Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 19, 2012

Doakan Anak Kecil Ini!

Imej
Tersentuh hati Abah bila melihatkan anak kecil ini terbaring kesakitan! Umurnya sebaya dengan si Abang... jika sahabat semua berkemampuan bantulah keluarga ini. Nama anak ini Amyra Balqis Binti Jefri. Umur 4 tahun. Masalah yang dia hadapi ialah mengidap kanser darah dan kayap ular. Semua sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun ibunya IBU MYRA : HERNA BINTI SELAMAT MAYBANK : 112054047075 CIMB: 1601-0020617-52-6 FB IBU MYRA : https://www.facebook.com/missherna Ataupun sekurangnya berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan cepat sembuh dan share  kepada kawan-kawan yang lain. Sedikit maklumat dari FB **************************** SHARE !!! BISMILLAH.. CARA MUDAH MENDAPATKAN PAHALA.. INSYALLAH.. ASSALAMUALAIKUM, SAHABAT-SAHABAT YANG MASIH ONLINE, SAYA MOHON DENGAN SEPENUH HATI, BANTULAH ADIK MYRA YANG SUDAH HAMPIR SETAHUN MENGHIDAP KANSER DARAH, PERBELANJAAN YANG TINGGI SETIAP BULAN APALAGI SI IBU YANG HANYA BERKERJA SEBAGAI KERANI DAN BAPANYA PEMANDU...

Balik Penang semula!

Imej
Entri ringkas jer! Malam ini InsyaAllah Abah akan balik ke Bukit Mertajam semula untuk jumpa dengan AMRAFAHAN. Naik bas dari Putrajaya. Harap-harap tak jem macam balik Putrajaya hari tu! Kalau ikut tempoh perjalanan mungkin pukul 3 pagi lebih akan sampai di terminal bas Butterworth. Lepas tu balik semula Putrajaya dengan kereta bersama AMRAFAHAN. Harap-harap larat laa hendaknya! Abang, Kakak, Angah, Adik, Mama tunggu Abah sampai yer! Rindu sangat-sangat kat korang nih!!! Doakan Abah selamat sampai yer AMRAFAHAN! Yang dirindui! Dari kiri Adik, Abang, Angah dan Kakak!

Cer teka!!!??

Imej
Cuba teka! Mana satu Abah?! Rindu pada kawan-kawan Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi dulu! Bilalah akan berjumpa lagi dengan korang!! Masa ini Abah ambil kursus Elektrik batch 94/95. Apa cerita kawan-kawan yang lain yer?! Cuma dapat bersua di FB jer.. Budak kelas Abah kebanyakkannya gonjeng-gonjeng! Haa tau gonjeng tu apa? **Kalau betul Abah tolong promote blog dia kat blog Abah! haaaaa.....

Mood Abah = Rindu AMRAFAHAN

Imej
Mood Abah: Rindu kat AMRAFAHAN dan Mama sebab diorang kat Penang dan Abah kat Putrajaya / Seremban. Dah 2 hari tak jumpa!! Hadoihh... balik kerja rumah sunyi jer! takde orang menjerit sambut Abah balik! Tak de orang buat pertanyaan beramai-ramai dan berulang-ulang kali "Abahhh!! Abah pergi mana tadi??" dari 4 orang budak kecil yang comel! huhuhu rindu!!! Walaupun Abah dah jawab hari-hari, tapi hari-hari juga diorang tanya! Seronok Abah! Rindu saat-saat tu! Sambut Abah kat muka pintu berlari-lari berebut-rebut nak peluk dan salam dengan Abah! wahhh!! Rindunya!! Esok malam InsyaAllah Abah akan balik ke Penang semula dengan bas nak ambil diorang semula. Cuti raya dah habis! harap-harap tak jem macam Abah balik Putrajaya hari tu! Kematu bontot duduk dalam bas 8 jam! huhuhu Sempena Raya ni... Beli smartphone baru jom... Offer offer!

AMRAFAHAN di Harian Metro lagi!! Edisi Raya pula!

Imej
Alhamdullillah kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro lagi! Kali ini kisah pasal raya pula! Meh baca kat sini! Terima kasih Harian Metro! Harian Metro 22 Ogos 2012 Sempena Raya ni... Beli smartphone baru jom... Offer offer! Melayan kembar tiga SELAIN perasaan bahagia dan ceria memiliki anak kembar, menyediakan keperluan raya tentunya memberi cabaran kepada ibu bapa terutama bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak kembar tiga. Bagi Noorhany Ishak, 33, dan Huszaini Haron, 33, yang memiliki kembar tiga perempuan seiras, seperti tahun sebelumnya, mereka mula membuat persiapan menjelang pertengahan Ramadan. Ini bagi memastikan semua keperluan dapat disediakan mengikut waktunya. “Biasanya untuk suami dan anak sulung (Aqil Muhammad Rayyan) menempah baju Melayu kerana lebih mudah mendapatkan rona yang sama manakala untuk anak kembar saya lebih suka membeli menerusi talian kerana menjimatkan masa,” kata Noorhany. Namun cabarannya apabila terpaksa menyediakan pakaian...

Beli Harian Metro hari ini tau! ada cerita kembar 3!

Imej
Haaa..... saja laa nak tolong promote nih! Nanti belilah Harian Metro hari ini yer (22 Ogos 2012)!! Ada cerita raya pasal kembar 3. Cerita AMRAFAHAN pun termasuk sekali! Abah pun tak sabar nak baca cerita-cerita kembar 3 yang lain! Abah tak tau siapa kembar tiga yang di interview lagi?! Kalau orang baru bolehlah berkenalan, kalau dah memang geng kembar dalam Kelab, memang surprise laa! Nanti korang beli ekk!! Beli tau!!! heheehe (Entri ini ditaip pukul 2.15 pagi, jadi Abah tak beli lagi laa HM untuk hari ini... Wartawan tu beritau Abah cerita kembar 3 berhari raya akan keluar hari ini :) )

AMRAFAHAN Raya 2012!!

Imej
Antara gambar-gambar yang sempat diambil masa hari raya pertama hari tu!  Gambar maybe tak cantik sebab upload cam ada problem sikit!