Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AMR

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Rajin si Abang nih!

Imej
Nak buat sendiri katanya! Rajin anak Abah nih! Pandai anak Abah nih! Sekarang nih si Kakak, Angah dan Adik pun nak buat sendiri... huhuhu.. tapi Abah kena dukung diorang sebab tak sampai!

Si Abang makan kaca gelas!

Imej
Pagi tadi Abah terlelap depan TV, lepas tu tiba-tiba si Abang kejut Abah, Abah! Bangun! Ada kaca! Terkejut Abah! terus bangun! Dalam mamai-mamai tu Abah ingatkan si Abang kena kaca ke apa.. Bila Abah tengok, Ada gelas kaca yang dah sompek, isshhh... bahaya ni, Abah nak bangun laa nak bersihkan kaca tu, tiba-tiba si Abang cakap dengan Abah, Abah! Abang gigit kaca tu! ehh! kenapa Abang gigit? Abang geram ke? tanya Abah. Abang anggukkan kepala! hadoihh laa anak.. Nasib laa tak luka mulut tuh! Ermm.. bila guna gelas tu, Abah pun rasa geram macam nak gigit jer.. sebab nipis sangat! Bahaya juga kalau bagi budak-budak guna gelas macam nih! Takut depa geram dan gigit pula! Haissh... Apa pun Abah bersyukur laa takde kejadian yang buruk berlaku! Si Abang ada beritau Abah, dia ada terpijak kaca tapi tak darah.. haisshh... kalau tak jadi macam kes si Kakak laa... Gelas yang si Abang gigit! Hehehe... bukan makan laa.. gigit kaca jer... jangan marah aa...

Ultraman Buncit!

Imej
Pada zaman dahulu, tersebut laa kisah dua beranak nih, Si Abah dan Si Abang. Si Abah ini sedang mandikan Si Abang. Terjadi perbualan antara 2 beranak ini! Si Abang: "Abah! Abang jadi Ultraman Tiga!" Sambil menyampu rambut si Abang si Abah jawab : "Abang mana boleh jadi ultraman! Abang pendek kecik jer tak besar! Abah jer yang boleh jadi Ultraman! Si Abang jawab dengan muka selamba dan tak bersalahnya: "Abah jadi Ultraman Buncit! Haa.. kan! Abah Ultraman Buncit!" Si Abah dalam hati berkata "Terkena aku! Ceh!!" sambil senyum geram kat Si Abang! " Dah! Dah! Cepat mandi! Abah dah lambat nak pergi kerja nih!" Huhuhu! Bertuah punya anak!!! Budak bertuah nih!!

Happy Birthday Abang!!

Imej
Hari ini hari lahir anak Abah yang pertama iaitu Aqil Muhammad Rayyan aka AMR aka Abang. Masih abah teringat lagi saat-saat Abang nak keluar dari Mama, macam mana kuatnya jeritan Mama (hehehe Mama jangan marah aa..) nak keluarkan Abang dari perut Mama tuh.. Sedar tak sedar dah 4 tahun berlalu.. Sekejapnya masa berlalu.. Abang pun semakin bijak berkata-kata, nakal-nakal manja dah pandai mengaji dan menyanyi... sampai Abah terikut laa lagu nyanyian Abang tu.. Abah doakan Abang membesar jadi anak yang soleh, beriman, berakhlak mulia, hormati orang tua, membaca dan menghafal Al-Quran dan segala-gala yang baiklah.. InsyaAllah. Abah dan Mama sayang Abang dan Adik-adik sangat-sangat!!! Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Abang! Happy birthday to you!! Sayang Abang sangat-sangat!!

Nyenyaknya!

Imej
Fresh from oven! Gambar Si Abang tidur atas Si Adik pagi nih!! Susah nak dapat post macam nih! Pagi tadi Abah nampak terus snap!!! Comel jer!! Nanti diorang dah bangun tidur Abah nak tunjuk pada diorang! Hehehe

Jadi angkasawan pula?!!

Imej
Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap! Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe Abang kat belakang sekali tengah bagi burung makan - Sumber gambar dari sini Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!

WW no. 2: Self potrait by AMR

Imej

Cair Abah!!

