Selamat Datang Kembar 3 Zura dan Mus!! Baru lahir minggu lepas tau!!

Semalam aku dan wife pergi melawat kembar 3 yang baru lagi Ahad lepas.. Tahniah pada ibu bapa kembar 3 iaitu Wan Azura dan Mustaffa!

Macam mana kami boleh kenal pula kan?
Haa.. macam ni laa lebih kurang kisahnya.. Lepas kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro hari tu, Zura masa tu tengah mengandungkan kembar 3, jadi disebabkan dalam berita tu ada diberitahu tempat kerja wife aku,   Zura cari juga nombor telifon untuk bercakap dengan wife aku.. yelah nak minta tips rasanya.. sebab diorang nih kira first baby selepas menunggu selama empat tahun kalau tak silap.. Bila dah dapat berhubung dengan wife aku, Zura dah jadi geng laa dengan wife aku ni walaupun tak pernah berjumpa...

Selepas wife aku diberitahu yang Zura dah selamat melahirkan baby kembar 3 nya.. wife aku ajak aku pergi melawat diorang di Hospital Putrajaya... Kami disambut mesra oleh Zura dan Mus bila kami sambil di katil diorang.. Tapi baby kembar diorang masih di NICU masih dalam pemerhatian doktor.. Dalam bilik tu ada mak bapak Zura dan maybe adik lelaki Zura hehehe.. tak kenal aa.. sebab dia tak bercakap diam jer... Bila dah jumpa tu macam macam laa kami share pengalaman kami pada diorang.. kasi tips-tips untuk diorang.. jangan tension tension... Kami harap Zura dan Mus dapat laa sikit sebanyak idea nanti nak handle kembar 3 diorang tu nanti.. hehehe.. saya sempat laa pesan pada diorang cabaran bermula bila kembar berada di rumah.. sekarang ni tak rasa lagi sebab kembar masih di NICU dan susu diberi oleh nurse. hehehe.. InsyaAllah kembar 3 ni senang nak jaga!! Allah tolong...



Zura ada beritau kami mula-mula dia cuba cari kembar 3 kat Malaysia di internet, mula-mula di jumpa blog Mama Kembar 3, lepas tu baru jumpa blog AMRAFAHAN dari link Mama Kembar 3 tu, lepas tu keluar pula cerita AMRAFAHAN di Harian Metro, tu yang dia cari wife aku tu..

Selingan.. waa.. Mama Kembar 3 dah ada banyak pilihan calon menantu nihh!! hehehe

Kembar 3 pasangan Zura dan Mus semuanya perempuan!! Tapi ada dua kantung ke plasenta tah.. aku pun kompius jer.. ke sama haa? hehehe... tiga tali pusat, dari cerita Mus, kembar 3 ni kembar seiras 2 orang sorang lagi tak seiras... tapi semua perempuan.. macam tu laa.. paham ke? tak paham sila baca sampai paham.. hehehe

Kembar 3 ni lahir pada usia kandungan 8 bulan. Berat kembar pertama 1.76 kg, kembar kedua 1.98 kg, kembar ketiga 1.72 kg.. Zura cerita besar sangat perut dia masa tuh... beza dengan Auni Auni Auni dulu hehehe... Zura kena duduk dalam wad sebelum bersalin tu lebih kurang 2 bulan lamanya.. haa lama kan!! Banyak cabaran nak dapat kembar tiga ni.. jadi sesiapa yang nak kembar tu kena laa bersedia dari segi mental dan fizikal.. sebelum dan selepas kembar lahir.. empat ke lima bulan pertama memang mencabar.. tapi bila diorang dah besar kurang sikit cabaran tu.. tapi tetap mencabar tau! tu yang aku kurus tu! kekeke tak kaitan langsung!! Nama kembar 3 ni belum di finalized oleh mak bapak diorang nih.. Mus ada beritau aku tapi biarlah dia daftar dulu nama anak anak anak dia kat JPN, nanti bila dah official aku bitau korang ok!!

Oklah.. panjang dah aku membebel nih.. layan gambar aku dengan new born triplet parent Zura dan Mus..

