Iklan Raya 2014 yang patut korang tengok!

Mungkin pada sesetengah orang, iklan adalah sekadar iklan. Tapi iklan juga boleh membawa mesej yang mendalam pada hati seseorang. Iklan raya pada tahun 2014 banyak yang menarik dari yang kelakar sampai laa yang sedih.

Antara iklan raya yang memberi kesan ialah

1) Iklan RTM bertajuk Anugerah ni... boleh tengok di sini...





2) Iklan raya dari Petronas: Ke pangkuan Bonda. Memang menggamit beraya kat kampung! Tiba-tiba rindu nak raya kat kampung Tanjung Tualang kampung arwah abah. Part beratur kat bilik air tu tunggu turn nak mandi Abah dah merasa dah! hehehehe (kat bawah nih ada gambar kampung Abah!)




3) Iklan raya RTM: Ini Baru Raya!. Memang terkena batang hidung sendiri! hehehehe





4) Iklan Raya dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah (JKKN Sabah): Kuih Ibuku... tersentuh woo...





5) Iklan Raya dari TM: Adik. Iklan nih sangat comel! Saya suka! saya suka!




Jadi korang suka yang mana?

Gambar ni suasana kampung kat Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak, kampung adik-beradik arwah abah Abah. Gambar ni sepupu Abah snap baru-baru nih masa nak buat dodol.

Rumah pusaka belakang tu tempat kami berkumpul ramai-ramai

Haa nampak rumah kecik belakang tuh? Dulu kayu binaan dia! Ngeri ko kalau sakit perut malam-malam! Hahaha

Dodol yang hampir nak siap!

Ulasan

Yanty Lee berkata…
Teringin nak de suasana kampung ...
PCL berkata…
iklan tu baru satu je aku dah tengok..yg serkop ayam tu.., tp best la reramai buat kacau dodol...kumpul lama x jumpa famili...memang sempoi la moment mcm tu..
Sue Izza berkata…
seronoknyaaaa masih lagi buat dodol...kat g kita suma dah tua2 yg muda2 tak pandai,so beli je la huuhuuu
AdamIna berkata…
salam...
tg tualang? batu berapa? kg saya pun kat tg tualang gak.. :D
::EIDA:: berkata…
ohoii lamaa tak makan dodollllll

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!