Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 19, 2011

Gaya tidur dalam kereta!

Imej
Hari tu kami pergi mydin usj beli barang barang untuk goodies besday Aqil.. Kami pergi lepas kerja.. jadi sampai malam laa kami bershopping.. Bila dah malam tu, masing masing dah mengantuk.. masuk kereta terus jer tidur.. hehehe.. Sebagai abah yang baik.. aku sempat laa snap gambar diorang tidur dalam kereta.. Auni Auni Auni.. maafkan abah yer.. abah suka tengok aksi korang tidur! hehehe

India mari!!

Imej
Hari tu selepas balik dari taska kami singgah depan Maybank Putrajaya sebab mama nak keluarkan duit. Sementara menunggu mama keluarkan duit AMRAFAHAN pun sibuk nak main kat depan padang tu laa.. memang seronok tengok diorang main sebab lapang dan rumput dia pun jenis rumput karpet kalau budak budak jatuh tak sakit.. Bila seronok seronok main tu, berentilah sebiji bas persiaran nih.. Bila turun semuanya pelancong dari India.. Haa apa lagi diorang nih nampak Auni Auni Auni tengah lari lari kat padang tu.. diorang pun datang kat kami nak ambil gambar diorang ni semua.. si Abang masa nih dah pergi main bola dengan siapa tah.. ikut dan dia jer nak main bola sapa pun... huhuhuhu nasib laa famili tu tak kisah.. Pelancong India ni ok lagi laa boleh cakap omputih.. kena pelancong dari china hari tu.. memang sembang macam ayam dengan itik jerlah.. kekekeke Yang Auni Auni Auni pun layan jer lah..tapi punyalah payah nak ambil gambar diorang sekali nih.. masing masing buat hal masing masing....

Abang buat.. abang buat...

Imej
Anak aku yang sulung ni rajin budaknya.. semua dia nak buat.. dari tolong angkat barang kat pasaraya sampai laa buat kerja kat rumah.. Kalau kita tak bagi siap merajuk tu.. lepas tu datang kat kita, perlahan jer suara dia lepas tu cakap." bolehlah abang buat.. abah! abang nak buat.. Macam contoh kat bawah nih.. bila aku dah bagi dia buat.. dia buat setempat jer.. lepas tu mata tak lepas tengok tv.. bila macam dah syok jer layan tv tu.. dia biar jer... huhh bertuah punya anak!!

Sedih laa...

Sedih laa.. Sedih sangat... Takperlah takde rezeki... Nak buat macam mana.. Kalah tetap kalah.. Aku redha dengan ketentuan Nya.. Haa... Bila kumpulan Jambu Maharajalawak dah kalah.. Jadi selamatlah aku dari pakai baju raya kaler pink!!! Yeyeyeye hahaha aku suka... Selamat aku... (kalau nak tau kisah sebaliknya boleh baca entri aku yang ini!! ) Sekian terima kasih... Hehehe... P/s: risau gak aku kalau jambu menang huhuhuhu... Published with Blogger-droid v1.7.2

Muka kelat sungguh!

Imej
Tadi lepas solat jumaat aku dan wife hantar goodies dan kek untuk sambut birthday si Abang kat taska. Kebetulan pula pada hari ni ada lagi satu birthday kawan taska abang.. Kalau ikutkan tarikh birthday Abang dah lepas lama dah.. cuma tak bekesempatan buat sambutan untuk dia.. Kebetulan masa birthday AMR kami di Bukit Fraser.. Alhamdullillah hari ni dapatlah sambut birthday dia.. Tapi aku tak tau kenapa biasanya kalau nyanyi lagu birthday nih muka abang happy jer.. tapi hari ni kelat sungguh! Agaknya baru bangun tidur kot.. Takperlah janji sambut birthday dia.. masa nak tiup lilin kek tadi pun muka kelat jer... Aku dah rekod video baikkk punya tapi tak boleh save!! tekanan perasaan betul laa.. abis memori indah tu!! jadi dapat ambil gambar jer.. Auni Auni Auni pun ada.. depa semua tolong colek kek dengan jari.. hehehe Muka kelat!

