Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 1, 2011

Selamat Hari Ibu!

Imej
Selamat Hari Ibu!! Pic from Google untuk semua insan bergelar ibu!!! Semoga hidup kalian diberkati Allah dan dirahmati Allah atas jasa-jasa kalian sebagai seorang ibu!!

Sedapnya eskem nih!!!!

Imej
Selepas jumpa nenek kat alamanda, kami anak beranak  pergi laa makan eskem.. Disebabkan kedai eskem nih baru buka, dan kitorang saja ngada-ngada nak test.. err... sebenarnya masa tu tengah pikir apa nak makan malam yang ringan-ringan.. nampak kedai eskem tu terus nak try.. hehehe Eskem ni lain dari yang lain sebab kita boleh pilih perisa dan topup apa kita nak, lepas tu tukang gaul eskem nih akan gaul eskem dan topup yang kita pilih depan mata kita... ala.. gaul-gaul macam tu jer.. lepas tu hias sikit-sikit... Yang buat aku nak rasa tu sebab dia gaul-gaul depan mata tu.. nampak sedap gila!!!! Lepas tu bila dah siap tu diaorang hantar laa kat kami...

Bila jumpa peminat, macam nilah gayanya!!

Imej
Hari tu pergi Alamanda.. masa tu nak beli ubat kat watson, jadi aku suruh laa mama tunggu dengan AMRAFAHAN kat depan watson tu.. Aku pun masuk kedai... Bila dah siap beli barang tu.. ada awek kedai mekap tu tengah  sembang dengan mama, aku pun datang kat diorang... lepas tu diorang nak amik gambar kembar... hehehe... agaknya Auni Auni Auni macam dah biasa kot.. orang amik gambar nih.. buat tak heran jer... yelah.. dari kecil orang dah amik gambar diaorang.. hehehe... Bila awek amik gambar Auni Auni Auni, aku amik laa gambar awek nih... tengok gaya dia amik gambar! hehehe..  agaknya dia perasan aku amik gambar dia.. terus jee malu-malu...

PM Najib kat Hot FM

PM kita DS Najib berada di konti Hot FM sekarang!!. Mai lah kita dengar apa kata PM kita sembang dengan krew pagi Hot FM FBI dan Fafau... Nak tanya dialah kenapa minyak petrol asyik naik jer... tak turun-turun?!!! Rakyat Malaysia makin kaya kot sekarang nih!!?? huhuhuu

Tak de akai punya orang!!

Imej
Ini laa akibatnya kurang didikan agama.... Membunuh dan bunuh diri tu kan dosa besar!! Kalau ada agama pun.. mesti fikir pakai tumit!! bukan pakai akal!!! Kesian kat ibu muda tu!! Kesian kat anak-anak dia... Kejadian ni berlaku dekat  jer dengan kampung wife aku... Macam-macam kes bunuh dah kat Malaysia nih.. Moga kita semua dijauhkan dari perkara seperti ini.. Amin... Baca kat sini...

Pemenang Segmen Pertama Amrafahan!!

Imej
Keputusan Cerita 1 - 7 undian Cerita 2 - 3 undian Cerita 3 - 0 undian Cerita 4 - 2 undian Cerita 5 - 6 undian Jadi, Pemenang Segmen Pertama Amrafahan adalah seperti berikut!! Cerita yang mendapat undian terbanyak adalah cerita 1 dari  Padlie!! jadi Padlie adalah pemenang segmen aku nih!! Tahniah Padlie!!! **Padlie nanti bagi nama penuh dan alamat ko kat email aku, aseng1@gmail.com  nak send hadiah! Cerita yang mendapat undian kedua terbanyak adalah cerita 5 dari  Makbed!!   Tahniah Makbed!! ** Makbed nanti berhubung terus dengan penaja ye, Ibu Amir Amirah dari Little Twin Shoppe , ni email dia,  dibah575@yahoo.com Terima kasih pada peserta yang tidak berjaya kerana sudi support segmen aku nih.. terima kasih juga kepada pengundi-pengundi semua.. 

