Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Hari jadi arwah Abah

Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah.

Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. Barulah Abah nak buat semua tu.. walaupun dapat buat sekejap.. Abah bersyukur dapat melakukannya... Al Fatihah untuk arwah Abah Haron Bin Mohd Khalid... Al Fatihah...



Adik Abah kemalangan

Pada hari Rabu lepas Adik perempuan bongsu Abah kemalangan kereta di Johor. Terkejut juga bila dapat tau di FB dia. Semasa kemalangan itu, kepada dia terhantuk di cermin depan, sampai retak laa cermin kereta tu, nasib laa dia takde apa-apa, cuma kebengongan dia bertambah sikit kot! Sakit-sakit pun sempat buat lawak dengan Abah! Ceh!!! Harap-harap tiada kecederaan dalaman, risau juga! Abah harapkan InsyaAllah semuanya akan ok. Bak kata dia, mungkin kereta dia merajuk kot sebab dia bercita-cita nak tukar kereta... huhuhu...


Abah kehilangan kawan


Bulan ini Abah kehilangan 3 orang rakan sekerja sekaligus. Masih teringat lagi gurauan bersama diorang. Siapa sangka pada siang hari Abah sempat berjumpa bersembang bergurau dengan salah seorang arwah, tiba-tiba malam harinya mereka dah tiada, dijemput Illahi. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah

Kembar meninggal dunia

Walaupun Abah tak kenal mereka tapi Abah turut tumpang bersedih. Tapi yang pastinya kedua ibubapa kembar itu beruntung kerana sudah yang menunggu mereka di pintu syurga. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna dari kita hambanya ini.. Al Fatihah untuk kembar si Adik Al Fatihah


Nota kaki Abah:
Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.. Wallahualam

Ulasan

Unknown berkata…
Alfatihah buat allahyarham haron bte khalid. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Pasti sbagai anak. Papa kembar trasa khilangan.. Sabar ya

bt adik papa. Moga tabah. Bab beli kereta br tu. Harap2 dpt y serasi gitu. Org kt klu beli kereta. No plat kita bc kn genap. Hehee...

Untuk kembar adik. Syurga tempatmu. Salam takziah

jua u rakan skerja papa. Mudahan dipermudahkan urusan kesana. Amin
Unknown berkata…
Al-Fatihah juga...
1st Syawal tanpa abah kita tahun ni. :-(

Al-Fatihah~~~

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!