Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel balik kampung

Nyaris kena tinggal bas!!

Nyaris kena tinggal bas!! Bas dah gerak dah! Tanya kaunter sambil tunjuk tiket. Kat tiket tulis kmk coach. Tapi masa sampai kat putrajaya sentral takde pun bas kmk. Kaunter kata tu bas kuning tu yang jalan tu! Pi seberang jalan sana kat teksi lalu tu nanti bas lalu situ! Abah pun terkedek kedek bawa beg kejar bas kuning tuh. Nasib sempat tahan. Berpeluh ketiak kejar bas! Huhuhu.... Bas tu nama dia Jasmine. Patut laa tak perasan. Masa sampai tu ada laa perasan bas nih parking tapi tak terfikir pula bas nih yang kena naik. Huhuhu... Sebab dalam kepala otak nih cari bas kmk coach jer! Huhuhu Hari tu Abah ada minta tolong kawan abah hantarkan ke putrajaya sentral. Dia kata ok. Jadi hari ni Abah ingatkan dia ingat laa. Rupanya masa abah call kawan Abah tu, dia pergi cycling. Nasib tak jauh dia cycling. Dia patah balik dan amik kereta hantar Abah. Sebab tu terlambat sampai ke putrajaya sentral. Abah berterima kasih sangat kat kawan Abah tu sebab tolong hantar. Nasib baik sempat sampai. Cum...

Iklan Raya 2014 yang patut korang tengok!

Imej
Mungkin pada sesetengah orang, iklan adalah sekadar iklan. Tapi iklan juga boleh membawa mesej yang mendalam pada hati seseorang. Iklan raya pada tahun 2014 banyak yang menarik dari yang kelakar sampai laa yang sedih. Antara iklan raya yang memberi kesan ialah 1) Iklan RTM bertajuk Anugerah ni... boleh tengok di sini... 2) Iklan raya dari Petronas: Ke pangkuan Bonda . Memang menggamit beraya kat kampung! Tiba-tiba rindu nak raya kat kampung Tanjung Tualang kampung arwah abah. Part beratur kat bilik air tu tunggu turn nak mandi Abah dah merasa dah! hehehehe (kat bawah nih ada gambar kampung Abah!) 3) Iklan raya RTM: Ini Baru Raya!. Memang terkena batang hidung sendiri! hehehehe 4) Iklan Raya dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah (JKKN Sabah): Kuih Ibuku ... tersentuh woo... 5) Iklan Raya dari TM: Adik . Iklan nih sangat comel! Saya suka! saya suka! Jadi korang suka yang mana? Gambar ni suasana kampung kat Tanjung Tualang, Batu Gaj...

Perkara yang paling menggembirakan AMRAFAHAN bila balik kampung!!

Imej
Hanya gambar yang mampu berbicara! :) Main pasir beramai-ramai Dialog abah dengan diorang: AMRAFAHAN: Abah marah tak kalau main pasir? Abah: Tak!! Mainlah! Abah tak marah! AMRAFAHAN: Yeyy!! Abah tak marah!! Abah: (dalam hati) Mainlah nak.. bila lagi nak main sementara belum mandi nih.. dah mandi nanti tak boleh main! Merempit dengan motor kapcai tok wan! Makan durian beramai-ramai di belakang rumah! Abah! Cover sikit perut tuh! huhuhu (gambar ini sengaja dibiarkan kecik! kekeke)

Balik rumah nenek!

Update ringkas jer! Sebab Abah nak pergi hantar kereta pergi servis. Alhamdullillah, AMRAFAHAN dah selamat sampai di rumah nenek (kampung Abah) di Kota Tinggi. Kami sampai pukul 2.25 pagi tadi. Selepas Abah tidur di hentian R n R Machap selama 2 jam.. kekeke. Gerak dari Putrajaya 8.20 malam. Perrhh... 6 jam balik Johor.. orang lain semua balik Johor 3 jam 4 jam jer... hehehe Pagi tadi AMRAFAHAN berjaya menghabiskan sebotol bedak nenek yang baru beli. Haaa... habis sepah serumah! Gambar ada Abah ambil. Nanti Abah tunjuk yer! Oklah! Bye! Nak pergi tukar belting kereta!

Tidur dalam kereta!