Boleh tolong undi tak??

Imej
Sticky Post Sehingga 5 Mei 12.00 tengahari Entri baru sila scroll ke bawah yer! Assalammualaikum dann selamat pagi! Hari tu aku ada buat segmen pertama Amrafahan . Alhamdullillah ada sambutan. Terima  kasih pada yanng sudi menyertai segmen aku. Sekarang nih aku nak minta tolong pembaca-pembaca sekalian UNDI untuk cerita yang paling best korang rasa layak menang! Cara nak mengundi senang aja. Taip undi korang di ruang komen niih.. seorang boleh undi 2 cerita saja. Cerita yang paling banyak dapat undian akan dapat hadiah dari aku. Contoh. Aku undi 1. Cerita 2 2. Cerita  5 Senang kan? Korang boleh baca cerita-cerita diorang kat sini Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3 Cerita 4 Cerita 5 Undian ditutup pada 5 Mei 12.00 tengahari Tuan punya cerita pun boleh mengundi sekali!!

Nak beli beg cantik dan murah tak?

Imej
Haa.. jual beg aku skg nih!!! Tak tak tak.... tak jual beg pun... aku jual towel jer... heee... Kalau korang tengah cari beg untuk letak telekung ke barang-barang baby ke mekap ke boleh lah tengok kat kedai alam maya Ibu Amir Amirah nih.. geng kembar juga nih.. Nama kedai dia LITTLE TWIN SHOPPE . Ada bermacam-macam jenis beg dan barang-barang lain... boleh lah lawat yer... tengok-tengok mana yang berkenan kat hati.. Untuk segmen pertama Amrafahan , pemenang kedua akan dapat beg yang ditaja oleh LITTLE TWIN SHOPPE nih.. Terima kasih  LITTLE TWIN SHOPPE sudi taja hadiah untuk segmen aku nih!! Beg ni Ibu Amir Amirah buat sendiri tau!! Cakap omputihnya HANDMADE!!! memang kreatif laa dia!!! Nama bag ni...  BLACK AND WHITE TOTE BAG Size: LEBAR 16 inci x TINGGI 10 inci Cantik kan? Untung siapa yang dapat nih!!!

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

Imej
SAYA DAPAT BANNER NI DARI ...... www.benashaari.com Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Tak nebes dah!

Alhamdullillah selesai dah interbiu aku! Tadi punya laa nebes... segala mak nenek perasaan ada... Mula mula masuk bilik interbiu tu nebes gila... bila dah setat sembang tu kurang sikit laa... nasib laa dia tak tanya pasal kenegaraan sangat... aku punya laa kalut nak mengapai nama menteri bagai... tapi tak tanya pun... Keputusan interbiu bulan depan... Kalau Allah tetapkan rezeki aku dapat kerja nih Alhamdullillah rezeki anak anak... kalau tak dapat pun tak pe, rezeki anak anak juga.. Allah lebih tahu, kita merancang Dia tentukan.. Pada sahabat luar sana yang belum dapat kerja atau kerja tetap, janganlah risau, cuma kita perlu usaha lebih sikit jer... ceeewaahhh bagi nasihat plak kat orang!!! Apa apa pun ingat, rezeki tu datang dari Allah, bukan manusia... Kita enjoy!! Heee...

Nebes!

Nebes!! Jap lagi giliran aku! Aku no 6, no 5 tgh di interbiu... Tangan dah berpeluh peluh nih.. macam macam rasa.. huhuhu... Dari pemerhatian aku, setiap orang yang diinterbiu ambil masa lebih kurang 30 minit... Harap harap aku dapat lalui interbiu nih dengan lancar... InsyaAllah Amin..

Darah gemuruh aku datang lagi!!!

