Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel klinik

Allahuakbar! Ujian untuk anak Abah pula!

Imej
Abah tertunggu juga Mama datang ke hospital ni, tapi tak sampai juga. Alhamdulilah jiran, kawan-kawan sekerja, kawan zaman belajar, mak dan adik beradik Abah datang melawat. Bos Abah pun datang juga! Terharu sangat! Terima kasih korang semua! Dalam pukul 2 petang tadi, Abah dapat call dari Mama, dia minta maaf sebab tak datang, sebab dia kena handle Amrafahan dan cikgu tadika beritau Mama, AH a.k.a kak ngah kena gigit tebuan kat kaki kanan dia. Allahuakbar! Terkejut Abah! Banyak betul dugaan, Abah cakap kat Mama, selesaikan urusan diorang dulu, Abah kat sini ok jer. Tak payah risau. Lega Abah bila diberitahu dia baru lepas bawa Angah ke klinik. Kesian Angah menangis kuat kat tadika tadi. Dah lah Amni tengah demam kuat. Harap harap mama kuat hadapi semua dugaan nih! Mama kena kuat yer! Jangan risaukan Abah kat hospital nih! Bak kata Mama pagi tadi, ramai doktor-doktor muda kat wad ni! Konpius Abah tak paham maksud mama tu! Huhuhuhu o_O Kawan kawan Abah! posted from Bloggeroid

Peace Yo!!

Imej
Haaa... Nasib diorang nak dengar cakap Abah! Misi siap bergambar lagi dengan diorang.

Klinik lagi!

Setelah 3 hari berlalu, tanda tanda sakit kaki tangan dan mulut kat AN dah berkurang, sekarang ni yang ada tanda si AF dan AH. Tapi aku rasa bukan sakit kaki tangan dan mulut laa... Sebabnya dorang cuma naik macam jerawat kat area mulut, kat kaki dan tangan pun nampak ok jer... Cuma ada demam laa.. Sebab hari kitorang pergi klinik triage hantar checkup kat luar dengan MA aku rasa. Diorang suspect kaki tangan dan mulut. Tapi bila baca komen korang takde tanda tanda macam sakit tu pun. Hari ni nak jumpa doktor nak tanya doktor apa yang tak kena. Oklah doktor dah panggil nih.. Nanti cerita lagi yer... Published with Blogger-droid v1.7.3

Apa kena dengan mata ni?

Dari minggu lepas aku perasan mata kiri aku ni macam susah fokus lepas tu rasa macam ada bayang kat mata ni, bila berkelip dia keluar lepas tu hilang.. Bila tengok kaler dengan mata kiri, kaler tu akan jadi gelap sedikit.. Kenapa aa? Oklah doktor dah panggil nih... Harap harap takde yang kritikal... Risau laa pulak!! Location : Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway

Menunggu giliran laa..

Sekarang kami kat klinik kesihatan putrajaya tengah tunggu turn nak masuk bilik... Nasib laa orang tak ramai sangat petang petang ni.. Rasanya tak tunggu lama sangat kot.. Hari ni sepatutnya checkup AMR, tapi bawa sekali AFAHAN sebab diorang terlepas checkup yang lepas.. Hari ni bawa terus untuk checkup umur setahun setengah.. Hari ni nak kena cucuk.. Harap harap tak demam laa... Oklah nanti cerita lagi.. Diorang nak kena cucuk dah ni.. Published with Blogger-droid v1.6.9

Penantian itu satu kelaparan!

Pagi ni aku pergi klinik, sekarang ni kat klinik laa... biasanya laa bila dah pergi gomen, menunggu tu wajib. Aku datang sini sebab nak ambil keputusan ujian darah yang aku buat minggu lepas. Kebetulan aku demam selsema dan batuk, alang-alang dah jumpa doktor, baik checkup sekali. Disebabkan aku boleh agak nanti kena tunggu turn, aku ajak wife aku pergi makan dulu. Dapat laa makan bubur nasi, wife aku makan lontong. Hari ni ramai betul orang sakit. Turn aku lagi 100 lebih jer. Huhuhu... Nasib dah makan, kalau tak pasti tersiksa kelaparan. Moral kejadian: Sila makan dulu sebelum jumpa doktor di klinik gomen kerana penantian itu satu kelaparan! Published with Blogger-droid v1.6.7