Pagi pagi dah bergaduh!

As salam dan selamat pagi, Mula mula pagi pagi tadi berebut nak baring kat " tilam vono " nih.. AH tempat dia kat dada abah dia, AF kat perut aku, AN kat lengan kiri aku... Huhuhu memang tak boleh bergerak laa.. AH memang tak bagi tempat dia diambil orang memang dia akan nangis nak rebut balik tempat tu (dada aku) kalau AF baring kat situ.. AF pula macam biasa laa bila dah baring kat aku tak bagi aku bergerak... Huhuhu AN pula tangan aku kena peluk dia atau sekurang kurangnya kena letak tangan atas badan dia.. Kalau aku angkat dia nangis, aku letak jer dia diam. Tadi bila semua dah baring atas aku, AN merengek, jadi aku letak laa tangan aku kat badan dia baru dia diam, bila aku letak tangan kat AN, AF pula merengek, jadi aku usap laa kepala dia, diam sekejap, AN pula merengek balik, aku pegang dia, dia diam, lepas tu AF pula merengek balik, ahh sudah aku pula jadi kalut sekejap nak pegang AN, sekejap nak usap AF.. Tangan kiri tak boleh gerak dah sebab AN dah baring kat s...

Tengoklah kaki kami!!!

Imej
Biarlah gambar yang berbicara!! Dari kiri AH, AN, AF Gambar ni diambil semasa kenduri aqiqah dua pupu dorang.. Terima kasih Uncle Haris.. gambar ini sangat cun!

Entri membangkang Mama Amrafahan!!

As salam korang dan selamat pagi! Tujuan entri ini dibuat adalah untuk membangkang isu yang ditimbulkan oleh wife aku a.k.a mama Amrafahan. Isu tu ialah tahun ni tema kaler baju raya warna merah jambu . Alasan mama sebab aku suka kumpulan Jambu Maharajalawak tu.... Ooohhh tidak!! Tiada kaitan sungguh meminati kumpulan Jambu dengan memakai baju raya kaler merah jambu a.k.a pink !! Tiidaakkkk!!!! Cuba korang bayangkan aku yang comel ni ( err kata adik aku tau sebab semata mata nak kata aku bertambah comel dengan berbaju raya pink ) bila aku pakai baju raya kaler pink! huhuhu... takmo! takmo! Betul aku suka kumpulan Jambu, tapi aku suka juga kumpulan Sepah! Mana boleh macam tu mama ooii? menggunakan alasan abah suka kumpulan Jambu jadi baju raya tahun ni kaler jambu?!! Korang bayangkan sekeluarga Amrafahan berbaju pink? huhuhuhu... ayu sungguh aku... tidakk!! Jadi sebagai sokongan aku harap korang sokong laa aku  (<< cantikkan kalau pakai baju raya biru nih ) tahun nih...

Sedapnya bantal nih!!

Selamat pagi! Pagi aku tersedar AF menangis nangis, aku ingatkan kenapa? Rupanya tak bagi aku bergerak sebab masa tu AF dan AH tengah baring kat belakang badan aku.. Masa tu aku tidur meniarap tak sedar pun diorang baring belakang aku.. Huhuhu tidur mati aku nih... Yang buat aku tersedar sebab dengar AF menangis dan AN tuang susu kat pipi aku sambil ketuk muka aku dengan botol susu dia tu... Bila dah macam tu nak taknak kena laa bangun juga, yelahhh anak anak... Abah bangun subuh nih... Pastu aku terpikir? Kenapa AF marah bila aku bangun tadi? Empuk sangat ke bantal abah nih? Ke aku dah gemuk? Cehh!! Bila masa aku kurus entah!!! Huhuhuhu Published with Blogger-droid v1.7.2

Cinta bertaut kembali!

