Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kembar 3

Happy Birthday Amni! dan Selamat Hari Raya Aidiladha 2021!

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini hari paling istimewa buat #AbahAmrafahan sekeluarga, satu sebab menyambut Hari Raya Aidiladha kat Putrajaya buat kali berapa tah!😅😂, Satu lagi sebab menyambut ulangtahun kelahiran anak bongsu Abah ( setakat hari ini 😁) Amni yang ke 8.  Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin Semoga Allah menerima amalan dari kita dan kamu Buat Amni Musfirah Rifqah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 8 buat anak bongsu Abah, Amni, moga menjadi anak yang solehah dan bermanfaat kepada orang lain! Abah, Mama, Abang, Kakak, Kak Ngah, Kak Cik sayang Amni sangat-sangat! #Amrafahan  #kembar #kembartiga  #aidiladha #happybirthday #Amni  #8tahun 

Doktor menyatakan akan dapat kembar 5....

Imej
Doktor laa yang cakap... Meh baca keratan Metro Ahad hari nih... Masa interview tu macam banyak maklumat, bergambar bagai. Siap panggil family kembar 3 yang lain, mula-mula ingat tak keluar dah cerita nih sebab dari tahun lepas interview. Lepas buat tak tau laa. Tup tup dapat mesej kata keluar hari nih. Oklah tu, Tapi Abah rasa diorang patut siarkan gambar beramai-ramai tu, sebab semua famili kembar ada, kembar 3 ada 3 famili, kembar 4 dan kembar 2 pasang. Apapun terima kasih buat wartawan harian metro yang sudi interview kami semua. posted from Bloggeroid

Jumpa geng kembar 3 berblog lagi!!!

Imej
Hai lah... dah tua agaknya Abah nih... terlepas pandang ada satu blog Ummi Kembar 3, baru jumpa tadi.. Ummi Kembar 3 nih ada kembar 3 tak seiras, jadi senanglah nak bezakan! Kalau macam Auni Auni Auni nih... hari-hari Abah salah panggil! Hari-hari kena gelak dengan Mama.. cuma Abah tak cerita dalam blog jer! huhuhu.. kantoi laa kalau cerita hari-hari Abah salah panggil diorang kan!! ehhhh haa.. kan dah tercerita pulak!! hahaha!!!! Ok.. Nama kembar 3 nih Leia (Kakak), Raid (Abang) dan Dhia (Adik). Yang bestnya blog Ummi ni bahasa omputih! jenuh Abah nak paham! hahaha... (paham laa.. tapi buka kamus laa.. hahaha) EEerr... maklumlah.. dulu Abah sekolah kat england depa tak ajaq bahasa omputih nih! hehehe Meh tengok muka diorang yang Abah cilok dari blog Ummi diorang.. jangan marah aaa Ummi!! Ohh yer! Umur diorang dah 10 bulan pun!!!

Beli Harian Metro hari ini tau! ada cerita kembar 3!

Imej
Haaa..... saja laa nak tolong promote nih! Nanti belilah Harian Metro hari ini yer (22 Ogos 2012)!! Ada cerita raya pasal kembar 3. Cerita AMRAFAHAN pun termasuk sekali! Abah pun tak sabar nak baca cerita-cerita kembar 3 yang lain! Abah tak tau siapa kembar tiga yang di interview lagi?! Kalau orang baru bolehlah berkenalan, kalau dah memang geng kembar dalam Kelab, memang surprise laa! Nanti korang beli ekk!! Beli tau!!! heheehe (Entri ini ditaip pukul 2.15 pagi, jadi Abah tak beli lagi laa HM untuk hari ini... Wartawan tu beritau Abah cerita kembar 3 berhari raya akan keluar hari ini :) )

Takziah untuk Ibu Kembar 3 Nad Nadzim

Sedih sangat! Baru dapat tahu berita sedih nih... kawan sekementerian dengan wife aku baru baru ni dapat kembar 3 nama FB ibu bertuah Nad Nadzim. Kami semua gembira bila dapat tahu ada lagi kembar 3 yang dilahirkan di Putrajaya nih.. kalau tak silap aku lebih kurang pertengahan bulan Jun hari tu.. Tapi Allah lebih sayangkan kembar no 2 nih.. Takziah buat Nad Nadzim dan keluarga... marilah kita sama sama doakan untuk keluarga ini supaya tabah menghadapi ujian ini dan sedekahkan Al Fatihah buat anak beliau yang tercinta.. Arwah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2011. Aku tak tau nak cerita macam mana.. korang baca laa ayat Nad kepada wife aku... Aku pun tak sekuat dia... Allahuakbar! " Hani, antara 3 bradik arwah sara yg plg fragile, mula2 jaundice tp x serius bwh 200, pastu blood infectn 2 jenis kuman until attack usus dia, feeding tube klua discaj muntah hijau, pastu ada improvement lps doktor bg antibiotik, baru nk gembira ank da ok pas 2hri, paru2 dia plak kena attack pnu...

Dapat kembar 3 selepas 6 tahun

Waaaa bertambah lagi geng kembar tiga nih!!!! Seronoknya!! Semoga baby sihat dan selamat! InsyaAllah Dapat kembar 3 selepas 6 tahun Oleh SALMAN HAMAT JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu. Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan. Katanya, kecekapan doktor menguruskan pembedahan itu membolehkan isterinya, Rusmiyati Kamaruddin, 31, selamat melahirkan tiga anak mereka dalam tempoh selang seminit setiap bayi. “Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus. “Ia menjadikan tanggungjawab sebagai bapa lebih berat, namun saya sedia memikul tanggungjawab ini. Hingga kini saya da...

Jumpa geng kembar 3 lagi!!!

