Catatan

Gaya tidur dalam kereta!

Imej
Hari tu kami pergi mydin usj beli barang barang untuk goodies besday Aqil.. Kami pergi lepas kerja.. jadi sampai malam laa kami bershopping.. Bila dah malam tu, masing masing dah mengantuk.. masuk kereta terus jer tidur.. hehehe.. Sebagai abah yang baik.. aku sempat laa snap gambar diorang tidur dalam kereta.. Auni Auni Auni.. maafkan abah yer.. abah suka tengok aksi korang tidur! hehehe

India mari!!

Imej
Hari tu selepas balik dari taska kami singgah depan Maybank Putrajaya sebab mama nak keluarkan duit. Sementara menunggu mama keluarkan duit AMRAFAHAN pun sibuk nak main kat depan padang tu laa.. memang seronok tengok diorang main sebab lapang dan rumput dia pun jenis rumput karpet kalau budak budak jatuh tak sakit.. Bila seronok seronok main tu, berentilah sebiji bas persiaran nih.. Bila turun semuanya pelancong dari India.. Haa apa lagi diorang nih nampak Auni Auni Auni tengah lari lari kat padang tu.. diorang pun datang kat kami nak ambil gambar diorang ni semua.. si Abang masa nih dah pergi main bola dengan siapa tah.. ikut dan dia jer nak main bola sapa pun... huhuhuhu nasib laa famili tu tak kisah.. Pelancong India ni ok lagi laa boleh cakap omputih.. kena pelancong dari china hari tu.. memang sembang macam ayam dengan itik jerlah.. kekekeke Yang Auni Auni Auni pun layan jer lah..tapi punyalah payah nak ambil gambar diorang sekali nih.. masing masing buat hal masing masing....

Abang buat.. abang buat...

Imej
Anak aku yang sulung ni rajin budaknya.. semua dia nak buat.. dari tolong angkat barang kat pasaraya sampai laa buat kerja kat rumah.. Kalau kita tak bagi siap merajuk tu.. lepas tu datang kat kita, perlahan jer suara dia lepas tu cakap." bolehlah abang buat.. abah! abang nak buat.. Macam contoh kat bawah nih.. bila aku dah bagi dia buat.. dia buat setempat jer.. lepas tu mata tak lepas tengok tv.. bila macam dah syok jer layan tv tu.. dia biar jer... huhh bertuah punya anak!!

Sedih laa...

Sedih laa.. Sedih sangat... Takperlah takde rezeki... Nak buat macam mana.. Kalah tetap kalah.. Aku redha dengan ketentuan Nya.. Haa... Bila kumpulan Jambu Maharajalawak dah kalah.. Jadi selamatlah aku dari pakai baju raya kaler pink!!! Yeyeyeye hahaha aku suka... Selamat aku... (kalau nak tau kisah sebaliknya boleh baca entri aku yang ini!! ) Sekian terima kasih... Hehehe... P/s: risau gak aku kalau jambu menang huhuhuhu... Published with Blogger-droid v1.7.2

Muka kelat sungguh!

Imej
Tadi lepas solat jumaat aku dan wife hantar goodies dan kek untuk sambut birthday si Abang kat taska. Kebetulan pula pada hari ni ada lagi satu birthday kawan taska abang.. Kalau ikutkan tarikh birthday Abang dah lepas lama dah.. cuma tak bekesempatan buat sambutan untuk dia.. Kebetulan masa birthday AMR kami di Bukit Fraser.. Alhamdullillah hari ni dapatlah sambut birthday dia.. Tapi aku tak tau kenapa biasanya kalau nyanyi lagu birthday nih muka abang happy jer.. tapi hari ni kelat sungguh! Agaknya baru bangun tidur kot.. Takperlah janji sambut birthday dia.. masa nak tiup lilin kek tadi pun muka kelat jer... Aku dah rekod video baikkk punya tapi tak boleh save!! tekanan perasaan betul laa.. abis memori indah tu!! jadi dapat ambil gambar jer.. Auni Auni Auni pun ada.. depa semua tolong colek kek dengan jari.. hehehe Muka kelat!

Pagi pagi dah bergaduh!

As salam dan selamat pagi, Mula mula pagi pagi tadi berebut nak baring kat " tilam vono " nih.. AH tempat dia kat dada abah dia, AF kat perut aku, AN kat lengan kiri aku... Huhuhu memang tak boleh bergerak laa.. AH memang tak bagi tempat dia diambil orang memang dia akan nangis nak rebut balik tempat tu (dada aku) kalau AF baring kat situ.. AF pula macam biasa laa bila dah baring kat aku tak bagi aku bergerak... Huhuhu AN pula tangan aku kena peluk dia atau sekurang kurangnya kena letak tangan atas badan dia.. Kalau aku angkat dia nangis, aku letak jer dia diam. Tadi bila semua dah baring atas aku, AN merengek, jadi aku letak laa tangan aku kat badan dia baru dia diam, bila aku letak tangan kat AN, AF pula merengek, jadi aku usap laa kepala dia, diam sekejap, AN pula merengek balik, aku pegang dia, dia diam, lepas tu AF pula merengek balik, ahh sudah aku pula jadi kalut sekejap nak pegang AN, sekejap nak usap AF.. Tangan kiri tak boleh gerak dah sebab AN dah baring kat s...

Tengoklah kaki kami!!!

Imej
Biarlah gambar yang berbicara!! Dari kiri AH, AN, AF Gambar ni diambil semasa kenduri aqiqah dua pupu dorang.. Terima kasih Uncle Haris.. gambar ini sangat cun!