Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aqil

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Rumah Impian Abang vs Kak Ngah

Imej
Cerita nih dari mama, Abah update jer kat blog! Tinggi sungguh imaginasi anak-anak Abah nih! Hehehehe Cerita tgh ari tadi. Build ur dream house challenge. Beza rumah budak lelaki n budak pompuan. Obvious isn't it. Angah : rumah angah ada swimming pool, ada gelongsor, nti angah nk main dgn amni. Bilik mama kt sini. Bilik kacik, kakak, kak ngah kt sini.. bila. bla bla bla.... (real life imagination) Aqil : rumah abg masuk ikut bwh tanah, haa org tak kenal tak tau jalannye, kereta parking kt atas, yg lain parking kt bawah.. Mama: mana? Tak nmpk pun.. Aqil: ye la.. Memang la tak nmpk.. Kan parking bawah tanah.. Inilah hasilnya rumah diorang!!!

Wordless Wednesday: Abang yang sakit mata! Dapat spek baru!

Imej
#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari

Ultraman Buncit!

Imej
Pada zaman dahulu, tersebut laa kisah dua beranak nih, Si Abah dan Si Abang. Si Abah ini sedang mandikan Si Abang. Terjadi perbualan antara 2 beranak ini! Si Abang: "Abah! Abang jadi Ultraman Tiga!" Sambil menyampu rambut si Abang si Abah jawab : "Abang mana boleh jadi ultraman! Abang pendek kecik jer tak besar! Abah jer yang boleh jadi Ultraman! Si Abang jawab dengan muka selamba dan tak bersalahnya: "Abah jadi Ultraman Buncit! Haa.. kan! Abah Ultraman Buncit!" Si Abah dalam hati berkata "Terkena aku! Ceh!!" sambil senyum geram kat Si Abang! " Dah! Dah! Cepat mandi! Abah dah lambat nak pergi kerja nih!" Huhuhu! Bertuah punya anak!!! Budak bertuah nih!!

Geram!!

Imej
Ini Dani, anak buah saya... Saya geram dengan dia sebab dia sangat tembam dan sedap dipeluk! Umurnya baru 6 bulan tapi beratnya sudah 12kg. Mamanya hanya memberi susu badan sahaja! Memang geram peluk Dani nih!! Abah dan Aqil memenyekkan Dani!

Danii Si tembam!

Imej
Aku sampai kenduri aqiqah anak buah dalam kul 1.30 petang laa... Lepas makan kurma kambing aku ambil gambar Danii nih.. geram aku!! Punya laa debab dan tembam... sedap betul peluk dia.. hehehe Mummy n Daddy Danii ni mesti suka peluk Danii nih.. Aku sendiri pun suka peluk.. sedap woo... Danii Mikael nih baru berumur 2 bulan tapi berat dah 7.4 kg kalau tak silap aku. Berat dia dah nak sama dengan AN yang beratnya 7.8 kg masa timbang bulan lepas.. AN ni umur dah setahun tujuh bulan tu.. huhuhu.. cepat betul Danii kejar berat kakak yer.. hehehe.. Danii diberi susu ibu secara ekklusif exklusif eklusif ezekutif ehh... macam mana eja klusif klusif nih.. aku tak reti aa... alaa paham kan? alaa ibu ibu beri susu badan kat baby dia sepenuh jiwa tanpa campur susu formula... Aku sokong ibu ibu yang beri susu badan kat baby baby diorang nih tanpa campur susu formula or lain lain sekurang sekurangnya 6 bulan.. Yelah kan 6 bulan budak tu dah boleh diberi makan pepejal.. tapi harap dapat diteruskanl...

Cowboy Aqil beraksi!!