Pagi tadi aku ada sedikit hangin dengan bini aku, tapi itu cerita pagi tadi.. Sekarang nih lepas dia beri servis yang baik dan aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan, aku tak hangin lagi dah dengan bini aku, malah aku bertambah tambah sayang pada dia... Hampir 5 tahun susah payah aku bersama dia, jarang sekali dia kecewakan aku.. Baru pagi dia buat hal aku dah teremo... Huhuhu maafkan aku BaHaYa (nama bini aku) kerana teremo, tapi tetap sabar layan kerenah aku.. Setelah dihantar ke klinik kereta tadi, performance kau semakin baik dan I like!! Oh BaHaYa, lepas ni takmo majuk majuk lagi tau... Susah hati tuanmu ini... Published with Blogger-droid v1.7.2

Bila bini aku buat hal!!

Pagi pagi nak masuk kerja tadi bini aku buat hal dengan aku pulak!! Hadoi pagi pagi nih dah menghilangkan mood jer... Aku tau dia sakit tapi aku tak berkesempatan dan belum mempunyai dana nak bawa dia ke klinik. Aku suruh dia sabar sikit tunggu gaji.. bukan lama pun.. minggu depan jer.. tapi dia tak sabar nak juga meragam hari nih.. Takpelah nak buat macam mana, nak tak nak kena layan juga, lagi pun dia dah banyak jasa dengan aku.. nanti pandai pandai laa aku nak cari dana... Kena laa jaga hati dia kan...

Super Dad!

Imej
Terima kasih Najeeb bagi penghargaan ni.. mana ada super dad.. biasa jer .. Apa apa pun terima kasih yer!! Aku suka kata kata dia What Is A Dad? A dad is someone who wants to catch you before you fall but instead picks you up, brushes you off, and lets you try again. A dad is someone who wants to keep you from making mistakes but instead lets you find your own way, even though his heart breaks in silence when you get hurt. A dad is someone who holds you when you cry, scolds you when you break the rules, shines with pride when you succeed, and has faith in you even when you fail...

Mabeles!! tapi bahaya!!!

Imej
Aku baru lepas makan murtabak ni.. aku beli kat Edy Murtabak Special. Dia jual atas lori niaga tu jer.. tapi memang ramai pelanggan dia.. Gerai eer lori dia terletak di sebelah jalan nak ke Uniten sebaris dengan gerai kuih muih dan goreng pisang yang banyak tu.. Memang ramai yang order dengan dia.. Untuk masak murtabak saja ada 4 kuali besar.. penuh semua... banyak kan?!! Memang tebal dan mabeles laa... tapi bahaya sebab buat aku mengantuk dan tertidur kat opis.. huhuhuhu... bahaya woo... Untuk kali ni aku order murtabak ayam special.. korang tengok gambar kat bawah nih.. jenuh nak perabih nih.. hehehehe Edy Murtabak Special

Medical checkup laa pulakk!! & Amrafahan bercakap!

Assalammualaikum dan selamat pagi uu ollsss!!! Pagi ni aku kat klinik gomen p9 ni nak buat medical checkup untuk kerja baru aku tu nanti.. Sampai tadi dalam pukul 9, humang haii... Punya laa ramai manusia.. Nasib baik ada wifi percuma jadi takdelah boring sangat tunggu.. Ingat kedai mamak jer ada wifi percuma?! Sini pun ado laa.. Hehehe Rasanya 1 hari juga laa nak siapkan semua nih.. Nak amik darah nak x ray nak cek mata telinga gigi sumer sumer laaa.. Nanti lepas buat checkup nak kena buat akuan bersumpah pula.. Waaa.. Banyak betul proses dia.. Ehhh tak boleh merungut.. Tu proses wajib yang kena dilalui oleh setiap bakal kakitangan gomen.. Mudah mudahan semuanya berjalan lancar.. Ok cerita Amrafahan pula.. Sekarang ni AF dah pandai pujuk orang... Bila abang ke adik dia nangis, dia datang kat kawan tu lepas tu tangan letak kat badan orang tu sambil belai belai dan cakap "Tak tak tak tak tak" hehehe comel jer.. Dia buat macam tu sebab dia tiru aksi mama bila p...

