Adik aku dibedah hari ni..

Hari ini hari yang sangat mendebarkan aku... aku tak tenteram... Tak sabar nak tunggu adik aku keluar dewan bedah.

Deedam dimasukkan ke dewan bedah pada 8.48 pagi tadi. Sebelum dia masuk aku sempat bercakap dalam telefon dengan dia. Aku cuma boleh pesan pada dia suruh baca Surah AL Fatihah banyak-banyak, dan aku cakap pada dia aku sayang kat dia, mak dan adik-beradik lain semua sayangkan dia, aku pesan pada dia kuatkan semangat.

Hati ini tak putus-putus berdoa agar pembedahan berjalan dengan lancar dan Deedam selamat menjalani pembedahan buang tumor ni. Moga selepas ni Deedam lebih sihat dari sebelumnya, moga selepas pembedahan ini yang terakhir untuk dia, tak de lagi pembedahan ulangan untuk buang tumor dia itu..


Adik, sempena birthday Abang hari ni, abang tak nak hadiah apa-apa melainkan abang nak adik selamat menjalani pembedahan ni, adik lebih sihat lepas ni, adik boleh hidup normal macam orang lain dah takde sakit apa-apa lain, abang doa pada Allah agar hari istimewa ni doa abang dimakbulkan Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Dengan izinMu, Kau lancarkanlah pembedahan adik ku ini, agar tiada apa-apa komplikasi, agar adik aku boleh sihat dan sembuh seperti biasa, malah lebih baik dari itu. Kau kuatkanlah semangat adikku dan juga keluargaku serta aku untuk hadapi ujian Mu ini Ya Allah.. Kau makmulkanlah doa kami Ya Allah... Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Semalam lepas aku sampai JB aku terus ke hospital nak jumpa Deedam. Aku tengok dia sangat rileks macam tak de apa-apa. Moga adik aku tabah dan kuat semangat untuk hadapi ujian ni pada usia yang muda ini...
Aku sempat ambil 2 3 keping gambar Deedam.
Aqil dan Uncle Deedam


Peace!

huh! Sempat lagi tuh! Deedam.. Deedam..

Aqil, Deedam dan Mak
**Nota kaki Abah
Harap saudara mara dan sahabat juga rakan dapat mendoakan kesihatan adik Deedam... Amin..

Ulasan

Aida Tamrim berkata…
Dah selesai ke pembedahan deedam ? Semoga segala2nye dipermudahkan olehNYA... Aminnn...
belum lagi. Masih lagi berlangsung sekarang nih..
Rizziela berkata…
Doakan yg terbaik untuk Dedam..Insyallah...Dedam akan kembali pulih seperti sedia kala
waniewadec berkata…
doa yang terbaik untuk deedam..amin!
Ceiler Mun berkata…
aminn..hope deedam selamat2 je...:)
moga semuanye ok..kita sama2 berdoa ye...
MamaFarhan berkata…
semoga adik deedam...selamat dan pulih sedia kala.... InsyaAllah... semua akan selamat.. Aminnn..
Maria Hasun berkata…
semoga adik kamu siht.. btw blog kamu ader MALWARE la. . eh betul ke tidak saya eja tu. huhu
Terima kasih yer semua!!

Ria: malware camne tu? nape bukak kat sini tak nampak? tak keluar amaran tu? tau cara nak buang tak?
ida berkata…
insyaAllah , semuanya selamat...amin
Helmet Putih berkata…
moga pembedahan itu berjaya dan aku faham perasaan itu sebab ibu aku juga baharu2 ini kena bedah juga ...
Suliana berkata…
sama bday ngan saya lah.. :-)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!