Wad 2C Hospital Putrajaya
Masuk Wad 2C: 4 Nov 2010 Sedar tak sedar sudah 8 hari anak anak anak aku berada di hospital, Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT dan berkat doa sahabat-sahabat sekalian, anak-anak aku semakin sembuh dari sakitnya... Semalam Auni Naqibah dah boleh keluar hospital, hati mak bapak mana yang tak gembira bila diberitahu oleh doktor yang anaknya dah sihat dan boleh keluar hospital, Syukur Alhamdullillah... InsyaAllah, jika tiada aral, esok Auni Faqihah dan Auni Haziqah pula boleh keluar dari hospital, abah dengan mama, tak sabar nak tengok diorang balik rumah, ketawa, senyum dan lain-lain lah... Semasa aku jaga diorang kat hospital, Aku sampai sakit pinggang laa tidur kat sofa hospital tu, lepas tu nak demam pula, tapi takpe asalkan dapat tengok anak-anak sihat, aku sanggup.. terima kasih pada isteri aku yang beri dorongan kat aku untuk jaga diorang selama ni.. Terima kasih aku ucapkan pada semua doktor dan jururawat yang sudi menjaga dan merawat anak-anak aku sehingga sihat... ...