Perangai AMRAFAHAN yang terkini

Perangai terkini anak anak anak aku, si Aqil dan Auni Auni Auni...

1. Auni Faqihah
  • Kalau mengamuk, akan nangis beria-ia sampai aku nak dukung pun dia taknak, nak mama dia pujuk juga..
  • Dah pandai sikit-sikit menari tapi tak terrer macam Auni Haziqah. Boleh laa angkat-angkat bahu sikit-sikit
  • Suka rebut barang abang Aqil, abang tengah kusyuk menulis, AF datang terus ambil pensil abang dia.. abang dia guling-guling aaa nangis.. tapi kalau dia tak nangis dia rampas balik lepas tu tolak si AF tu.. huhuhu... 
  • Kalau lapar, lambat bagi makan atau susu akan nangis guling-guling
  • Suka makan ubat dari syringe 

2. Auni Haziqah
  • Dah terrer menari, mula-mula dulu angkat-angkat bahu bila dengar lagu, sekarang dah pandai teleng-telengkan kepala kiri kanan dengan tangan goyang-goyang bila dengar lagu. Lembut jer badan dia bila dia menari
  • Dah ada selera makan, tapi buka mulut kecil jer masa nak suap makan
  • Sama macam kakak dia, suka makan ubat guna syringe
  • Suka buka pampers sendiri
3. Auni Naqibah
  • Kalau dengar lagu akan menari secara separa ketuk ketampi, dari dulu sampai hari ni, macam tu jer pesen dia menari... macam abah dia kot keras jer menari.... huhuhuhu... mesti hensem abah diorang nih kan?! kuhik! kuhik! kuhik!
  • Suka tampar orang, ketuk orang dengan benda, mangsa adalah kakak-kakak, abang, abah dan mama dia.. patutlah abah dia dah takde jerawat dah... AN tampar kasi hilang itu jerawat! hehehe.. Pagi tadi bangun tidur, AN pergi tampar abang Aqil yang tengah tidur, menangis laa si Abang tu!! Lepas tu ketuk mainan kat kepala kakak dia juga! Dia akan buat dengan muka tanpa belas kasihan serta tiada perasaan... Abah dia pun kena tampar bila minta sayang! huhuhuh....
  • Tak banyak ragam, kecuali lapar susu.
  • Hati kering, selamba jer buat orang! huhuhu...
4. Aqil Muhammad Rayyan
  • Suka menulis dan lukis
  • Suka lagu Shahir, kalau dengar, akan cakap.. haa.. lagu abang... hehehe
  • Suka suruh abah dia lukis elephant dan lion kat buku mewarna sayur dia tu... sebelum tidur biasanya dia suruh lukis apa-apa laa.. dah mengantuk tapi lawan gak mata tu..
  • Pandai pujuk abah dan mama dia... cair woo...
  • Dah pandai jaga adik-adik dia.. bagi susu, tidurkan adik, main dengan adik, belasah adik... huhuhuhu..
5. Huszaini
  • Kalau tidurkan anak-anak dia, biasanya dia tidur dulu dari anak-anak dia... huhuhu...
  • Bangun pagi-pagi buat susu anak dalam keadaan mamai...
  • Cuba update blog memalam walaupun terhangguk-hangguk macam burung belatuk depan PC...
Err.. itu jer kot buat masa nih... yang no. 5 tu.. sila abaikan yer.. hehehehe

Apa-apa pun perangai AMRAFAHAN, abah tetap sayangkan kau orang semua! Tanpa korang... matilah jiwa abah nih...


Meh baca perangai AMRAFAHAN yang dolu-dolu!
Cinta hati aku dan isteri!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
auni auni auni .. tu je yg konfem betol kalo tgk gmbr depa. hahaha, xleh nk cam. lam gmbr tu, bgla nme siap, hee :)
err... nanti abah dia kompius plak! hehehe.. jadi langkah selamat tak mau silap, takyah boh nama.. nak boh nama boh nama auni auni auni jer.. hehehe
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
abah dia pn msh konpius ngn auni kuasa 3..hehe....

bes tang jerawat tu...:)
Izan Ishak berkata…
comel3 lah auni3 ni...abg aqil pulak hensem sangat!

anak2 ni walau apa pun yg dorang buat...sumenya membahagiakan hati mak ayah kan~
tinta: haah memang kadang2 kompius lagi2 dalam gambar hehehe

izan: betul tu! bahagia jer rasa!
QERY HASAN berkata…
mama diorng xde kew???
Tanpa Nama berkata…
cumey auni kuasa 3 nih. he3..teringin nak dpt baby kembar boy&girl.. =)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!