mesin gun..hehehe..) (Senyum) Taklah... ni abang dia.. OYTD: Ohh... sekarang dah empat orang anak laa... A: (Senyum) Haah... OYTD: Lepas ni cukuplah... tak payah beranak lagi... Mama: Haah... kilang tutup dah... A: Hehehe... sapa kata kilang tutup... hehehee.... ini adalah seb...