Himpunan 70 geng kembar
PORT DICKSON: Buat julung kalinya, lebih 35 pasangan kembar berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan majlis Geng Kembar Berhari Raya 2011 di Casa Rachado, di sini, kelmarin, bertujuan meraikan golongan istimewa itu.
Lebih manis, pasangan kembar berusia antara tujuh bulan hingga 15 tahun itu turut memperagakan pakaian dan kasut sama memeriahkan suasana majlis bertemakan ‘Serupa Tapi Tak Sama’.
Majlis itu menjadi medan merapatkan silaturahim antara keluarga kembar di seluruh negara merangkumi pelbagai agama dan bangsa, selain membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi atau kewangan.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kembar tiga yang juga anak kepada penganjur.
Bapa kepada kembar tiga itu, Huszaini Haron, 33, berkata, dia mendapat idea menganjurkan majlis itu selepas dikurniakan cahaya mata kesayangannya, Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah, kini berusia setahun.
Menurutnya, anugerah Allah itu amat memeranjatkan dia dan isterinya berikutan tiada ahli keluarga mereka mempunyai sejarah dilahirkan kembar.
Sumber HMetro
Gambar dipinjam dari Geng Kembar di FB Norehan Fairus |
Ulasan
Sure ramai yang menyerbu tengok budak2 kembar yang kiut. Next time buat lagi besar & carik sponser.
geram nye la saya nak jumpa dak auni 3 letul ni.. sobbss..
dlm tren pg td usha org baca paper..sekali ternampak sebiji gmbo tepi sekali tu..wahhh glemer dia hehe..
jeles, meriah betul!!!