Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kat sini aku nak cerita sikit macam mana kami boleh dapat kembar. Cerita dalam bentuk Q&A. Ok kita mula dengan.. Soalan Pertama Adakah saudara mara yang ada anak kembar? jika ada sebelah mana? Ada, abang kandung abah wife,kembar lelaki tak seiras. sebelah sepupu mak wife pun ada. pakcik n makcik. Jadi, mungkin gen kuat dari sebelah isteri. Tapi kami tahu ada gen kembar semasa raya tahun 2010 (sept 2010). Semasa kembar berumur 10 bulan. Sebelum tu, jika ada orang tanya, kami jawab setahu kami takde gen kembar... Sebelum ni, kami ingatkan abang kandung ayah wife kembar tahun (lahir seorang pada awal tahun seorang pada hujung tahun) Soalan Kedua Ketika isteri mengandung ada alahan luar biasa tak dan sejak bila tahu isteri mengandung kembar 3? masa permulaan mengandung, ingatkan mengandung biasa je, sebab tak jangka ada gen kembar. tapi, masa kandungan masuk bulan ke2 perut tinggi, nampak mcm dah mengandung 5 bulan. wife tak lalu makan ...