Ni sekor lagi bongok!!

Bodoh! Bahlul! Bongok! Bangang! Apa laa yang dia orang ni fikir!!! Kesian kat baby tu!!


Lelaki pukul isteri, hempas anak ditahan
Oleh Muhammad Saufi Hassan

2011/01/15IPOH: Tidak cukup memukul dan menggugut isterinya, seorang lelaki menghempas bayinya yang baru berusia 18 bulan ke atas tilam hingga menyebabkan bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian menyayat hati yang berlaku di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi, dekat sini 7 Januari lalu menyebabkan bayi lelaki itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Semalam, polis memberkas suspek berusia 54 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang, dekat sini, jam 4 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah mereka.

"Siasatan awal mendapati, dalam pertengkaran itu suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dandirawat di HRPB.

"Suspek juga dikatakan memukul isterinya menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
"Suspek disiasat atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama kerana mencederakan dan mengugut isterinya," katanya.

Dzuraidi berkata, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itudalam keadaan stabil.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati kanak-kanak itu sudah dibawa pulang ke rumah mereka, semalam. 

Sumber: Berita Harian

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
ni yg nk mrh ni pak kal mamat ut tak kat dpn mata.mau kite simbah air longkang ha...mrh benor ni!
Marah kan! Tak sayang anak langsung!
Makbed berkata…
ehh... laki tu naik darah sbb nak menopos ke? iskkk...nak marah, hempas jelah diri sniri kat atas katil. apsal hempas baby ? budus.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!