Imej
Pagi tadi seperti biasa sebelum abah pergi kerja, abah akan pergi kat anak-anak nak peluk cium diorang dulu... Mula-mula cium  dan peluk Auni Auni Auni, pastu pergi kat abang pula, masa tu dia tengah tidur.. bila abah cium dia.. dia tersedar.. lepas tu toleh kat abah, tanya kat abah "Abah nak pergi mana?" Abah jawab "Abah nak pergi kerja!" Abang jawab " Ok! Baik baik yer Abah !" lepas tu terus dia sambung tidur balik... hadoihh... abah jadi sayu dan cair... terus rasa serba salah nak pergi kerja.. Lepas tu keluar bilik, nak turun bawah.. tapi masuk balik bilik nak cium abang lagi sekali... rindu terus kat dia.. Rindu kat AMR Masa tu terus terfikir, kalau jadi apa-apa kat aku macam mana yer? Kasihan anak-anak aku!! Dahlah travel jauh nak pergi dan balik kerja.. naik motor lak tu.. Harap-harap tiada apa-apa yang buruk terjadi laa yer.. Moga perjalanan aku pergi balik kerja selamat.. Amin...

Abang buat rumah Transformers!

Imej
Abang sekarang ni seronok main ABC cantum cantum nih... selalu laa paksa aku buat rumah dia.. lepas tu dia masuk dalam tu... Seronok pula layan... tapi kadang kadang tensen gak... baru buat jer.. dah pecah... hadoii... tapi bagus laa dia dapat guna imaginasi dia untuk buat sesuatu... Ni laa Transformers versi Aqil

Abang buat.. abang buat...

Imej
Anak aku yang sulung ni rajin budaknya.. semua dia nak buat.. dari tolong angkat barang kat pasaraya sampai laa buat kerja kat rumah.. Kalau kita tak bagi siap merajuk tu.. lepas tu datang kat kita, perlahan jer suara dia lepas tu cakap." bolehlah abang buat.. abah! abang nak buat.. Macam contoh kat bawah nih.. bila aku dah bagi dia buat.. dia buat setempat jer.. lepas tu mata tak lepas tengok tv.. bila macam dah syok jer layan tv tu.. dia biar jer... huhh bertuah punya anak!!

Muka kelat sungguh!

Imej
Tadi lepas solat jumaat aku dan wife hantar goodies dan kek untuk sambut birthday si Abang kat taska. Kebetulan pula pada hari ni ada lagi satu birthday kawan taska abang.. Kalau ikutkan tarikh birthday Abang dah lepas lama dah.. cuma tak bekesempatan buat sambutan untuk dia.. Kebetulan masa birthday AMR kami di Bukit Fraser.. Alhamdullillah hari ni dapatlah sambut birthday dia.. Tapi aku tak tau kenapa biasanya kalau nyanyi lagu birthday nih muka abang happy jer.. tapi hari ni kelat sungguh! Agaknya baru bangun tidur kot.. Takperlah janji sambut birthday dia.. masa nak tiup lilin kek tadi pun muka kelat jer... Aku dah rekod video baikkk punya tapi tak boleh save!! tekanan perasaan betul laa.. abis memori indah tu!! jadi dapat ambil gambar jer.. Auni Auni Auni pun ada.. depa semua tolong colek kek dengan jari.. hehehe Muka kelat!

Nak ikut abah...

Imej
Patutlah nak ikut abah pergi niaga... Rupa rupanya ada kerja... Pandainya anak abah nih.. Published with Blogger-droid v1.7.1

Terrerr anak abah nih!!!

Imej
Video ni aku amik dari facebook wife aku.. Aqil main Angry Birds lepas tu dapat highscore... Cayalah aqil! Hehehe Tengoklah gelagat dia.. Hehehe comel jer aku rasa... Kalau takleh tengok bitau ekk... Ni aku copy link dia dari tipon haa.. Published with Blogger-droid v1.7.1

Happy Birthday AMR!

Imej
Hari ni hari jadi anak aku yang sulung Aqil Muhammad Rayyan yang ke 3. Sedar tak sedar dah 3 tahun berlalu.. Abah dan Mama doakan anak abah ni menjadi anak yang soleh, hormati orang tua, tak degil, dengar cakap abah dan mama, berjaya dalam hidup dan dimurahkan rezeki InsyaAllah... Abah dan Mama sayang Abang sangat sangat!! Harap harap lepas ni abang tak payah pakai diapers lagi tau! Huhuhu... Toilet training tak lepas lagi nih.. Tadi bila aku nyanyikan dia lagu happy birthday, si abang malu malu hehehehe... InsyaAllah balik dari Fraser ni kita pergi tengok Kung fu Panda ye abang! Sempena birthday abang ni aku ada lagi berita gembira... Nanti aku cerita kat korang yer... Err... Agak agak korang boleh teka tak berita gembira tu? Published with Blogger-droid v1.6.9