Mak bapak kembar 3 bergambar bersama-sama!!
Ehh! apasal aku nampak gemuk pula nih!! kekeke

hadiah untuk kembar Zura dan Mus
Suka sebab boleh menyanyi lagu Barney I love You, You Love Me... hehehe

Haaa.. sudahh... aku tak ingat dah susunan mana satu dulu kembar 3 nih.. err.. sedangkan Auni Auni Auni pun aku boleh kompius ni lagi anak orang.. kekekeke... korang tengok laa sendiri bezakan sendiri yer!! Gambar-gambar ni semua aku minta izin pada Mus untuk masukkan dalam blog AMRAFAHAN nih...

Aku tengok serupa jer... tak nampak pun beza.. huhuhu... korang nampak tak beza?





Nak dijadikan cerita.. rupa-rupanya wife aku satu kementerian dengan ayah Zura, dan pernah hadir kursus or sukan sama-sama antara jabatan sebab ayah Zura kat Instun wife aku kat JAS. Wife aku kata patut lah macam pernah tengok.. rupa-rupanya sekementerian.. Lepas tu sekampung pula dengan mak pada mak aku (tok aku laa!!) kat Pendang Kedah tu.. kampung lain lain tapi sedaerah.. Lepas tu Mak Zura sekampung dengan arwah abah aku kat Tanjung Tualang tu tapi kat Ayer Papan kenal pula dengan pak cik aku kat Ayer Papan tu.. Oh! kecil nya dunia nih! hehehe... memang tak sangka.. moga perkenalan ni berkekalan InsyaAllah

Ulasan

Mama Kembar Tiga berkata…
wahhh bertambah calon menantu aii... ishh fenin nak memilih nih kekekeke

bestnya tgk diorang dpt 3 baby serentak kan? ehh terlupa plak anak sendiri pun kembar 3 hehehe ;-)
mama syaurah berkata…
wahhhh seronknya kembaq 3....hehehehe berangan2 leh x....
Niza Romli berkata…
ada tip tak nak dapatkan anak kembar?? teringin jugak laa!!
mk3; hehehe... tu maknanya kena tambah 3 lagi tu..

mama syaurah: boleh jer berangan! mana tau dapat betul2!! hehehe

niza: tips! er.. cuba baca kat soal jawab amrafahan sebelah kanan tu mana tau boleh membantu..

aen areal ryan: hehehe Alhamdullillah!!
PutriesNoora berkata…
bestnyer!!hari-hari noora mesti bace blog2 pasal kembar 3..siap pakse asben bace skali..hehe..rase best kalau de anak kembar kan..satu benda yang noora dapat conclude..parents yang de anak kembar3 ni..Allah kurniakan kesabaran yang sgt tgi..sebab masih senyum dan gelak bile anak2 buat hal....huhu..noora lum pregnant lagi ni...doa2kanlah noora dapat anak cepat ye ...mane tau dapat twin..leh masuk geng kembar ni=)
Cik Puan Izan❤ berkata…
boleh tak, nak doa depan kaabah nak kembar 3 juga....^^

tapi yg ada 2 beradik pun tak terlayan apa lagi kalo kembar 3... salute pada kamu semua yg sabar jaga 3 org yg sama2 membesar...sangat hebat!
the triplets berkata…
wah menariknya , tahniah, besar2nya diorang , sekejap jer ni duk kat NICU. JGN lupa buat blog
Tanpa Nama berkata…
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh kembar 3, sonok nye la... tp tu le tang nk jago tu yg haru
Noor Adibah berkata…
Follow adik2 comel nie.. ;)

kembar 3 !! hee.. suke nye tengok diorang.. ;)
Tanpa Nama berkata…
ciknyz pun sama mcm PutriesNoora ..srtiap hari mesti follow pasal kembar 3F n 3Auni...termasuk gak 3R..best sgt tengok ade jer ragam kembar2 ni...
Izan Ishak berkata…
ada geng kembar3 yg baru!
mmg serupa je...susah nak beza~
FirJah berkata…
sejak saya link kan blog kembar2 ni ... asyik mimpi kembar je..smlam mimpi kawan baik bersalin kembar..

diri sndiri pun teringn nak kembar.. harap2 ada rezeki..hihi..
berangan dulu sambil2 berdoa...
akudarikayangan berkata…
salam tuan punya blog..saya ni dh dkat 1bln jd silent reader blog abg...ehehe msa bca entry ni trus sy tingat kt smeone ni...tup2 bla tgk pic, sy knl bapak budak ni....hehehehe 1 kementerian ngn sy....hehehehe nice man dia ni...hehehee wife dia sy xpnah jmp...bbies dorg sgt2 comel...(^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!