Imej
Alhamdullillah sejak aku berblog nih.... ramai dah geng kembar aku jumpa... yang baru nih aku dijumpai oleh triplet 3R... kembar tiga lagi!!. Hehehehe... dijumpai ok... sebenarnyalah... bukan aku yang jumpa... tajuk atas tu bagi gempak sikit! kuhik kuhik.. kuhik.... meh tengok kat sini ... aku dah update dah.... Moga bertambah meriah laa kalau jadi gathering yang aku cadangkan nanti... huhuhuu.... Pada geng-geng kembar yang aku tak list kan boleh beritau aku, nanti aku masukkan... maklumlah saya ni insan biasa :) (saya laa plak!! hehehe) Hehehe... bagi tengok nama jer dulu... :) jangan marah aa...

Gambar Auni Auni Auni dalam perut

Imej
Ermm... gambar ni diambil oleh Doktor Noraihan Pakar O&G Hospital Putrajaya. Masa mula-mula tengok gambar ni.. nak menangis rasa... kuasa Allah... Kami happy sangat masa ni!! Keajaiban berlaku dalam keluarga kami!! Masa nih bilik Doktor Noraihan penuh dengan doktor-doktor pakar dan nurse yang lain... semua nak tengok!! huhuhuu... terharunya kami... Kepada Mama yang ku cintai, Abah sayang Mama sangat-sangat!! Luv u forever after!! (erkk.. macam cerita shrek plak!! hehehe) Kepala Auni Auni Auni dalam perut Mama **Nota kaki Abah Pagi ni berjiwang sikit! Teringat kenangan dulu semasa kembar dalam perut!!

Mereka ni kembar juga tau!!! - Update 20 Dec 2010

Imej
Untuk update yang terkini sila ke Geng Kembar Assalammualaikum dan salam sejahtera!! Haahh... dah lama gila aku nak buat entry pasal kembar ni... tapi tak berkesempatan langsung!! Sempena geng-geng kembar ni... entry ni aku tujukan khas untuk mereka-mereka yang ada anak kembar.. tak kisah laa kembar 2 ke kembar 3 ke kembar 8 ke! err.. ada ke??!! 1) Mula-mula aku nak cerita kembar tiga dulu! ni blog dia .. kembar dia semua lelaki, Fahmi, Faris dan Fauzi... 2) Pastu kembar 2 Blog dia ni haa... Dua-dua perempuan Elly dan Emmy 3) Yang ni pun kembar 2 juga, Affan dan Afnan... ni blog dia ... 4) Kembar 2 juga.. Aidan dan Aryan.. blog dia ni ha.. 5) Kembar 2 lagi.. ramaikan kembar 2 nih!! Blog dia...   nama anak dia sedap... Qhushairy dan Qhuzhairy   6) Lagi kembar 2... ni blog dia . .. ni geng abah/papa yang buat blog... bleh geng dengan aku! hehehe  kembar ni dipanggil Along dan Angah... 7) Paling akhir untuk kali ni, Blog arwah Kak Aishah... ma...

Wad 2C Hospital Putrajaya

Imej
Masuk Wad 2C: 4 Nov 2010 Sedar tak sedar sudah 8 hari anak anak anak aku berada di hospital, Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT dan berkat doa sahabat-sahabat sekalian, anak-anak aku semakin sembuh dari sakitnya... Semalam Auni Naqibah dah boleh keluar hospital, hati mak bapak mana yang tak gembira bila diberitahu oleh doktor yang anaknya dah sihat dan boleh keluar hospital, Syukur Alhamdullillah... InsyaAllah, jika tiada aral, esok Auni Faqihah dan Auni Haziqah pula boleh keluar dari hospital, abah dengan mama, tak sabar nak tengok diorang balik rumah, ketawa, senyum dan lain-lain lah... Semasa aku jaga diorang kat hospital, Aku sampai sakit pinggang laa tidur kat sofa hospital tu, lepas tu nak demam pula, tapi takpe asalkan dapat tengok anak-anak sihat, aku sanggup.. terima kasih pada isteri aku yang beri dorongan kat aku untuk jaga diorang selama ni.. Terima kasih aku ucapkan pada semua doktor dan jururawat yang sudi menjaga dan merawat anak-anak aku sehingga sihat... ...

TIGA!!!!!!

Imej
Disuatu masa... ditempat yang random... boleh ke guna ayat macam tuh? Ahh.. belasah jer!! Bukan nak masuk periksa pun!! hehehe... Orang yang tak dikenali: Kembar dua ke? Aku: Taklah... Kembar tiga!! OYTD: Tigaa!! Alhamdullillah!! Mana lagi seorang? A: Tu! Ada dengan Mama dia... OYTD: Ohh... Kembar seiras ke? A: Haah... OYTD: Laki ke? A: (Dalam hati: hampeh! dah pakai baju pinky pinky tanya laki ke pompuan!! Tengok betul-betul laa!!)(Senyum) Tak lah... perempuan... OYTD: Tiga-tiga perempuan?! Bestnya!!! Macam mana jaga? A: Kamilah jaga.. (Abah, mama & Abang Aqil) OYTD: Yang ni perempuan juga ke? A: (Dalam hati: hiyaargghh!!!! Dusyumm!! Dusyumm!!! trattt trattt tat tat tat... tattt!!! (bunyi mesin gun..hehehe..) (Senyum) Taklah... ni abang dia.. OYTD: Ohh... sekarang dah empat orang anak laa... A: (Senyum) Haah... OYTD: Lepas ni cukuplah... tak payah beranak lagi... Mama: Haah... kilang tutup dah... A: Hehehe... sapa kata kilang tutup... hehehee.... ini adalah seb...