Giliran abah pula!

Hari ini dah masuk hari kedua abah demam dan batuk. Mungkin sebab kena hujan hari tu. Malam semalam dengan pagi tadi batuk-batuk rasa macam nak tercabut dada nih!

Sekarang ini macam dah kurang sikit, tapi ada rasa nak batuk laa.. tahan jer... kalau batuk gak mesti tak berhenti... sakit dada sakit kepala sakit tekak!! Kepala jadi berdengung jer...

Esok kami ada perjumpaan geng kembar sempena birthday salah seorang geng kembar. Harap-harap esok abah makin sihat laa, boleh pergi ke perjumpaan tu..

*** Hari ini mama ada kerja, jadi abah kena jaga AMRAFAHAN, tapi hari ini kesian kat AMRAFAHAN, abah tak dapat jaga diorang betul-betul.. memang tak larat sangat siang tadi.. Maafkan abah yer sayang!

Ulasan

Ayu berkata…
Get well soon. ur kiddos are really fortunate to have a Dad like u.(^_^)
Izan Ishak berkata…
moga cepat2 sembuh ye!
the triplets berkata…
sekarang ni rasanya musim orang demam kot...kitorang sekeluarga pun demam jugak bergilir2...member2 sekeliling pun ramai yang demam...semoga cepat sembuh yer...
aizamia3 berkata…
moga cepat sembuh.. nanti anak2 dapat main macam biasa..
Ca Ezah berkata…
kesiannya kat abah..da abah lk yg demam...semoga cepat sembuh abah!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!