Imej
Hari tu aku ada cerita pasal Aqil ada masuk pakaian beragam kan! Meh baca kat sini dan sinun !! Video ni membuktikan kenapa Aqil dapat nombor satu dalam acara pakaian beragam tuh.. Tengoklah sendiri yer!!! Ada pula tuan puteri datang nak selamatkan koboi tu! hehehee Versi 1tube.my Hadiah Aqil

Sama tak?! Sama tak?!! hehehe

Imej
Cuba tengok dua gambar nih sama tak? Anak abah tak? Gambar nih...

Anakku yang retro!

Pagi tadi masa dalam kereta nak hantar anak anak dan mama, aku buka radio kereta, kebetulan masa tu tengah dengar mix fm, msa tengah layan tu si abang tengah minum susu kat seat depan... Tengah aku leka layan lagu kat mix fm tu tiba tiba si abang kata kat aku, abah, buka sinar fm! Haaa! Aku terkejut laa... Tak pernah pernah dia minta tukar radio tiba tiba pagi ni dia minta tukar sinar fm... Hehehe aku dengan wife gelak jerr... Tak sangka pula si abang ni suka dengar sinar fm. Hehehe comel jer aku rasa... Mungkin sebab sebelum sebelum ni, pagi pagi aku dengar sinar pagi, layan celoteh mak neng mak banang dan krill... Hari ni jer aku terlupa nak tukar ke sinar fm tu yang si abang minta tukar tu... Kalau tengah dengar lagu kat dalam kereta, aku slow kan volume radio, mesti si abang minta kuatkan balik... Hehehe... Abang abang... Memang retro lah!!! Lepas tu aku saja sakat dia nak tukar channel lain.. Uihhh tak bagi ko! Siap kena marah lagi aku nihh!!! Hahaha Apa apa jelah A...

Aqil dan Pak Teh

Imej
Semalam Aqil ikut aku pergi niaga di pasar karat Shah Alam. Aku ingat memang tak nak bawa dia laa... risau kan dia nanti tah mana-mana dia merayap... Aqil nih berani sangat... selamba jer dia nak pergi mana pun... Tapi semalam aku tak dapat nak elak sebab dia dah nampak aku pakai baju dan seluar... Masa tu si Aqil tengah pakai towel jer... Nampak aku terus tanya abah dia ni ha... "Kita nak pergi mana ni?" haaa... amik... aku tak dapat nak elak dah... Aku cakap nak pergi work... tapi dia pun kata "Abang nak pergi work..." huhuhu... aku cakap tak boleh jer... dia dah menangis-nangis dah... aahhh... tewas... tewass.... Nak taknak kena laa bawa juga... aku siapkan dia lepas tu bawa laa dia..Sampai jer area parking kat pasar karat tu.. dia dah ingat... "Mak Teh mana? Mak Teh?" aku jawab "Pak Teh lahh" Oooo... panjang ooo dia... hehehe

AMR si mat rempit!!

Imej
Bila si Abang dapat helmet dia... dia terus nak merempit!!! hehehehe Terus nak jadi otomen... Nampak tak mainan kat tangan dia?  Haa... nama Aqil bila dah bertukar ialah.. Otomen fire engine... kekeke... kenapa ada fire engine? Sebab dia selalu tengok kartun finley the fire engine kat Cbeebies hehehe... Aqil.. Aqil..

Kasihan anak-anak abah!

Hari ini baru sekarang ni dapat update blog. Pagi-pagi lagi si Abang dah muntah-muntah, tak tau kenapa. Pagi sebelum nak pergi taska dah 3 kali muntah, sampai taska muntah lagi.. dia muntah lendir dan air jer.. mungkin sebab belum minum atau makan lagi pagi nih... patut laa masa aku mandikan dia, dia lembik jer... rupa-rupanya dia tak sihat... jadi lepas hantar wife aku pergi kerja aku bawa si Abang pergi klinik, kesian tengokkannya... lembik dah... kurang aktif macam biasa... Sampai jer klinik, si Abang dah segar sikit, dah boleh minta nak main game handphone, lega aku bila tengokkannya. Bila bawa jumpa doktor, abang dah aktif sikit, doktor kata ni takde apa-apa sangat, bukan keracunan makanan sebab takde cirit-birit. Doktor bagi air garam jer untuk kembalikan tenaga si Abang. Bila aku hantar ke taska si Aqil merengek-rengek nak pergi klinik, hehehe padahal baru balik klinik, sebenarnya dia taknak pergi taksa tu, jadi aku pujuk dia, ajak dia pergi beli nasi dan lepas tu pergi task...

