Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 9, 2012

Syabas Malaysia!

Imej
Syabas Malaysia! Walaupun kalah 0-2 kepada Thailand bermain ditempat lawan, Abah rasa pemain Malaysia sudah memberikan aksi yang terbaik! Pada Abah game tadi oklah berdebar juga tunggu gol! Macam game final pula! Yelah.. lawan Thailand kan... antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tapi malang, pihak lawan yang dapat gol! Abah rasa bukan Abah sorang jer kot yang tak puas hati dengan tindakan pengadil tadi! Ramai lagi rakyat Malaysia yang tengok mesti tak puas hati juga! Rasa macam berat sebelah pun ada! Tak pasal-pasal seorang pemain Malaysia kena buang tadi si Fadli Shas tu... (edited) Takde rezeki tahun ini untuk Malaysia mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012. Lain tahunlah kita buru balik! Bagi sama Singapura ataupun Thailand pula! Sang Singa melawan Sang Gajah! Kita tengoklah siapa yang bawa balik Piala tu nanti!!  Syabas Malaysia! Syabas Harimau Malaya! Info lanjut perlawanan klik sini Nota Kaki Abah: Pada pendapat Abah laa.. ranking FIFA tu penting tau! Kalau ...

Makan malam yang huru hara!

Mama pergi kursus kat Ipoh, Perak. Dia sampai lambat untuk ambil AMRAFAHAN,  jadi Abah kena ambil diorang kat taska. Disebabkan Abah dari Seremban,  Abah sampai lambat ke taska. Keluar dari opis lebih kurang 5.38pm, sampai taska dalam pukul 6.35pm. Itu pun Mama dah call, cikgu taska suruh ambil. Lebih pukul 5.45pm kena caj seorang RM5. Kalau 4 budak jadi RM20 laa. Abah pun silap lupa nak beritahu cikgu Abah ambil AMRAFAHAN lambat sikit sebab dari Seremban, takpelah yang penting AMRAFAHAN selamat walaupun bayar lebih sikit tadi. Disebabkan Abah terlalu rajin nak masak, jadi Abah ajak laa AMRAFAHAN makan kat luar, makan kat kedai diorang cakap. Abah saja laa bawa kat medan selera presint 16 kat pusat kejiranan tu. Dari dalam kereta Abah dah pesan, turun kereta pimpin tangan, ermmm... sekejap jer diorang ikut arahan selebihnya semua nak jalan sendiri. Hehehe Sampai kat meja makan Abah suruh tunggu sekejap sebab kat situ semuanya self service. Baru nak gerak ke kaunter order maka...

Kisah ketabahan seorang ibu kembar!

Abah terbaca satu kisah salah seorang ibu kembar dalam FB group Dianugerahkan Kembar. Kagum dengan beliau. Abah kongsikan kisah beliau.. Puan  Rusyda Izati Azizi ****************** Kita hanya mampu merancang , tetapi Allah lebih Maha Perancang.. Saya tidak pernah merancang untuk menamatkan zaman muda saya terlalu awal, tetapi disebabkan saya sedar akan kelakuan saya sebenarnya mengundang dosa dan menarik segala keberkatan yang ada dalam hidup saya, saya mengambil jalan untuk berkahwin.. Bukan kerana kami melakukan sesuatu yang keji, tetapi sesungguhnya keluar berdua-duaan itu dah pun menjadi dosa, bercakap dengan nada romantik pun dah menjadi dosa.. Kerana diantara kami tidak ada ikatan yang sah.. Jadi salahkah saya memilih untuk berkahwin di usia awal??? Ada yang mengatakan saya gatal dan gedik, tapi saya buat perkara yang betul.. Lagipun suami saya pada waktu memang patut dah kahwin dengan usianya.. Adik-adiknya ramai yang dah kahwin..  Pasal anak pula.. Di awa...

Pesanan AMRAFAHAN pada Abah

Pagi tadi sebelum Abah pergi kerja, masa Abah nak masuk dalam kereta datang laa AMRAFAHAN kat Abah nak babai Abah. Si Abang ni sempat laa berpesan pada Abah... "Abah bangun awal tau! Jangan kencing kat tempat tidur macam Abang tau!" Adoihh!!! Abang nih! Ingatkan nak cakap apa tadi, lepas tu si Kakak pun pesan kat Abah juga "nanti jumpa lagi! Nanti Abah balik tidur dengan Kakak tau! Tidur peluk Kakak tau!" Si Angah "Kanti keluk Angah tau!" Si Adik "nanti peluk Adik tau!" Semua tiru Kakak diorang cakap! Comel jer! Abah jawab ok, dalam hati Insya Allah Abah balik kerja Abah bawa kereta elok-elok supaya selamat sampai boleh jumpa anak-anak Abah nanti! Rindu pula dengan diorang! Hehehe Nota kaki Abah: Abah dah selamat sampai kat rumah semalam! Duit RM20 tu Abah buat isi minyak kereta! Hehehe

PATI mauk pulèngg!

Alhamdulillah Abah baru habis bersukan! Bersukan laa sangat!!! Hahaha janji keluar peluh selepas beberapa tahun tak keluar peluh dengan cara macam nih! Sekarang ini dalam perjalanan balik ke Seremban dengan budak opis Abah. Insya Allah selamat, dah rindu kat AMRAFAHAN! Sampai Johor hari Jumaat lepas, malamnya Abah main bowling, alaa cuci longkang bowling kat Danga City Mall tu, kotor sangat!  Hehehe, esoknya pula Abah jadi tukang ambil gambar kawan-kawan Abah main badminton jer! Hehehe kalau Abah main nanti jadi penyebab kekalahan pasukan Abah yang sedia memang dah kalah! Mama lagi terrer main badminton jika dibandingkan dengan Abah. Huhuhu Pagi tadi pula main futsal, punya laa lama tak main futsal, kasut futsal Abah siap ada sarang labah-labah lagi!! Tapak kasut pun dah keras, siap merekah lagi! Hehehe Tapi sempat laa main 7 8 minit, itu pun rasa macam nak pecah dada! Sehinggakan seluar track suit Abah rasa longgar! Kekeke punya lah menipu nyer!! Alaa... nak tunjuk Abah dah kuru...