Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Yeee puan-puan, hari ini kita akan belajar buat air berkelah yer!! Ramai yang kata sedap!! tapi aku sendiri tak sempat rasa sebab dah habis... huhuhu...

Ok tanpa membuang masa lagi.. kita mulakan yer...

Err.. letak gambar dulu laa...

Gambar ni sempat ambil kat rumah, masa berkelah tak sempat dah!



Resipi ni diajar oleh wife aku, katanya main tuang-tuang jer.. jadi aku pun main laa tuang-tuang jer... Lagi satu, kalau ikut kuantiti bahan-bahan yang aku gunakan, boleh diminum untuk 50 orang kot.. hehehe Kalau nak untuk kecil-kecilan pandai-pandai laa korang ekjas sendiri...  guna nisbah jer.. reti tak?? ala.. nisbah tuuu!! err.. tak reti nisbah sila buka buku math dulu yer... hehehe...

Nama resipi ni aku letak..

Air Cocktail AMRAFAHAN

Bahan-bahannya ialah...

4 tin besar cocktail, boleh beli yang banyak campuran buah...

3 liter susu penuh krim (nak lebih pun boleh!!)

Sumi jelly sesuka hati banyaknya

Air gula secukup rasa,

Air batu ketul kecil-kecil

Cara-cara membuatnya

Mula-mula masukkan air batu tu dalam tong air, lepas tu masukkan susu penuh krim, kacau sehingga susu berbuih-buih... Lagi banyak buih lagi bagus.. Ini untuk sebatikan susu dengan air batu tadi... tak perlu campur air yer.. sebab air batu tu yang jadi airnya nanti... Proses ni penting tau! Kalau tak nanti susu jadi berketul-ketul... hehehe (macam eo eo ooo jer.. kekeke)

Bila dah sebati, tuangkan pula cocktail tu yer.. tin jangan masukkan sekali, boleh buang atau recycle... kacau lagi sampai rata. Lepas tu masukkan sumi jelly tu.. kacau lagi...

Lepas tu boleh laa rasa... kalau dah manis tu oklah.. kalau tak tambah air gula secukup rasa... perlu diingatkan.. air batu tadi akan mencair, jika air korang ngam-ngam manisnya, aku  rasa elok korang buat manis lebih sikit, nanti kalau air batu cair, takdelah air tu jadi tawar...

Sekian untuk kali nih... kita jumpa lain di resepi air yang lain! hehehe



**Nak tambah sikit!!: Bab paling mencabar ialah bila kena kopek sumi jelly sorang-sorang!! sakit tangan wooo!!!

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
WAH TERBAEKKKK!NAK TRY KAT UMAH LAH NANTI TQVM!!!
faisal apardi berkata…
kalau tuan rumah tak sempat rasa mmg sedapla...yg penting wife bagi resepi tu..hahaha...haah main tuang je..

http://faisalapardi.com/
Zakiyah Zainon berkata…
resepi yang 'main tuang' atau 'main campak', itu yang selalunya sedap..hehehehe
Makbed berkata…
ooo... tin takleh masukkan skali ek. tak baik membazir.
Mama Kembar Tiga berkata…
mama tak sempat rasa pun tau time berkelah tu huhuhu... nasib baik aii tak peknen, kalau tak harus pi terjah umah amrafahan tengah malam buta suh buat air coktail nih hehehe
alea: hehehe selamat mencuba!

faisal: oo macam tu ekk! baru ku tau! hehehe

zakiyah: kekeke... masa tengah buat air nih, wife sibuk siapkan budak2 nak pergi berkelah.. hehehe

makbed: ehh boleh sebenarnya kalau nak masuk.. nak bagi lembut sikit sumi jelly tu.. takut liat.. hehehe
tricksrex berkata…
hahaha kena buat sorang sorang la sebab kalo ajak aqil buat mesti tak masuk air punya sumi tu kekekekeke
mk3: laa.. sama laa kita tak dapat rasa huhuhu.. takpe2 nanti bleh buat sendirik ekk hehehe

tricksrex: haah yer.. lepas tu dia turun, dia minta sumi tu lepas abah dia kopek... 3 masuk balang 1 masuk mulut dia hehehe
Izan Ishak berkata…
alahai abah auni takde kawan tolong kopek jeli ye. mmg mencabar tu lagi2 kalau yang plastiknya melekat!

**bole cuba nih...lama dah tunggu resepi tau~
Rdimple berkata…
salam perkenalan Abah...

dah lama saya carik resepi mudah ni.. lain guna susu cair lah, tepung kastad lar, tp yang ini cukup simple.. boleh tiru yer ... halalkan...
Unknown berkata…
WAH! 1st time nampak resepi koktel yang ringkas cam ni. Nampak sedap sangat. Buka posa ni nak cuba lah. Thank u tuan tanah sal kongsi resepi.
Kepada sahabat yang dah mencuba harap dapat memberitahu Abah macam mana hasilnya! jadi ke tak jadi? hehehe seronok baca bila ramai yang kata resipi ni mudah dan senang nak buat!!
Rdimple berkata…
mmg saya dah try buat... 3 kali.. tetamu saya semua kata unik dan sedap, dah lar kalerful dorang kata bila minum ianya menyegarkan badan.. guna susu full cream sedap dan low fat pun okay... resepi pun bertukar tangan.. saya katakan pada mereka sya dptkan resepi di sini..harap halal yer Abah..moga Abah dan keluarga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT... :)
@Rdimple huhuhu terharu! terima kasih! silalah kongsi2 resipi tu..
Gadis Kampung berkata…
bestnyer resepi nie..nak cuba buat la..GK buat dulu tak nah lagi letak sumi jelly tue..
Hanim berkata…
Patut bagi nama resepi cocktail main tuang Amrafahan ni hehe...terbaekkkk abah!
+Hanim Hashim hahahaha! panjang sangat nama tuh!!
Mamikembar.com berkata…
Selama ni guna susu cair je. Tak terfikir pula nak guna susu fullcream. Mesti sedap berganda2 kan.. nnt nak try buat.heheh..

Lagi 1 sape2 yang suka makan laici dalam tin tu pun boleh buh sekali. Sedapp.. ^_^
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!