Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 30, 2017

Ku sangkakan lepas.. rupanya...

Imej
Assalammualaikum semua, wahh!! lamanya Abah tidak menaip di Blog AMRAFAHAN ini! Hampir 2 tahun rasanya! Kenapa lama tak menulis? Kenapa  lama tak update? Jangan di tanya kenapa! Hehehe Hari ini Abah nak cerita pasal polis trafik yang selalu buat rondaan di highway itu! Pada awal bulan Julai lepas, alaa lepas raya tu, minggu pertama orang naik kerja lepas seminggu beraya, Abah masih ingat lagi hari itu hari Rabu, Abah balik kerja dengan menaiki motorsikal kapcai Abah itu! Tiba-tiba lagi sekilometer lebih nak sampai ke rumah, sewaktu berhenti di trafik light simpang tiga nak ke rumah Abah, ekzos motor Abah bunyi lain macam... pom pom pom bunyi dia! Macam cerita P Ramlee  Seniman Bujang Lapok tuh! Sekali bunyi motobot daa... Waktu tuh sudah hampir pukul 7 malam, kedai motor pun dah tutup, nak tak nak terpaksa laa bawa motobot tuh balik ke rumah. Jadi keesokkan harinya, Abah nak pergi kerja kenalah bawa kereta, bila bawa kereta ini, belanja dia lebih laa sikit dari motor sebab...