Seronok jumpa geng kembar!


Petang tadi kami sekeluarga join gathering geng kembar sebelah utara pula! Dibuat di Jusco Seberang Perai.

Haa... Dari Putrajaya ke Penang kami mai nak join gathering nih!!! Hehehe taklah sebenarnya aku balik kampung mertua kat Kubang Semang nih.. Nak sambut puasa kat sini. Alang alang dah sampai sini, lagi pun tak jauh sangat nak ke jusco tu dari sini, kami pun menjoinkan diri..

Tak sangka ramai yang datang! Dari Kulim, Jitra, Balik Pulau sekitar Penang laa... Semuanya ada 8 keluarga termasuk kami. Kembar 3 ada tiga famili termasuk kami. Kembar 3 yang pertama dah besar umur 7 tahun dah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Kembar 3 kedua kami jumpa semuanya perempuan seiras. Comel dan semangat budaknya baru berumur 10 bulan kalau tak silap. Yang bestnya kembar nih lahir cukup bulan!! Jarang jarang aku dengar kembar dapat lahir cukup bulan. Cuma yang lahir 1.7 kg tu kena duduk nicu seminggu! Bestnya! Auni Auni Auni dulu duduk dalam nicu tu 46 hari...

Kembar 2 lelaki ada dua keluarga, yang satu tu masih kecil lagi, yang kembar lagi satu tu rasanya dah empat tahun. Yang kembar lelaki kecil tu anak pengajur gathering kembar sebelah utara nih.

Kembar 2 perempuan ada tiga famili, sempat sembang dengan famili dari Kulim, anak kembar dia malu malu susah betul nak ambil gambar diorang. Yang lagi dua tu tak sempat sembang sangat.

Lepas melepak lepak sembang sembang di A&W, kami semua berkumpul untuk bergambar ramai ramai. Lepas tu baru bersurai.

Aku nak minta maaf yer pada famili kembar yang hadir sebab aku tak ingat nama dah... Ada yang ingat tapi takut tersalah cerita.

InsyaAllah entri gambar akan menyusul, sekarang online guna tipon leceh laa... Nanti aku letak nama sekali yer.. Kena tengok kat fb baru ingat... Huhuhu maafkan aku yer...

Apa apa pun perjumpaan tadi sangat meriah dan kecoh!!! Melayan kerenah anak anak memang macam tu! Macam mana laa nanti bila 40 keluarga kembar berkumpul di PD nanti??!!! Kompom kecoh n happening!!

Location : Jalan Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam, Penang,
Posted via Blogaway

Ulasan

Rtp Farra Arisha berkata…
arisha boleh bayangkan betapa meriahnya keadaan masa gath tadi kann! hee pasti seronok. lagipula arisha pun tak pernah lagi join gath2 ni. hhi.
Ukhtie Rashidah berkata…
wah!meriah tu...tak sabaq ceq nak menonton gambaqnya.Ptg tadi pi nuri aqiqah anak member....sekali kakak dia ada anak kembar la...pompuan kedua...dah darjah satu...nanti papa triplet,sila post gambaq no:)-
Kayu Manis berkata…
dunia kanak2,walaupun penat jga diorg,tapi seronok tgok ragam anak2 kan..mesti happening!!
kemboja berkata…
insyaAllah kalau asben nak join,sy pegi la..hehe.. anak2 sy lagi la nakal..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!