Catatan

Tunjukkan catatan dari April 24, 2011

Jumpa kembar 3 lagi laa!! Anak dara lagi!!!

Imej
Haa... jumpaa kembar 3 lagi laa... anak dara lagi!! Kira macam versi Auni Auni Auni bila dah besaar hehehe... Aku jumpa kat  blog mama hebat nih!! Terima kasih mama!!! Mai kita terjah blog dia... diorang baru buat blog nih... baru 2 orang jer follower diaa. mai kita support diaorang nih.. bior  ketagih berblog macam aku nih... huhuhu.....

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu pengajaran

Imej
Aku dapat dari Email yang dihantar oleh adik aku Aiza. Terima kasih... Moga kita semua dapat pengajaran dari perkongsian ini.. Assalamualaikum Semua,                                                                   Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

3 budak kerinting! dan 1 budak lurus!

Imej
Rindu kat depa semua nih!! Sekejap jer diorang dah besar!!

Terima kasih to' wan!

Imej
Terima kasih to' wan sebab beri penghargaan pada blog Amrafahan. Hanya mampu ucapkan syukur dan terima kasih atas penghargaan itu. Pada aku kecil punya hal.. Orang memberi kita merasa yer dak?!  To' wan yang aku maksudkan adalah pemilik blog Kalam Dari Pondok Tua , seorang ustaz muda pada pandangan aku. Di dalam blog beliau banyak ilmu dan pandangan yang dikongsi bersama dengan pembaca. Sekali lagi terima kasih to' wan! Moga terus berjaya dalam menyampaikan dakwah melalui media baru ni.. InsyaAllah

Dah tengok Myvi 2011?

Imej
Agak-agak ada sesiapa nak beli kereta baru tak? lagi-lagi brand perodua tu? Apa kata korang tangguhkan dulu hasrat tu.. tunggu keluaran terbaru perodua ni, Myvi 2011 @ Myvi SE Extreme. Mengikut apa yang aku baca, Myvi 2011 akan dikeluarkan dalam 2 versi model, 1.3L dan 1.5L hermm... Tengok gambar kat bawah ni nampak menarik laa.. tapi untuk keluarga aku tak sesuai laa... hehehe... tak muat letak stroller.... Khabarnya akan dilancarkan pada bulan Mei untuk 1.3L dan Jun/Julai untuk model 1.5L tahun ni. Haaa... tak lama dah tu... Myvi 2011 punya dashboard pun nampak mengancam aaa.... smart aa.. tuil gear kat dashboard bagi versi auto sahaja... Oklah.. Meh layan gambar laa...

Jawatan Kosong!! Diperlukan Segera!!

Imej
Jawatan Kosong!! Diperlukan Segera!!! Sila mohon sebelum tarikh tutup tamat!! Terima kasih pada adik aku Aiza atas email yang dia send kat aku!!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!

Imej
Kisah ni terjadi pada beberapa tahun yang lepas... sebelum aku berkahwin lagi... Awekku dulu nih sangat baik dan sopan... boleh dikatakan gadis melayu terbaik dari ladanglah!! Err..bukan dari ladang sawit atau ladang getah tapi dari ladang anggor kat Perlis nun... Kitaorang bercinta masa tu tak lama... lebih kurang 3 bulan jer... Mungkin jodoh aku tak panjang... tapi dalam tempoh 3 bulan tu, kebetulan hari jadi aku nak dekat... dia tanya aku apa hadiah yang aku nak? aku jawab tak kisah pun asalkan ikhlas... bagi batu pun boleh.. boleh buat pemberat tisu... gila positif thinking aku masa tuh... kekeke... Bagi membuktikan cinta suci kitorang masa tu... dia kata dia nak bagi badan sebagai hadiah!!! Wahhh!!! Aku terkejut terkedu! Lalu aku pun setuju.. maklumlah pemikiran budak-budak lagi masa tu... Awek aku masa tu punya laa suka bila aku setuju! Dia kata dah lama dah dia nak bagi kat orang.. tapi sorang pun taknak!! Ehh.. pelik aku?!! Awek bagi badan pun taknak?!! rugi! rugi!! Minda...

Tension buat kuih nih!!!...

Imej
Arghhh!!! Aku tengah buat vlog amrafahan... tension tension!!! Hehehe bukan buat kueh ekkk Tak reti nak edit... grrrrr!!!! nanti laa.. dah siap aku tayang kat korang!!! Grrrr........ Layan gambar dulu lah yer.. gambo diorang masa kecil-kecil dulu!!

