Grrrr!!! Doktor nih nak kena dengan Abah nih!!

Pagi kelmarin Abah ada appointment dengan Pakar kat hospital Putrajaya. Macam biasalah bila datang hospital mesti kena tunggu sebab ramai orang. Abah pun macam orang lain lepas ambil nombor giliran tunggu laa kat klinik pakar yang kita nak pergi tu.

Tengah dok menunggu tuh sambil tidur-tidur ayam, nombor giliran Abah pun dipanggil. Abah pun bergegas masuk ke bilik doktor pakar tu.

Bila dah masuk jururawat dalam bilik tu suruh Abah duduk di kerusi khas untuk pemeriksaan. Datang laa seorang doktor muda mengadap Abah depan-depan.

Doktor: Dah dapat alat tu tak?
Abah: Dah.
Doktor: Bulan berapa?
Abah: Rasanya dalam bulan 8
Doktor: Seminggu berapa kali pakai?
Abah: 3 4 kali seminggu
Doktor: Ada makan ubat?
Abah: Setiap hari.
Doktor: Haa... macam nih lah dengan alat nih, alat nih adalah ubat untuk penyakit pak cik nih! Kena pakai setiap hari! barulah sihat!
Abah: Ok doktor. (Abah tengok doktor tu kecil besar jer!) hahahaha

Oklah takde apa pun sebenarnya. Bukan ada dalam minggu nih dah 2 kali awek-awek panggil Abah pakcik.

Screen shot nih hari Isnin lepas punya cerita. hehehe



Saja jer. Reda dengan ketentuan Illahi. Alhamdullilah Gurau senda pagi nih!

Ermm.... Ni gambar terkini Abah. tua sangat ke rupanya?! hehehehe

Ulasan

mila berkata…
klo panggil encik pon xpe...bajet muda btl doc tu tau.kesian abah dipangillny apakcik pdhl muda lagi
::EIDA:: berkata…
hikhikhik sabo ajelaaaaaa
sabar yer abe sabar... hu hu hu...
Mama Kembar Tiga berkata…
diorang takut nak panggil abang tu...takut Abah tetiba prasan plak kot hahaha
Qider berkata…
incik, saya ni yang nampak muda remaja pun jiran sebelah panggil ahkak,sedangkan nampak dia lagi tua dari kita kut..pasrah, mungkin dia tengok anak saya ramai agaknya..
Hahahaha... pasrah jer... kata orang kalau kita muda umur meningkat tapi kalau dah tua umur akan stay dan maintain... gitu...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!