Pagi kelmarin (Jumaat lepas) semasa di highway dalam perjalanan ke pejabat, Mama call Abah, menangis nangis, alamak!!! kenapa pula nih! Masa tu Abah baru jer lepas R n R Seremban, jadi takde tempat nak berhenti, suara Mama pula, putus-putus tak jelas! Abah dah tak senang duduk, kenapa pula nih! Ya Allah!! Bagilah aku ketenangan! Yang Abah dengar Mama suruh Abah balik cepat! Abah takde pilihan lain, kena keluar tol Seremban dan patah balik ke Putrajaya, alamak masa nih baru teringat, minyak tak isi lagi, lampu amaran dah kelip kelip, touch n go tak top up lagi! Abah nekad, bawa jer kereta terus, harap-harap tak habis minyak tengah highway, tol boleh pakai cash. Pasang lampu besar kereta, pasang signal kecemasan, Abah terus pecut kereta, nasib baik kereta tak banyak hala ke KL. Dalam perjalanan tu, Abah cuba call jiran depan rumah, tapi tak dapat. Lepas tu cuba call jiran lain pula, Alhamdullillah dapat, terus pesan kat dia tolong tengokkan Mama dan Amni sementara Abah nak sampai sana,...