Buat apa tu sayang oii!!??

Imej
Ermm... anak-anak abah!! masa ni tengah tunggu mama balik dari kerja...

Hari Buntu Sedunia!

Imej
Hari Buntu sedunia bagi diri aku nih!!! Tak tau apasal!! Gambar pengubat kerinduan pada mereka semua dalam gambar nih!! err.. kecuali makcik 2 orang kat belakang tu.. aku tak kenal.. heeee....

Kisah benar isteri samseng!

Bagai Kain Buruk Apalah nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama. Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya. Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Cium sayang abang tapi....

Imej
Cium sayang abang tapi... sayang tak suka abang... abang terlalu hensem... ramai dah awek awek lain nak mengorat abang... sayang terpaksa melepaskan abang!!! Sayang nak abang hantar sayang ke rumah mak bapak sayang... tapi sebelum tu kita pergi makan dulu yer... sayang lapor... huhuhu..

Siapa lelaki Y?

Berita TV3 jam 8 malam tadi mengatakan sah lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ermm... apa maksudnya tu? Pada pandangan aku laa... pilihanraya umum yang ke 13 dah nak dekat. Apa pendapat korang? Berita lanjut klik sini

Aqil dan Pak Teh

Imej
Semalam Aqil ikut aku pergi niaga di pasar karat Shah Alam. Aku ingat memang tak nak bawa dia laa... risau kan dia nanti tah mana-mana dia merayap... Aqil nih berani sangat... selamba jer dia nak pergi mana pun... Tapi semalam aku tak dapat nak elak sebab dia dah nampak aku pakai baju dan seluar... Masa tu si Aqil tengah pakai towel jer... Nampak aku terus tanya abah dia ni ha... "Kita nak pergi mana ni?" haaa... amik... aku tak dapat nak elak dah... Aku cakap nak pergi work... tapi dia pun kata "Abang nak pergi work..." huhuhu... aku cakap tak boleh jer... dia dah menangis-nangis dah... aahhh... tewas... tewass.... Nak taknak kena laa bawa juga... aku siapkan dia lepas tu bawa laa dia..Sampai jer area parking kat pasar karat tu.. dia dah ingat... "Mak Teh mana? Mak Teh?" aku jawab "Pak Teh lahh" Oooo... panjang ooo dia... hehehe

AMR si mat rempit!!

Imej
Bila si Abang dapat helmet dia... dia terus nak merempit!!! hehehehe Terus nak jadi otomen... Nampak tak mainan kat tangan dia?  Haa... nama Aqil bila dah bertukar ialah.. Otomen fire engine... kekeke... kenapa ada fire engine? Sebab dia selalu tengok kartun finley the fire engine kat Cbeebies hehehe... Aqil.. Aqil..

Perlu ke komen macam nih? Marah nih!!

Imej
Korang baca nih! Marah nih! harap mamat ni diambil tindakan sebab bagi komen macam nih.. Tak perlu timbulkan isu kaum kalau nak komen... Mat rempit tu satu hal laa.. yang komen pun satu hal juga.. Yang salah tetap salah... harap ada pihak yang bertindak...

Doa Hari Ahad

Assalammualaikum dan selamat pagi! Ceriakan Ahad korang dengan doa hari Ahad ni Doa Hari Ahad Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya Dengan asma Allah yang tidak aku harapkan kecuali karunia-Nya tidak aku takutkan kecuali keadilan-Nya tidak aku percayai kecuali firman-Nya tidak aku pegangi kecuali tali-Nya KepadaMu aku berlindung wahai Pemilik Ridha dan Ampunan dari kezaliman dam permusuhan dari bencana zaman dari runtunan kesedihan dari rangkaian kemalangan dari habisnya jangka – sebelum siap sedia Aku berlindung pada-Mu ya Rabbi dari bisikan setan Aku bernaung pada kekuasaan-Mu dari kezaliman para sultan Terimalah apa yang ada dari shalatku dan shaumku Jadikan hari esokku dan sesudahnya lebih baik dari saat ini dan hari ini Muliakan keluargaku dan kaumku Jagalah waktu jaga dan tidurku Engkaulah Allah Penjaga Terbaik Engkaulah Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi Ya Al...