Imej
Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung Abah kat Kota Tinggi, Johor. Masa gambar ini diambil on the way balik Putrajaya. Kami dah berenti rehat kat RnR Jejantas Ayer Keroh. Lepas Abah segarkan mata, sambung jalan balik. Mama mula-mula duduk belakang, pindah duduk depan. Sakit pinggang katanya. Baru nak keluar highway, Mama kata berenti kejap nak betulkan si Abang tidur dah atas lantai dah!! Hehehe Sebelum betulkan tu, Abah suruh Mama snap gambar diorang dulu!! Saja simpan buat kenangan! Pastu boleh letak kat blog!! Hehehe.. Yelah.. nanti diorang dah besar takdelah nak dapat ambil gambar macam nih lagi! ***Nota kaki Abah Jangan suruh Abah tukar kereta besar tau! Hehehe belum sampai masanya.. Huhuhu.. Lagi pun Mama tak suka kereta besar nih! Space barang takde katanya.. Err.. beli bas lah pasnih!!

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Sempena nak raya esok, aku sekeluarga AMRAFAHAN nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Kepada semua rakan taulan dan pembaca blog ni! Semoga raya nih membawa keberkatan kepada semua! Sekarang nih kami dalam perjalanan balik ke Bukit Mertajam kampung Mama. Doakan kami selamat sampai yer! Assamualaikum! Published with Blogger-droid v2.0

Korang macam ni tak kalau balik kampung?

Imej
Kalau korang balik kampung 2 3 hari macam kami tak pack barang? huhuhu... ni baru 3 hari punya barang... kalau balik raya seminggu? huhuhu.... Ni tak campur lagi yang kat seat depan lagi nih... hehehe Nak tanya nih.. Korang ada? kekekeke Kasut semua susun kat belakang nih..

Kami di Penang!

Imej
Waa... lama rasanya aku tak menaip kat sini... lebih laa 24 jam rasanya.. huhuhu.... Semalam kami sekeluarga balik kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam, esok opah, tok wan dan mak ngah nak balik sini... Diorang balik dari Makkah menunaikan fardu yang ke 5.. Ermm.. bila laa aku boleh pergi yer.. InsyaAllah.. sampai laa nanti jika hayat aku ada lagi... Aqil bila tengok tv ada gambar Kaabah selalu dia cakap, nanti kita pergi Kaabah ok! aku pun kata InsyaAllah... terharu pun ada... yelah anak aku yang tak tau apa-apa ajak pergi sana... Ikutkan hati ni, memang nak pergi sana... jealous tengok kawan-kawan muda-muda dah pergi... Kami bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 6 petang... 2 biji kereta, kereta aku dan kereta adik ipar aku... Alhamdullillah anak-anak aku tak meragam dalam kereta. Ada sesetengah orang beranggapan mesti susah jaga anak kembar 3 ni... Aku cakap kat diorang tak susah jaga... diorang pandai bawa diri... Masa jaga si abang lagi mencabar... Sepanjang perjalanan dio...

Mama dan Aqil balik kampung...

Imej
Pada 27 Oktober 2010.. Opah, tok wan dan mak ngah nak pergi haji, jadi kami sepatutnya balik kampung kat Kubang Semang , Bukit Mertajam Pulau Pinang... tetapi disebabkan bos bagi cuti 25 hari jerr pastu dah habis pula tu... (err.. cuba bagi 360 hari kan best! tentu saya boleh balik kampung juga!) jadi, tak dapatlah aku balik sekali dengan wife aku... baliklah dia bersama Aqil menaiki bas ekpress transnasional ke Butterworth pastu ke KS... Jadi kesimpulannya, aku tertinggal bersama-sama Auni, Auni dan Auni... Duduk lah kami kat rumah berempat melakukan aktiviti panjat gunung dan sebagainya... hehehe... Lepas hantar mama dan Aqil kat Stesen Bas Bukit Jalil, aku dan auni dan auni serta auni pun balik rumah. Sampai rumah diorang dah tidur... aku angkat diorang dengan baby car seat sekali bawa naik ke bilik... konon-kononnya tak nak bagi diorang terjaga dari tidur laa.. Pastu aku pun baik punya landing... sedar-sedar dah pagi, hehehe... diorang tak menangis pun tidur dalam car seat tu...