Tumbukan terakhir!

Semalam adalah hari terakhir aku bekerja di KPM ni, hari aku bercuti mengabiskan cuti yang ada sehari jer nih.. tapi datang opis untuk kemas-kemas barang... adoih.. banyak juga barang-barang nih penuh laa sekotak kertas A3.

Semalam aku dan Aqil membuat tumbukan yang terakhir pada kat perakam waktu tu... punch card laa.. hehehe...  Sedih gak rasa.. tapi takpe.. kita perlu berhijrah untuk masa depan kita..

Hari ini ada jamuan sempena kenaikkan pangkat dan staff berpindah di Unit aku.. kitorang berempat tong tong duit jamu kawan-kawan seopis.. ala biasa biasa jer.. tapi sedap laa... terima kasih pada kawan aku Siti dan rakan-rakan yang pandai masak nasi hujan panas... bak kata kawan aku... dia adalah seorang katerer... dan juga seorang jurutera... hehehe... jurutera tu income sampingan jer! kekeke

Terima kasih pada semua sahabat aku di Unit Teknikal khasnya dan Bahagian Pembangunan amnya.. yang sudi berkerja sama dengan aku, memberi tunjuk ajar pada aku, membantu aku menyelesaikan masalah kerja dan lain-lain.. banyak woo nak cerita... yelah.. sedar tak sedar dah empat tahun aku kerja kontrak kat situ... Alhamdullillah rezeki anak anak anak anak.. dapatlah aku kerja tetap...  Aku mohon ampun dan maaf atas segala salah silap aku kepada sahabat sekalian... kenangan bersama kalian tidak aku lupakan.. InsyaAllah... Jika diizinkan Allah kita jumpa lagi...

Aku akan lapor diri kat tempat baru ni pada 15hb nanti di Seremban.. untuk 2 minggu ni nak relax relax kat rumah... hehehe... entahlah... dahlah puasa... tak buat apa-apa nanti.. mesti masa tu jadi panjang.. InsyaAllah akan dipenuhi dengan amal ibadat..

Oklah.. Selamat Menyambut Ramadhan kepada sahabat sekalian, moga ramadhan kali ini membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi imannya kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. Amin..

Tumbukan terakhir di KPM!!


Jamuan makan di pantry tengahari tadi



Caterer aka Jurutera Siti yang cekak pinggang tu!



Gambar pigeon holes pun nak amik ker! hahaha
Tempat kerja aku!!

Laluan nak masuk ke partion aku

Tempat aku... kemas kan!!

kemas kan!!

Ulasan

aizamia3 berkata…
seronok rasa bila diraikan tapi rasa sedih nak tinggalkan..
4feet8 berkata…
pju stand for apa..?
Unknown berkata…
selamat bercuti 2 minggu sebelum ke tempat baru..
Aakif Irsyad berkata…
Selamat bertugas di tempat baru. Gomen gak ker? Tetap?
- Aakif Irsyad
Unknown berkata…
mesti sedih kan... uhukkk
Sharifah Nadzarah berkata…
selamat bertugas di tempt baru...
dan seblom dtgnya ramadhan ni sy mengambil kesempatan utk memohon maaf kiranya abah auni3 ada terkecil hati dgn segala komen2 or ape2 je yg telah sy lakukan...(cehh ayat skema sket)...

selamat berpuasa..
iyan shazlind berkata…
congrate bro, dpt jawatan tetap..all the best :)

ps: tp mtgk entry yg mengandungi makanan pd waktu tghhari bulan posa ni..dugaan tul heheh

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!