Himpunan 70 geng kembar


PORT DICKSON: Buat julung kalinya, lebih 35 pasangan kembar berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan majlis Geng Kembar Berhari Raya 2011 di Casa Rachado, di sini, kelmarin, bertujuan meraikan golongan istimewa itu.

Lebih manis, pasangan kembar berusia antara tujuh bulan hingga 15 tahun itu turut memperagakan pakaian dan kasut sama memeriahkan suasana majlis bertemakan ‘Serupa Tapi Tak Sama’.

Majlis itu menjadi medan merapatkan silaturahim antara keluarga kembar di seluruh negara merangkumi pelbagai agama dan bangsa, selain membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi atau kewangan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kembar tiga yang juga anak kepada penganjur.

Bapa kepada kembar tiga itu, Huszaini Haron, 33, berkata, dia mendapat idea menganjurkan majlis itu selepas dikurniakan cahaya mata kesayangannya, Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah, kini berusia setahun.

Menurutnya, anugerah Allah itu amat memeranjatkan dia dan isterinya berikutan tiada ahli keluarga mereka mempunyai sejarah dilahirkan kembar.
Sumber HMetro
Gambar dipinjam dari Geng Kembar di FB Norehan Fairus
Nanti aku cerita lanjut yer! tak sempat nak berblog sekarang nih... huhuhuhu

Ulasan

Teratak Hami berkata…
Happening nyer !!!! Masuk Metro lagik.
Sure ramai yang menyerbu tengok budak2 kembar yang kiut. Next time buat lagi besar & carik sponser.
ishiko berkata…
wah wah wah..
geram nye la saya nak jumpa dak auni 3 letul ni.. sobbss..
syiela berkata…
bestnya mesti meriah dengan keletah pelbagai kembar ni
Rizziela berkata…
sayang sekali saya x dapat joint coz anak masih kecil..next time mesti nak joint gak
Unknown berkata…
Ramainya budak kembar..
ida berkata…
tu laa..tak dan nak wat entry lagi ni..duk usha2 orang punya blogv dulu kalau2 ada...untung nasib leh cilok gambor jugak hahahaha
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
yelah...
dlm tren pg td usha org baca paper..sekali ternampak sebiji gmbo tepi sekali tu..wahhh glemer dia hehe..
Nur Aini berkata…
td saya ada tgk metro....tahniah yea gathering yg besau utk geng kembor!
aliza berkata…
ye la.. tahniah sebab berjaya mengumpulkan kembar2 unik ni cute2 nye, jeles akak x de peluang nak ada kembar
NorrShakor berkata…
ala..saya baru tau ada gathering ni..ruginya la x dpt join..tetiba rasa frust leh x.. hehehe
Unknown berkata…
ewah, dia paling depan sekali ek..

jeles, meriah betul!!!
zombiedaddy berkata…
Maaf tuan tanah, tak dapat nak join gathering kembar tahun ni. Harap2 lepas ni ada lagi gathering kembar macam ni. Tahniah!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!