Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BaHaYa

Kenali Ubat Anda! Beracun? Berdaftar? Dadah terlarang?

Imej
#AbahAmrafahan #entriKelabBloggerBenAshaari #KelabBloggerBenAshaari #ubat #kenaliubatanda #kkm #farmasi Masa Abah pergi klinik yang lepas, Abah dapat info yang sangat berguna! Kebetulan pada hari tuh, pihak Farmasi Klinik Presint 9 Putrajaya ada buat pameran. Baru Abah perasan, ada antara ubat dan makanan tambahan di luar sana yang dijual di pasaran sebenarnya amatlah merbahaya kepada kita. Ada antara produk itu mempunyai racun dalam kuantiti amaun yang kecil. Ada juga yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada juga yang mempunyai dadah terlarang. Sedar atau tidak, kita mungkin pernah guna ubat atau produk ini. Ada antara produk ini tidak dikategorikan sebagai ubat kerana ianya dibuat untuk minuman contohnya kopi kuat 3 dalam 1 dan sebagainya. Ada juga produk menguruskan berat badan yang mempunyai kandungan kimia terlarang atau racun. Penerangan yang Abah terima dari ahli Farmasi tuh, untuk kuantiti yang sedikit mungkin tidak nampak kesannya serta merta. Jik...

Cinta bertaut kembali!

Pagi tadi aku ada sedikit hangin dengan bini aku, tapi itu cerita pagi tadi.. Sekarang nih lepas dia beri servis yang baik dan aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan, aku tak hangin lagi dah dengan bini aku, malah aku bertambah tambah sayang pada dia... Hampir 5 tahun susah payah aku bersama dia, jarang sekali dia kecewakan aku.. Baru pagi dia buat hal aku dah teremo... Huhuhu maafkan aku BaHaYa (nama bini aku) kerana teremo, tapi tetap sabar layan kerenah aku.. Setelah dihantar ke klinik kereta tadi, performance kau semakin baik dan I like!! Oh BaHaYa, lepas ni takmo majuk majuk lagi tau... Susah hati tuanmu ini... Published with Blogger-droid v1.7.2