Catatan

Seronok jumpa geng kembar!

Petang tadi kami sekeluarga join gathering geng kembar sebelah utara pula! Dibuat di Jusco Seberang Perai. Haa... Dari Putrajaya ke Penang kami mai nak join gathering nih!!! Hehehe taklah sebenarnya aku balik kampung mertua kat Kubang Semang nih.. Nak sambut puasa kat sini. Alang alang dah sampai sini, lagi pun tak jauh sangat nak ke jusco tu dari sini, kami pun menjoinkan diri.. Tak sangka ramai yang datang! Dari Kulim, Jitra, Balik Pulau sekitar Penang laa... Semuanya ada 8 keluarga termasuk kami. Kembar 3 ada tiga famili termasuk kami. Kembar 3 yang pertama dah besar umur 7 tahun dah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Kembar 3 kedua kami jumpa semuanya perempuan seiras. Comel dan semangat budaknya baru berumur 10 bulan kalau tak silap. Yang bestnya kembar nih lahir cukup bulan!! Jarang jarang aku dengar kembar dapat lahir cukup bulan. Cuma yang lahir 1.7 kg tu kena duduk nicu seminggu! Bestnya! Auni Auni Auni dulu duduk dalam nicu tu 46 hari... Kembar 2 lelaki ada dua keluarga, yang s...

Tumbukan terakhir!

Imej
Semalam adalah hari terakhir aku bekerja di KPM ni, hari aku bercuti mengabiskan cuti yang ada sehari jer nih.. tapi datang opis untuk kemas-kemas barang... adoih.. banyak juga barang-barang nih penuh laa sekotak kertas A3. Semalam aku dan Aqil membuat tumbukan yang terakhir pada kat perakam waktu tu... punch card laa.. hehehe...  Sedih gak rasa.. tapi takpe.. kita perlu berhijrah untuk masa depan kita.. Hari ini ada jamuan sempena kenaikkan pangkat dan staff berpindah di Unit aku.. kitorang berempat tong tong duit jamu kawan-kawan seopis.. ala biasa biasa jer.. tapi sedap laa... terima kasih pada kawan aku Siti dan rakan-rakan yang pandai masak nasi hujan panas... bak kata kawan aku... dia adalah seorang katerer... dan juga seorang jurutera... hehehe... jurutera tu income sampingan jer! kekeke Terima kasih pada semua sahabat aku di Unit Teknikal khasnya dan Bahagian Pembangunan amnya.. yang sudi berkerja sama dengan aku, memberi tunjuk ajar pada aku, membantu aku menyelesaik...

CANTIIIIKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!

Imej
Situasi... Auni Auni Auni belum mandi lagi.... mandi kat sekolahlah.. tadi hujan lebat.. sejuk... Mama kelam kabut menyiapkan diri nak pergi kerja... Abang tengok tv... Abah baru lepas mandi... Bila mama dah sibuk sibuk bersiap tu.. datang laa anak anak dara nih kat mama diorang.. saja kacau laa tu... untuk tidak bagi diorang mengacau mama bersolek.. mama bagi laa tudung dia kat Auni Auni Auni nih... masing masing bila dah pakai tu... huuiihhh bergaya keliling rumah... tunjuk kat abah lagi... CANTIKKK!!!!!! kekekeke... Itu laah anak anak kan... semakin besar semakin banyak perangai yang buat kita tertawa dan tersenyum... kadang-kadang jadi juga resakse gorgon! kekekeke AH dan tudungnya... pakai taknak buka nih!!

Abah... kita rindu pada abah...

Imej
Semalam (27/7/11) adalah hari lahir arwah abah aku yang ke 62.. patutlah aku rasa ada sesuatu yang kena.. seperti aku lupa sesuatu... maafkan zaini, abah... walaupun sudah dua tahun lebih abah pergi tinggalkan kami, kenangan bersama abah tidak kita lupakan... Kita ingat setiap kenangan dengan abah walaupun kita tak selalu disamping abah... Abah, walaupun kita jarang berjumpa selepas kita berhijrah ke sini, abah tetap dalam ingatan kita.. kita rindu abah setiap hari... hampir setiap hari kita doakan untuk abah mak dan adik beradik yang lain... sedekahkan al fatihah untuk abah... kadang kadang lupa juga! huhuhuhu... bukan sengaja... terlupa... huhuhuhu Moga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman disana... InsyaAllah... ditempatkan disyurga yang paling tinggi! dekat disisi Nya... InsyaAllah Amin... Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Haron Bin Mohd Khalid... Al Fatihah...

Sepakat membawa kenyang!

Imej
Sebelum pergi sekolah.. kena sarapan dulu.. nak sarapan kena dok depan tv... sarapan makan chocolate chips jer.. hehehehe Dari kiri: AMR, AH dan AF kat bawah tu AN

Bila diri diraikan!

Imej
Tadi tengahari, kawan kawan opis aku buat majlis untuk meraikan kawan kawan yang berhenti kerja or bertukar  kerja.. Semuanya ada empat orang termasuk aku.. Ditempat kerja aku sekarang pembahagian kerja mengikut zon. Jadi aku ditempatkan di Zon Sabah.. bermaksud menjaga semua projek pembangunan sekolah-sekolah di negeri Sabah. Bila mengenang kembali empat tahun dulu aku di zon Sabah nih memang sesuatu yang menyeronokkan... pahit masam tu ada laa.. sikit sikit.. biasalah adat bekerja... Dulu selalulah aku pergi ke Sabah untuk memantau projek (ceewaahh memantau konon! kalau budak opis aku baca nih mesti muntah darah dah!! hahahaha) bersama-sama kawan-kawan se zon..  Tapi dululah.. sejak tau nak dapat kembar tiga nih aku dah jarang pergi ke Sabah.. last pergi dua bulan sebelum wife aku bersalin.. lepas tu sampai laa sekarang aku tak pernah pergi lagi dah.. ada laa dekat dua tahun kot.. best woo pergi Sabah.. hehehehe... alaa.. itu dulu.. sekarang nih.. duduk opis jerlah.. wife ...

Dah remaja dah anak anak dara abah nih!!

Imej
Haa!!! jangan tak caya!! Anak anak dara abah dah remaja sekarang nih!!! Kejap jer masa kan!!! Semalam umur dorang baru jer setahun sembilan bulan.. hari ni dah remaja!!! Kenapa tiba-tiba ehh jadi remaja?? Yelah... pagi tadi masa dalam kereta nak ke taska... macam biasalah.. semua duduk kat depan dengan mama... Hari ni pergi terlambar sikit.. jadi mama pun tak sempat nak bersolek kat rumah.. jadi solek dalam kereta jerlah... Korang pernah?! Huhh kompom pernah kan!! Aku pernah tengok ada yang sambil drive pun tengah mekap mekap lagi.. ada yang berenti kat traffic light terus jer mekap lagi.. ada yang gosok gigi sambil drive pun ada!!! haa.. tu en. kacang tu buat tu!! kan ada kan?! hehehe Melalut dah.. jadi bila mama dah pakai mekap nih.. masing-masing pun keluarlah suara "Nakkkk!!" Nakkk!!!" hahaha... pandai kan!!! tengok mama dorang mekap... dorang pun nak mekap sama... Jadi bila mama colek bedak kat pipi dorang... dorang cakap "Cantikk!!!!" "Cantik...