Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Birthday

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Happy 4th Birthday Auni Auni Auni!!!

Imej
Selamat Hari Lahir Sayang sayang sayang Abah dan Mama!  Moga menjadi anak-anak yang solehah! Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT Abah dan Mama sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua anak-anak Abah dan Mama Abah sayang anak anak anak anak anak semuanya!!! Gambar AF AH AN bersama-sama sepupunya dan auntienya! Punya laa susah nak cari gambar depa bertiga! Jumpa yang ini paling baru! Gambar masa kat rumah kenduri di Felda Layang-layang Johor hari tu! Gambar dalam kereta on the way balik Johor

Abang dah 5 tahun!!

Imej
Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung! Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe.. Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang. Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Il...

Happy Birthday Abang!!

Imej
Hari ini hari lahir anak Abah yang pertama iaitu Aqil Muhammad Rayyan aka AMR aka Abang. Masih abah teringat lagi saat-saat Abang nak keluar dari Mama, macam mana kuatnya jeritan Mama (hehehe Mama jangan marah aa..) nak keluarkan Abang dari perut Mama tuh.. Sedar tak sedar dah 4 tahun berlalu.. Sekejapnya masa berlalu.. Abang pun semakin bijak berkata-kata, nakal-nakal manja dah pandai mengaji dan menyanyi... sampai Abah terikut laa lagu nyanyian Abang tu.. Abah doakan Abang membesar jadi anak yang soleh, beriman, berakhlak mulia, hormati orang tua, membaca dan menghafal Al-Quran dan segala-gala yang baiklah.. InsyaAllah. Abah dan Mama sayang Abang dan Adik-adik sangat-sangat!!! Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Abang! Happy birthday to you!! Sayang Abang sangat-sangat!!

Selamat Hari Lahir Mak!

Hari ni birthday mak aku, hari ni juga dia pencen. Sempena hari istimewa nih aku nak wish kat mak aku... Mak, Selamat Hari Lahir yang ke 58! Moga mak dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diberkati Allah selalu. Kita sekeluarga dan adik beradik yang lain sayang mak sangat-sangat!! Sampai bila-bila!! Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Mak saya! Allah selamatkan kamu Sayang rindu mak sangat sangat! Published with Blogger-droid v1.7.3

Tak boleh makanlah!!

Imej
As salam.. bila hantar anak anak ditaska nih macam macam majlis ada.. bila hari ibu, mama dapat hadiah, bila hari bapa, abah dapat hadiah.. bila ada sambutan hari jadi kat taska, anak anak dapat hadiah.. Tu yang seronok tu.. Biasanya cikgu cikgu dorang ni akan letak goodies tu dalam beg baju diorang.. Jadi bila balik rumah buka beg nak ambil pakaian kotor, ada laa terselit sekali dengan goodies tu.. kalau macam AMRAFAHAN biasanya dapat sorang satu.. jadi ada 4 laa semuanya... Bila ada banyak tu.. biasanya abah dia yang buat tapisan keselamatan dulu.. Biasa goodies yang diberi ni memang menarik perhatian abah aa... Macam macam ada dalam tu.. ada jajan, ada cokelat, ada air ada sumi ada mainan.. dll Bila aku tengok ada macam macam tu aku pilih dulu mana yang anak anak aku boleh makan ke tak.. Kebanyakkannya memang dorang boleh makan laa.. cuma aku jer taknak biasakan dorang dengan jajan jajan tu.. Biasanya Auni Auni Auni ni suka sumi jelly tu.. Haa itu yang aku beri laa... yang lain ...

Muka kelat sungguh!

Imej
Tadi lepas solat jumaat aku dan wife hantar goodies dan kek untuk sambut birthday si Abang kat taska. Kebetulan pula pada hari ni ada lagi satu birthday kawan taska abang.. Kalau ikutkan tarikh birthday Abang dah lepas lama dah.. cuma tak bekesempatan buat sambutan untuk dia.. Kebetulan masa birthday AMR kami di Bukit Fraser.. Alhamdullillah hari ni dapatlah sambut birthday dia.. Tapi aku tak tau kenapa biasanya kalau nyanyi lagu birthday nih muka abang happy jer.. tapi hari ni kelat sungguh! Agaknya baru bangun tidur kot.. Takperlah janji sambut birthday dia.. masa nak tiup lilin kek tadi pun muka kelat jer... Aku dah rekod video baikkk punya tapi tak boleh save!! tekanan perasaan betul laa.. abis memori indah tu!! jadi dapat ambil gambar jer.. Auni Auni Auni pun ada.. depa semua tolong colek kek dengan jari.. hehehe Muka kelat!

Happy Birthday AMR!

Imej
Hari ni hari jadi anak aku yang sulung Aqil Muhammad Rayyan yang ke 3. Sedar tak sedar dah 3 tahun berlalu.. Abah dan Mama doakan anak abah ni menjadi anak yang soleh, hormati orang tua, tak degil, dengar cakap abah dan mama, berjaya dalam hidup dan dimurahkan rezeki InsyaAllah... Abah dan Mama sayang Abang sangat sangat!! Harap harap lepas ni abang tak payah pakai diapers lagi tau! Huhuhu... Toilet training tak lepas lagi nih.. Tadi bila aku nyanyikan dia lagu happy birthday, si abang malu malu hehehehe... InsyaAllah balik dari Fraser ni kita pergi tengok Kung fu Panda ye abang! Sempena birthday abang ni aku ada lagi berita gembira... Nanti aku cerita kat korang yer... Err... Agak agak korang boleh teka tak berita gembira tu? Published with Blogger-droid v1.6.9