Amazing Deedam!
Semalam petang aku dapat mesej dari adik aku Deedam. Dia beritau aku dah boleh keluar wad. Hermm.. Cepat betul dia boleh keluar wad, hari Isnin operate, Selasa kat ICU, Rabu kat Neuro, Khamis petang dah boleh keluar wad. Kalau tengok luka pembedahan dia, aku pun tak pasti orang lain sekuat dia..
Cuma dia masih pening-pening dan sakit sikit-sikit. Sampai di rumah mak cik aku dia baring sekejap. Masa tu dah lepas maghrib. Lepas berita, aku layan cerita zombie kampung pisang, tiba-tiba Deedam keluar bilik cakap nak tengok tv. Ya Allah, aku yang tengok dia pun risau, tak sakit ke? ok ke? dia rileks jer boleh jalan-jalan lagi.
Takpelah macam mana pun, cuma aku harap Deedam terus kuat semangat dan cepat sembuh. Aku sekeluarga selalu doakan dia cepat sembuh dan sihat cepat, supaya dia boleh mula bersekolah semula. Dah banyak ketinggalan dia, aku harap dia dapat catch up balik apa yang tertinggal. InsyaAllah.
Deedam selepas operation, nak balik dah! |
Ngeri aku tengok luka Deedam |
Ulasan
Hope dia cepat sembuh..
Feel free to join my GA
Mesti kena kuat semangat utk lekas sihat. insyaAllah.
from : mymekar.com