Saya Blogger Putrajaya

Alamanda ni dekat dengan rumah aku :Sumber Google

Salam Sejahtera...

Pertama kali aku nak join segmen anjuran BPM 2010. Macam menarik jer! Yelah boleh tambah kawan-kawan lagi kan!!
Ramai ke blogger Putrajaya nih? Macam ramai.. macam tak ramai!! huhuhu... entah tak perasan pula aku..

Syarat-syarat dia mudah jer...
  1. Tajuk entri.. dah siap dah...
  2. Link ke blog BPM bila masa sesuai aku letak...
  3. Nama.. boleh panggil Huszaini
  4. Status.. Sudah berkahwin, anak setakat nih baru 1+3 orang (Seorang anak lelaki dan 3 kembar perempuan), isteri pun setakat nih masih lagi seorang... :), cukuplah seorang heheheh...
  5. Cara hubungi.. boleh melalui blog ini atau email ke aseng1@gmail.com
  6. Daerah / Jajahan... Sekarang tinggal di Putrajaya bersama anak dan isteri... mak kat Kota Tinggi, Johor.. :)
  7. Tempat Tinggal... Saya tinggal di Presint 14... selalu melepak di Ali 1 Bistro.... siapa nak join melepak?!
  8. Apa yang menarik di tempat saya... ermm.. ada tempat lepak yang best sebab ada wifi guna unifi iaitu kedai mamak Ali 1 Bistro, Ada muzium kat Presint Diplomatik sekarang tengah ada pameran batu-batu pelik lagi... err... ada ALAMANDA tempat bershopping ada Tapak perkelahan Taman Canselari lagi apa yer... ada banyak taman dan Masjid Besi yang cantik untuk dilawati dan digunakan :)

Setakat ni jer lah syarat-syarat yang dia nak... maklumat lanjut boleh tengok kat sini yer...

Sekian terima kasih...





**Nota Kaki
Nak tinggalkan link entri kat mana?
Sabar dulu, anda buat dahulu entri tersebut.. bermula hari ahad ni, satu entri mengikut negeri akan dikeluarkan.
Anda perlu tinggalkan nama anda dan link entri tadi mengikut negeri anda berada. jangan tersilap negeri ye.
Berikut adalah jadual untuk entri mengikut negeri yang anda boleh tinggalkan link:
Ahad - Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis dan Kedah
Isnin - Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Selasa - Johor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan


Ulasan

duduk putrajaya eeiyh
anis jugak!!
nak jumpe baby lembar 3 tuh bleyh ke??
nak curi@pinjam jaaaapp..
ahah
Boleh datang tengok n main jer... curi or pinjam tak bleh aaa!! hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!