Haa... dah bertahun-tahun darah gemuruh aku nih tak datang... hari ni pula tiba-tiba dia nak datang... hadoii... gigil-gigil dah nih... Kenapa aku gemuruh??!! Esok aku ada temuduga dengan SPA Putrajaya untuk jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kejuruteraan Elektrik)... pukul 8 pagi... grrr....grr.... macam mana laa nanti? apa benda laa diorang nak tanya?? Aku dah laa lama tak bertemuduga nih... last 4 tahun dulu... Harap-harap aku boleh jawab laa.. dah tua-tua macam aku nih pergi temuduga gemuruh dia lain laa... masa nak dapat kembar 3 dulu tak macam nih.. siap boleh lipat baju anak-anak kat waiting room... tapi kali nih punya gemuruh dasyat aa... huhuhu... Harap-harap aku tak gemuruh sangat laa esok, nanti kang dia tanya lain aku jawab lain pula... elok dia tanya anak berapa orang? patutnya aku jawab 4 orang anak encik!!... aku risau aku jawab 4 orang isteri encik!! huhuhu.... Nak dijadikan cerita, tapi tengahari aku saja laa nak cek dokumen cukup ke tak?! Bila aku...

Kepenatan yang amatt!!

Yeyyy!!! Akhirnya dapat juga aku buka blog kat rumah!!! baru pueh guna internet kat rumah... kalau tak mesti aku membebel macam ni .... Haa.. untuk segmen pertama amrafahan tu dah tutup, jadi aku akan update pada esok hari... maaf yer terlambat update... Alhamdullillah terima kasih pada yang sudi join.. Pemenang akan dikira berdasarkan undian yang dibuat oleh pembaca cerita korang nanti.. sesiapa yang banyak dapat undian dialah dikira menang... adil tak? Hadiah untuk segmen nii nanti aku beritau... hehehe... special woo... hehehe.. Oklah.. nak rehat nih... rasa mau pengsan sudah.. esok kita jumpa lagi! daa...

Segmen Pertama AMRAFAHAN

Imej
Entri ini melekat sehingga ** 1 MEl 2011 jam 11.59 malam ** Update Entri baru sila scroll ke bawa yer! Assalammualaikum kawan-kawan, Pertama kali aku nak buat segmen nih, saja seronok-seronok, kot-kot kita dapat tambah kenalan lagi, InsyaAllah... Ok kita mula... 1. Mula-mula kena letak header AMRAFAHAN yang kat bawah nih.. 2. Letak tajuk: AMRAFAHAN: Cerita mengarut aku! 3. Apa yang korang perlu buat ialah tengok kat keyword search korang di nuffnang >> analitik >> kata kekunci atau blog stats >> Traffic sources >> Search Keywords , pilih 1 katakunci yang menarik dan buat 1 entri dan reka cerita mengenainya.. Contoh macam cerita ni!  Letakkan link entri korang di ruang komen sini! Print screen sekali tau bukti korang amik dari kata kunci dari blog korang!! Contoh kata kunci dari Nuffnang Contoh keywords Blogspot 4. Setiap cerita yang tersenarai akan diundi untuk mencari cerita terbest , InsyaAllah ada sedikit cenderahati dari aku pada ya...

Mati kutu bila..

... Internet tak de depan mata... nih yang penat ni, bila terlalu bergantung pada internet... rasa macam tak lengkap hidup... kekeke... teringat kat blog! nak baca blog kawan-kawan... nak buka facebook! nak surfing internet! nak google apa saja maklumat yang terlintas kat kepala! waa... bila idea datang tapi internet takde, mati terus idea.. paling tidak pun save dulu sebagai draft, publish kemudian... Teruk betul laaa demam internet nih... huhuhu... ermm mesti ada nak tanya, kenapa tak guna berukband? Dulu aku pengguna tegar berukben, siap amik pakej yang mahal lagi tuh.. tapi servis macam hampeh.. mengecewakan aku.. teruk tukar pakai streamyx, walaupun speed rendah, tapi tak mengecewakan aku, lepas tu upgrade pula ke unifi, perghhh!!! lagi laaa pueh hati!! sangat-sangat pueh hati... download muvi 2G file tak sampai sejam... buka youtube terus play jer.. takde buffer-buffered nih.. bila macam tu, lagi laa aku menyampah kat berukben tuh... sesekali berjauhan dengan unifi aku, ak...