Bila Aqil bekerja di opis abah!

Imej
Hari tu kan aku ada cerita pasal si Aqil datang ke opis aku nih... Dalam tak sedar tu, kawan-kawan aku melayan si Aqil nih... Aku ingatkan takde gambar dia... rupanya ada... Hadoiihh... pening aku tengok gambar si Aqil nih... Ni semua gara-gara mak cik pak cik kat Aqil laa nih...

Aqil Aqil Aqil..... dan Abah Aqil!

Imej
Pagi tadi aku pergi hospital, sebab ada apointment untuk buat ultrasound . Dulu masa wife aku mengandung, aku ingatkan ultrasound ni untuk perempuan jer.. Rupanya untuk laki pun boleh aa.. huhuhuhu... tadi masa menunggu kat unit x-ray, yang masuk bilik ultrasound tu, semua perempuan. Aku jer lelaki.. heee... Wife aku dan Aqil teman aku tadi. Bila nama dipanggil aku pun masuk laa.. bila doktor buat ultrasound, memang ada jumpa batu karang kat pinggang sebelah kiri aku... patut laa asyik sakit pinggang, sengal-sengal jer pinggang aku nih... rupanya ada lagi batu karang yang tak habis keluar hari tu...

Dah jumpa tapi masih rindu!

Imej
Semalam aku sampai rumah dah lewat malam, masuk jer bilik, Auni Auni terjaga, Auni satu lagi masih tidur. Si Abang dah bangun dari tidur. Puas tidur dalam bas agaknya. Lepas tu jumpa adik-adik dia, semua kena kejut dengan abang dia sebab nak salam, lepas salam tu, abang nak salam lagi, lepas tu adik-adik dia taknak salam lagi.. apa lagi.. si abang terus menangis merajuk adik taknak salam. Aku pun pujuk laa, cakap dengan dengan Abang sayang adik jer, tak payah salam, si abang pun pergi la cium sayang adik dia. Adik dia pula yang menangis, elok-elok aku masuk bilik tadi senyap jer dah jadi riuh dengan suara anak-anak aku menangis. Nasib wife aku masuk bilik pujuk Auni dan Auni. Auni seorang lagi masih tidur. Aku pun melandingkan badan baring sebelah Auni yang tidur. Hehehe.. sebab tak nampak sangat sebab gelap aku pun cek laa Auni mana laa yang tidur ni, rupa-rupanya AN. Hehehe.. bukan aku tak kenal anak yer.. tak perasan sebab gelap.. huhuhu... Aku pun tidur peluk AN. Lepas tu datang ...

Seksi tak saya!

Imej
Haa.. ni nak tunjuk keseksian anak lelaki aku AMR! Masa ni aku singgah kat Masjid Besi Putrajaya nak solat asar. Si Abang ni ikut laa aku solat, tapi lepas aku solat rupanya dia buat kerja dia.. Baik punya bagi! Masa tu dah lah tak bawa baju salin. Apa lagi, guna apa yang ada laa.. Tutup guna key abah dia jer.. Nasib laa ngam-ngam muat! Sampai kereta baru salin baju dan seluar dia... Hadoi yai! Anak Abah nih! Aqil yang seksi!

Matinya sekuntum Ultraman

Imej
Matinya seekor eh. seorang.. err.. sebiji.. sehelai? apa yer yang sesuai.. Ultraman ni bukan orang pun.. Ermm.. sekuntum Ultraman laa... Haa... ni sorotan macam mana matinya sekuntum Ultraman... Dikalahkan oleh resakse Aqil Muhammad Rayyan.. Mati juga sekuntum Ultraman nih....

