Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Kota Kinabalu dan saya akan bawa bersama isteri tersayang, anak sulung saya si Abang, anak perempuan kembar tiga saya si Kakak, Kak Ngah, Kak Chik, anak bongsu perempuan saya Amni, emak saya dan dua orang adik beradik saya.
Kenapa Abah nak bawa diorang semua sebab memang dah lama niat dalam hati nak bawa keluarga Abah berjalan ke sana. Sekitar tahun 2008 dan 2009, Abah kerap ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Jadi secara tak langsung Abah terpikat dengan keindahan negeri Sabah, keramahan orang-orang Sabah, makanan lautnya yang segar dan murah dan tempat-tempat pelancongan yang banyak di Sabah ini.
Untuk anak-anak Abah, ini kali pertama mereka berpeluang naik kapal terbang. Bila lagi kan nak rebut peluang macam nih! Masa nihlah nak bawa mereka berjalan jauh sikit. Lagipun dah lama sangat tak bawa diorang berjalan-jalan nih. Kalau impian ini jadi kenyataan, insyaAllah nak bawa mereka semua ke Kundasang tempat tinggi yang sejuk dan boleh lihat puncak Gunung Kinabalu dari pekan Nabalu.
Lepas tu boleh singgah kat kaki gunung Kinabalu. Walaupun tak naik gunung tapi nanti boleh lepak kat Cafe kat kaki gunung tuh! Abah nak bawa mereka juga ke Tips of Borneo, penghujung benua pulau Borneo yang terletak di Kudat. Kalau nak lihat pantai yang cantik dan mandi laut boleh singgah di Nexus Karambunai.
Kalau diorang nak pergi snorkeling ke diving ke boleh pergi ke Pulau Manukan ke Pulau Gaya ke... Waahhh!!! Banyaknya tempat nak pergi!! Sempat ke!!! Hehehe Tak kisahlah sempat ke tak! Janji kalau menang dapat naik kapal terbang AirAsia ke Sabah! Yeyy!!!
Kalau korang pun nak tempat duduk percuma, cepat-cepat buat tempahan kat lawan web
AirAsia.com !! CEPAT-CEPAT sebelum tarikh berakhir pada 31 Ogos 2014 nih!! Klik kat gambar Air Asia nih CEPAT!!! Nanti tak sempat! Hehehehe
Kenangan Abah semasa di Sabah... sebab tu teringin nak bawa keluarga pergi sekali!!
|
Senja di Kota Kinabalu |
|
Melepak di Karambunai |
|
Berlatarbelakangkan Puncak Gunung Kinabalu |
|
Pasar Gaya |
|
Pasar pagi ikan yang segar-segar baru turun dari kapal nelayan! |
Ulasan