Program Little Scientists menyeronokkan!

Baru-baru ini Abah dan AMRAFAHAN dapat join Parenting Program Little Scientists di Putrajaya. Mula-mula tu terfikir juga macam mana program nih! Tapi bila dah join baru tau! Seronok rupanya! Bukan budak-budak seronok! Bapak budak pun seronok! Hahaha. Banyak benda yang dibelajar kat sini. Kalau kita kreatif memang mudah nak kaitkan sains dengan anak-anak kita. Banyak benda sekeliling yang boleh kita tunjuk dan ajar dan bermain dengan anak-anak kita.

Contoh mudah, kita boleh buat eksperimen dengan menguji jisim dan bentuk sesuatu objek seperti menggunakan bola pingpong, aluminium foil, guli, air dan sebagainya. Aluminium foil jika direnyukkan ia akan tenggelam, tapi jika kita buat bentuk kapal ia tidak tenggelam, tetapi jika diletakkan guli satu persatu didalamnya, ia akan tenggelam. Di sini kita boleh ceritakan pada anak-anak kita kenapa ia terjadi. Setiap kejadian tu kita boleh kaitkan dengan kebesaran Allah. Secara tidak langsung anak-anak kita akan mengagumi setiap benda yang diciptakan Allah.



Kalau tengok gambar tuh, itu adalah antara tools yang digunakan dalam program Little Scientists. Tengok AMRAFAHAN tuh! kusyuk bermain dengan Magic Sand tuh! Okey.. Abah pun kagum ok! Hahaha 1st time tengok!! Abah pun join main juga!! Hahaha

Antara lain, kita boleh ajar anak kita bermain campuran warna contohnya guna water colour ke atau tools dari Little Scientists macam video nih! Menarik kan?!!! Little Scientist memudahkan proses pembelajaran ini.






Anak kita boleh bermain sambil belajar dengan adanya tools seperti ini. Secara tak langsung boleh develop skill diorang. Dengan adanya tools dari Little Scientists proses pembelajaran lebih mudah dijalankan!

Ini kerana anak-anak kita belajar dengan cara bermain!!


Program Little Scientists nih dah digunakan lebih 450 tadika dalam pembelajaran mereka di seluruh Lembah Klang yang diasaskan oleh Ms. Ho Teh Eng, seorang bekas jurutera.  



TV Al Hijrah juga dalam rancangan Assalammualaikum juga menyediakan slot Little Scientist bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi bersama pengacaranya Nurazidah Mohamed

Memetik kata-kata beliau

“Slot Little Scientist merupakan program untuk kanak-kanak di tadika dimana mereka akan didedahkan dengan pembelajaran sains serta mereka sendiri akan melakukan eksperimen dengan saya. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana mengendalikan program bersama kanak-kanak” “Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.” “Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”




Pada Rabu yang lepas Pengasas Program Little Scientist telah dijemput ke radio IKIM FM untuk berkongsi dengar pendengar berkenaan program ini. Pada yang terlepas dengar tu, boleh dengan di sini https://soundcloud.com/ho-teh-eng/20140709-little-scientists-on-ikim-fm-with-ms-ho-teh-eng-ustazah-isfadiah-mohd-dasuki

Atau  disini


 Gambar ketika Ms Ho ditemuramah di konti radio IKIM.


Ms Ho bersama radio DJ IKIM FM

  Antara gambar semasa Abah join program tersebut.





Pada pendapat Abah, pembelajaran Sains secara santai ini patut diperkenalkan di semua pra sekolah dan tadika yang ada. Perkaitan antara Sains dan Islam sangat rapat. Sains menjadi bukti kebesaran Allah SWT, dan program Little Scientist ini menjadi medium untuk melaksanakannya.

Kepada para pengusaha tadika atau bakal pengusaha, Program Little Scientists ini bagus dimasukkan sekali dalam modul pembelajaran di tadika korang.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung melalui cara dibawah

Tel : 010-766 6128
Emel : enquiry@littlescientists.com
Website : www.LittleScientistS.com
Online Shop : www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel : http://www.youtube.com/littlescientistvideo
Twitter : www.twitter.com/Lil_Scientists
Instagram : www.instagram.com/theLittleScientistS
Facebook : https://www.facebook.com/TheLittleScientists

Ulasan

✿INA AINAA✿ berkata…
Sesungguhnya Sains itu memang best! hehehe. Ena suka bab2 berkaitan dengan Sains ni sebab banyak benda baru tentang alam sekeliling yang boleh kita pelajari
ejulz berkata…
terbaek.. kanak2 suka benda pelik2 camni.. hehe.. perasaan ingin tahu dan mencuba.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" jika belum join.. tQ ^_^
shamfariz berkata…
memang betul la..mmg bapak budak yang sernok tu... dah tinggal lama kan zaman sekolah...
Rizziela berkata…
mesti syok kan sampai mama & abah pun joint sekali
PCL berkata…
Cara pembelajaran sudah semakin mencabar minda..kanak2 seharusnya didedahkan dgn dunia pemikiran kreatif terkini sealiran dengan zaman sains dan teknologi..zaman sudah berubah..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!