Selepas Potong!!
Hehehe imej baru Abah! Lebih kurang 30 tahun Abah tak pernah potong rambut botak macam ini. Sejarah dalam hidup Abah nih! Tapi sempena buat Umrah ini, Abah dah berniat nak cukur kepala ini. Mudah-mudahan gugurlah dosa-dosa Abah yang banyak ini. Amin... Lepas botak tu, Abah balik hotel lepas itu masuk bilik mak Abah, yang buka pintu tu makcik Abah... Dia tengok Abah buat muka pelik lepas tu terus gelak berdekah-dekah!! Hehehe lepas tu dia cakap "Haa.. ini barulah Kojack!! Err... Korang tau Kojack?! Kenal?! Google sendiri yer... Nanti baru korang paham agaknya. Untuk pengetahuan korang, Keluarga sebelah abah Abah, memang panggil Abah Kojack dari sejak baby lagi... Panggilan tu membawak laa sampai ke besar ini. Kira gelaran keluarga laa... Tapi korang panggil Abah nama Zaini laa.. hehehe Mengikut cerita mak Abah, sejak lahir sampai umur berapa tah.. lebih laa 4 bulan, kepala Abah takde rambut, ada rambut hauls-halus jer, kebetulan masa tu tengah popular cerita Kojak, heronya