Betul ke korang nak kembar? sambungan..

Assalammualaikum dan salam petang.. aku nak sambung pasal entri aku hari tu. Klik sini untuk baca. Macam mana dari segi kewangan, bila ada anak kembar ni? Terus terang dari segi kewangan untuk orang macam aku kerja kontrak gomen ni, agak terhad. Pernah terfikir semasa wife aku mengandungkan kembar, nanti nak hantar anak ke mana? taska ke? pengasuh ke? jaga sendiri ke? Disebabkan wife aku kerja tetap gomen, sayang laa nak suruh dia berhenti untuk jaga anak empat orang.. baik aku yang berhenti kerja sebab aku kerja kontrak jer.. bila bila masa aku boleh diberhentikan. Untuk pengetahuan korang, aku dan wife kurang mempercayai orang gaji, betul duit taska yang aku bayar sekarang boleh bayar untuk dua orang gaji.. kalau amik sorang orang gaji betul ke dia boleh jaga anak kita empat orang nih? kembar lak tu.. kadang kadang kita sebagai mak bapak nih pun terlepas juga ketensenannya apa lagi orang lain yang tiada kaitan.. Jadi aku decide baik hantar ke taska tempat aqil bersekolah. setakat h...

Keletihan sangat anak abah nih!

Imej
Suka tengok gambar ni.. sebab tidur berbantalkan lengan sendiri.. err... ni Auni... apa ekk.. haa.. ni Auni laa... hehehe Gambar nih diambil semasa dalam perjalanan ke kenduri aqiqah Danii si tembam . Auni duduk dengan maksu dia.. hadoii.. seriuss aku tak ingat Auni apa nih..Auni Haziqah kot? Betul ke Mama? huhuhuhu

Danii Si tembam!

Imej
Aku sampai kenduri aqiqah anak buah dalam kul 1.30 petang laa... Lepas makan kurma kambing aku ambil gambar Danii nih.. geram aku!! Punya laa debab dan tembam... sedap betul peluk dia.. hehehe Mummy n Daddy Danii ni mesti suka peluk Danii nih.. Aku sendiri pun suka peluk.. sedap woo... Danii Mikael nih baru berumur 2 bulan tapi berat dah 7.4 kg kalau tak silap aku. Berat dia dah nak sama dengan AN yang beratnya 7.8 kg masa timbang bulan lepas.. AN ni umur dah setahun tujuh bulan tu.. huhuhu.. cepat betul Danii kejar berat kakak yer.. hehehe.. Danii diberi susu ibu secara ekklusif exklusif eklusif ezekutif ehh... macam mana eja klusif klusif nih.. aku tak reti aa... alaa paham kan? alaa ibu ibu beri susu badan kat baby dia sepenuh jiwa tanpa campur susu formula... Aku sokong ibu ibu yang beri susu badan kat baby baby diorang nih tanpa campur susu formula or lain lain sekurang sekurangnya 6 bulan.. Yelah kan 6 bulan budak tu dah boleh diberi makan pepejal.. tapi harap dapat diteruskanl...

Tensen! dah sampai limit!!

Aku tensen nih tak boleh nak upload gambar ke blog melalui picasa melalui blogger droid.. Sebab limit kat picasa 1G jer... Nak lebih kena bayar... Huhuhu... Takperlah... Nanti aku beli laa... Baru senang nak update blog guna blogger droid.. Published with Blogger-droid v1.7.1

Kami nak berjalan!!

Imej
Hari ni kami nak pergi kenduri aqiqah sepupu wife kat Batu Gajah, Perak. Auni Auni Auni dah siap melaram dah... Kami pergi balik hari jer.. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik yer.. InsyaAllah