Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 5, 2010

Giveaway Separuh Jiwang

Imej
Tarikh tutup 3 Jan 2011 Huh! apa nih!! haaa... ni lah giveaway cakap melayunya setelah ditranslate oleh en. google satu persatu maksudnya... memberikan jauh! hehehe tah apa apa kan!! Saje aku masuk GA ni.. kot kot boleh menang hadiah! boleh bagi kat wife aku! Mana taknya semuanya hadiah untuk orang perempuan! Cuba la buat untuk orang lelaki.. comfirm aku hantar borang penyertaaan 18 juta kali! Yelahh nak menang punya pasal!!! Maklumat lanjut korang boleh klik sini  tuan punya blog nama dia Weeda . Sebelum tu aku nak tag 3 orang mereka yang bertuah... http://diariummi.blogspot.com/ http://alifahsabrey.blogspot.com/ http://coretanuda.blogspot.com Ni hadiahnya.. ada 2... satu macam kat bawah ni.. 1 lagi misteri...

BlogLarian - Blog walking anda!!

Imej
Pada sesiapa yang nak menambah trafik kat blog masing-masing bolehlah menyertai segmen ni... Bagus untuk pengguna blog baru macam aku nih... Sesiapa pun boleh buat!! Maklumat lanjut boleh dapatkan kat sini : BlogLarian Lepas tu buat apa yang disuruh.. macam kat bawah ni! 1) Pastikan ada Banner  BlogLarian Done!! 2) Jadi Follower BlogLarian Done!! 3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan) Saya suka berblogwalking kerana boleh dapat ilmu macam-macam dari ilmu berblog sampai laa ilmu masakan  dan juga boleh berscreen shopping! Serta dapat tambah kenalan di alam maya ni! Pastu dapat jumpa geng kembar juga!! 4) Tag 3 orang rakan atau lebih Mereka yang bertuah ialah:- a) Kerel b) Oya c) Irma 5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian Okeh kejap lagi selepas siap nih! 6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan Okeh lepas ni jer!! Haahh... si...

Mandi Kolam!

Imej
Pada malam hari isnin lepas sehari sebelum cuti umum awal muharam, Sepupu aku datang rumah bawah  anak-anak dia nak mandi kolam... Kita orang pergi mandi kat kolam renang presint 16 jer..  Sementara nak menunggu sepupu aku sampai, aku bersiap laa, yang si aqil ingat aku nak pergi solat... asyik cakap ikut abah pergi solat tau! Berulang-ulang! hehehe... dia tak tau lagi aku nak bawa dia pergi mandi kolam...  Bila sepupu aku sampai jer kita orang pun beli la tiket pastu salin pakaian... Aku boleh lupa kat mana aku letak seluar mandi aku.. jadi, aku pakai seluar pendek jer... pastu pakai towel... konon-konon nak masuk terus terjun kolam, Aqil pun dah excited nak swimming... dah siap pakai CD lagi... sekali kena tahan dengan budak yang jaga kolam tu... bang, tengok seluar bang, aku pun selak towel aku, .. seluar ni tak boleh bang... hadoii yai!! dik boleh lah...aku merayu... yelah dah setahun lebih tak swimming, gian aaa tengok air ni... merayu punya merayu tak lepas gak......

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Moga mendapat manfaat dari rencana ini...  Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah ) Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj ? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keada...

4 golongan lelaki ke neraka...

Moga kaum lelaki yang korang kenal dilindungi Allah SWT... Sumber dari FB IslamicGlory Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.  Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..  Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan ...

Gambar Aqil, Auni, Auni dan Auni!!

Imej
Hari ni kesibukkan sikit... jadi, tak sempat laa nak menaip panjang-panjang. Nanti bila berkesempatan aku cerita  lagi kisah-kisah Amrafahan kat kau orang semua! Gambar ini diambil pagi tadi sebelum kami sekeluarga keluar rumah untuk pergi bekerja dan taska. Abang: Kurusnya Abah! kekekeke   Baju yang Auni, Auni, Auni pakai ini, semuanya baju abang dulu... Abang ready nak ambil gambar Abang nak buat peace tapi tak sempat, mama dah snap gambar Dah sampai taska.. tengah tunggu cikgu datang! Yang kiri tu Auni, tengah tu Auni, kanan sekali Auni... err betul tak mama!! hehehe

Blog oh Blog !!

Imej
Ini baru pertama kali nak join segmen En. Ben ni... aku cuba lah... Moga mendapat perhatian dari En. Ben.. hehehehe Usia and berblog.. Baru lagi... mentah lagi! lebih kurang sebulan lebih jer.. Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog En. Khairil kawan aku.. Sebenarnya lama dah teringin nak buat blog ni... tapi tapi tertangguh... hujung bulan oktober hari tu, aku tengok kawan aku keril ni buat blog sebab dia nak bertukar kerja.. ermm macam best jer buat blog ni... tu yang aku terus buat tu... Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog Blog ni apa? Untuk apa sebenarnya? Tapi bila dah tau, jadi seronok laa pula! Ramai kawan! Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog .. Anak sulung dan anak kembar 3 aku! Juga rakan-rakan blogger... banyak aku belajar dari kau orang! Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT Ala... blog ni macam rencana ke cerita-ceriti online laa... alaa macam surat khabar o...