Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 16, 2012

Pergi Korea! Yeyy!!

Gila best dapat pergi Korea ni! Tapi bukan Abah laa.. tapi adik Abah yang baru kawin tu! Semalam dia pergi dari Singapura. Ehh lain macam pula sebut Singapura nih... biasa sebut Singapore. Hehehe Murah rezeki dia. Tak pasal pasal dapat honey moon kat Korea. Sebabnya dia pergi dengan kawan dia. Kawan dia ajak dia, jadi dia topup sikit jerlah belanja ke sana. Murah rezeki kawan dia tu. Dahlah tahun lepas dibawa ke L.A, memang rezeki dia laa. (Sila baca dalam mood tak jeles!) Huhh!! Hehehe Abah tak jeles pun! Hak hak hak! ! Dah pesan kat dia suruh beli gajet Samsung Galaxy Camera, kat sana murah kot! Tapi kirim dengan air liur jerlah! Hahaha!! Dia balik sini baru bayar! Hehehe. Tapi dia awal awal dah sound! "Orang nak jalan! Bukan nak soping!" Cettt!!! Pastu kerek dengan Abah nak pergi tempat Winter Sonata tu! Cettt!!! Tak pelah, yang penting Abah doakan dia selamat pergi dan selamat balik dengan ahli rombongan dia . Solat jangan tinggal tau Aiza!!

WW: Skype dengan Abah!

Imej
Auni Auni Auni Skype dengan Abah dan Abang masa kami balik kampung Johor! Nota Kaki Abah: Cer teka mana satu AF, AH dan AN??! hehehe

Abah! Abang nak kencing! Aramakk!!

Semalam lepas solat maghrib, Abah bawa laa AMRAFAHAN ke kedai nak beli kek sebab kat taska diorang hari ini ada buat parti harijadi beramai-ramai. Lepas pergi beli kek tu, Abah pergi Alamanda pula, malas nak bawa pergi Mydin Putrajaya walaupun dekat dengan rumah, kat Mydin tu tempat sempit pastu tak troli friendly .. eh boleh gitu ayat.. hehehe. Kalau pergi Carrefour senang sikit nak kawal diorang. Bubuh jer dalam troli empat-empat orang budak tu.. haaa.. senang laa Abah nak kawal diorang! Masa tengah sibuk-sibuk cari barang tu, tiba-tiba si Abang beritahu Abah dia nak kencing! Aramakk!! Nak taknak Abah suruh si Abang tahan kejap... si Abang tu pun tahan laa dengan muka berkerut.. lepas tu berulang-ulang kali cakap "Abah! Abang nak kencing! Cepat laa Abah! Buat laju-laju!" Abah jawab "Kejap! Kejap nak cari barang sikit lagi nih!" "Cepat laa Abah" hahaha... Abah dah pening macam mana nak buat! Nak bawa orang ramai lagi. Fikir punya fikir dapat laa idea. ...

Kembar 9 bulan dah pandai berenang!

Imej
Abah tertarik dengan cerita kembar berenang nih! Belum boleh berjalan lagi tapi dah pandai berenang!! Si Auni Auni Auni belum lagi pandai berenang.. bapak diorang jer yang pandai berenang kat kolam paras lutut si Abang! hehehe Meh baca cerita nih... ***************** Belum jalan dah pandai berenang SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam. GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ...

Abah jadi apa?!!

Kalau Abah mandikan AMRAFAHAN atau terutamanya si Kakak, si Angah dan si Adik, masing-masing ada gelaran diri yang baru untuk diri masing-masing. Si Kakak akan cop watak Mama, jadi dia jadi Mama laa... garang ke marah orang lain pun macam Mama! hahaha kelakar jer! Si Angah pula akan jadi watak si Abang, membahasakan diri sendiri Abang, kalau Abah panggil dia Angah, dia akan betulkan, nih Abang laaa!! Macam tu juga Kakak! ni Mama lahh!! Kalau Abah salah panggil! kadang-kadang Mama panggil Kakak, Mama kecil! Dia akan jawab nih Mama besarlah!!! Eleehhh perasan jer si Kakak nih!! Si Adik ni watak dia jadi Abah, tapi jarang laa dia mengaku jadi Abah, dia lebih suka orang panggil dia Adik kalau Abah yang panggil. Tapi kalau sesama depa.. tiga budak kembar tu, si Adik akan jadi Abah. Ok, lepas Abah mandikan diorang maghrib tadi, Abah baring laa kat tilam. Bermalasan... Abah nak mandi pun tak mandi-mandi sampailah taip entri nih! hehehe.. takper.. korang tak leh bau! Lepas nih baru nak...