Aqil dan otomen

Imej
Kelmarin aku bawa Aqil pergi beli kepala gas kat Mydin Putrajaya lepas solat maghrib kat surau tempat aku. Kepala gas dan paip gas rumah aku dah rosak agaknya, sebab ada bau gas... Bila sampai Mydin, biasanya aku dukung si Aqil ni, tapi hari tu aku saja cakap dengan dia , "abang jalan yer! abah tak larat" Dia pun cakap balik.. " Abah tak larat ke?" Hadoi anak aku ni.. sekarang ni kalau bercakap dengan dia mesti ada perkataan 'ke'. Jenuh aku nak balas balik cakap dia... Ada sekali tu, kaki aku tersadung tilam, pasti aku jerit sakit aa... Kebetulan wife aku dan Aqil ada kat situ... si Aqil tanya aku yang tengah menahan sakit kaki tu.. "Abah sakit ke?" Arghh!! Tensen!! Nak marah tak boleh aku ketawa dalam menahan sakit tu! Wife aku gelakkan jer! Haaa... Aqil.. Aqil... Banyak lagi laa soalan pertanyaan dia ada perkataan 'ke'! Aku tak dapat ingat semua.. tapi bila bercakap dengan dia aku ketawa laa... seronok melayan! Heheheh.. Ehh.. cerita ...

Hati girang jumpa anak-anak!

Imej
Waa.... lamanya tak update... huhuhu... penat aa... Semalam aku sampai dari JB . Turun kat R n R Serdang, wife aku dan Aqil datang ambil aku... masa aku sampai kat kereta, Aqil dan mama tertidur... Lepas tu aku ketuk cermin kereta, mama bangun... lepas mama kejut Aqil! Aqil terus bangun dan panggil aku "Abah! Abah!" berulang-ulang kali!! Bahagianya rasa!!! Aku masuk kereta terus terus Aqil! Nampak muka Aqil happy jumpa abah dia! Ya Allah!! Rindu! Sayang! Bahagia! Girang! Semua-semua lah!!! perasaan aku masa tu! Peluk lama-lama! waaa.... bestnya rasa!! Lepas tu peluk mama pula... adegan tu tak boleh cerita... hehehe... Lepas tu bertubi-tubi soalan si Aqil tanya kat Abah dia nih.. hehehe... aku tak kisah... aku jawab jer... hati gumbira! Gila kau! 9 hari tak jumpa anak... hermm... macam-macam laa kawan-kawan aku yang terpaksa kerja jauh dari keluarga... mesti rindu gila! Jangan kau orang muak la pula dengan cerita aku ni! Cuma luahan rasa sayang rindu aku pada anak-anak a...

Main futsal!

Imej
Minggu lepas bawa AMRAFAHAN pergi teman Mama dia orang main futsal dengan budak perempuan opis aku...  Mula-mula perempuan jer yang nak main, lepas tu tak cukup korum, aku dan budak opis aku Daus pun masuk jadi penjaga gol...  Aqil dan Auni Faqihah join sekali.. Auni Haziqah dan Auni Naqibah tidur dalam kereta...  Bersungguh laa si Aqil ni main... habis 1 padang dia pusing... tapi AF jadi penonton jer dia.. hehehe.. tak cukup syarat nak main... kang kalau dah cukup syarat baru boleh join mama main... Sebenarnya aku penat ketawa lagi dari main futsal dengan dia orang nih... Macam semut hurung gula.. kat mana ada bola kat situ ada perempuan-perempuan.. kekekek... Anyway kalau dia orang main lagi, mungkin akan improve skill dia orang aa... ermm sekali tengok macam main netball pun ada... kekekeke puas aa gelak!! Maaf yer korang!! Berlari-lari sekeliling padang! Tunggu bola tak sampai-sampai, ambil gambar dulu! Penyokong mama kepanasan! Abang tendang bola di...