Sepatutnya hari ini adik aku kena bedah

Assalammualaikum

Hari ni 14 Feb 2011, adik aku sepatutnya dah menjalani pembedahan buang tumor di kepalanya.. Tapi ditangguhnya ke 21 Feb 2011. Hospital call mak aku beritau tarikh bertukar kerana apa tah aku tak ingat.. tapi berkaitan dengan doktor pakar laa..

Sekarang ni, adik aku masih tak bersekolah, bukan status pelajar pun sebab dah dapat surat berenti sekolah tingkatan 3 dari sekolah putrajaya sebab nak masuk sekolah vokasional kota tinggi. Tapi hari tu mak aku cuba daftar dengan berjumpa pengetua smvkt, dia kata selesaikan pembedahan dulu, tengok kesihatan dia macam mana, baru daftar... aku pun kesian kat adik, tapi nak buat macam mana, Allah menguji kami sekeluarga.

Sekarang ni, adik aku makan ubat dari hospital dan juga jus manggis, keberkesanan dia tak taulah... cuba jelah... Allah jer yang tau macam mana.. jauh disudut hati aku ni.. aku berharap adik aku sembuh sebelum pembedahan ni, mungkin ada hikmah doktor tangguhkan pembedahan ni, setiap hari aku berdoa agar adik aku sembuh sebelum pembedahan... kalau kena bedah pun harap-harap minor operation, aku nak dia sihat dan ceria lebih baik dari sekarang ni... aku ada seorang jer adik lelaki iaitu dia...

Moga Allah tabahkan hati kami sekeluarga dan sembuhkanlah adik aku sebelum pembedahan, moga keajaiban berlaku, Allah Maha Besar...

Tiba-tiba aku rindukan adik aku itu... :)

Adik aku yang tengah lompat bintang tu, berkelah beberapa hari sebelum dia  jatuh basikal

Cerita sebelumnya

Ulasan

ab@h_Izz berkata…
Bro..Aku Doakan,Semoga nanti beransur sihat hendaknya adik mu.
-Sabar hendaknya dengan ujian ini, mungkin ada hikmah..
Mama Kembar Tiga berkata…
Pernah gak baca kata jus manggis bagus, bagus laa cuba je, yang penting usaha kan? Mama pun doakan moga your bro cepat sihat seperti biasa, IsnyaAllah.
ida berkata…
semoga semuanya selamat, usaha laaa selagi boleh,mana tau , kehendak Dia,,,semuanya boleh berlaku
Feizal berkata…
insyallah...semoga semuanya selamat..yg jgn sesekali bputus harap...
MK3:jus manggis???i don't think so...i'm in medical line.
Sunah Sakura berkata…
salam amrafahan...

moga segalanya dipermudahkan ye..jangan lupa update lagi lepas 21hb nanti..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!