Risiko ada anak kembar!
As salam, selamat petang! Sementara aku menunggu untuk menge'check' doktor, aku nak share sikit risiko risiko bila ada anak kembar nih.. Bukan senang tau ada anak kembar nih... Awal awal mengandung doktor dah beritau kemungkinan kemungkinan yang boleh terjadi semasa pembesaran kembar dalam kandungan, sebabnya kebanyakkan kembar lahir tidak cukup bulan belum cukup matang nak hadapi dunia luar nih, sebab tu bayi bayi yang lahir pra matang akan ditempatkan di dalam Nicu. Bergantung kepada berat badan bayi dan kebolehan bayi itu tempoh duduk di nicu mungkin sekejap mungkin lama, bagi kes kami, AFAHAN duduk dalam Nicu lebih kurang 46 hari.. Jadi aku hari hari ulang alik tengok diorang kat Nicu dan sehari 2 3 kali datang hantar susu... Ok cerita lanjut boleh baca dalam post aku sebelum nih.. Nak link sini pun susah sebab guna tipon huhuhuhu... Taip jer kat kotak search sebelah kanan tu nanti jumpa laa guna keyword NICU. Ok kat sini aku senaraikan sikit risiko risiko bila korang dapat...