India mari!!

Hari tu selepas balik dari taska kami singgah depan Maybank Putrajaya sebab mama nak keluarkan duit. Sementara menunggu mama keluarkan duit AMRAFAHAN pun sibuk nak main kat depan padang tu laa.. memang seronok tengok diorang main sebab lapang dan rumput dia pun jenis rumput karpet kalau budak budak jatuh tak sakit..

Bila seronok seronok main tu, berentilah sebiji bas persiaran nih.. Bila turun semuanya pelancong dari India.. Haa apa lagi diorang nih nampak Auni Auni Auni tengah lari lari kat padang tu.. diorang pun datang kat kami nak ambil gambar diorang ni semua.. si Abang masa nih dah pergi main bola dengan siapa tah.. ikut dan dia jer nak main bola sapa pun... huhuhuhu nasib laa famili tu tak kisah..

Pelancong India ni ok lagi laa boleh cakap omputih.. kena pelancong dari china hari tu.. memang sembang macam ayam dengan itik jerlah.. kekekeke

Yang Auni Auni Auni pun layan jer lah..tapi punyalah payah nak ambil gambar diorang sekali nih.. masing masing buat hal masing masing.. tak mo dah duduk dekat dekat nak bergambar nih.. dulu bolehlah letak dalam stroller diorang dok diam jer.. sekarang nih.. sejak dah boleh lompat lompat nih tak nak dah duduk stroller... huhuhu

Layan jerlah gambar diorang nihh...



Kenapa yang comel dan cun macam pelakon hindustan tu takde aa... kalau ada nak gak aku bergambar dengan dia. hhehehehe

Ulasan

iPai berkata…
yang cun2 tuh india belah utara .. uhuhu ..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!