Ya Allah! Kaki Amni!

Pagi kelmarin (Jumaat lepas) semasa di highway dalam perjalanan ke pejabat, Mama call Abah, menangis nangis, alamak!!! kenapa pula nih! Masa tu Abah baru jer lepas R n R Seremban, jadi takde tempat nak berhenti, suara Mama pula, putus-putus tak jelas! Abah dah tak senang duduk, kenapa pula nih! Ya Allah!! Bagilah aku ketenangan! Yang Abah dengar Mama suruh Abah balik cepat!

Abah takde pilihan lain, kena keluar tol Seremban dan patah balik ke Putrajaya, alamak masa nih baru teringat, minyak tak isi lagi, lampu amaran dah kelip kelip, touch n go tak top up lagi! Abah nekad, bawa jer kereta terus, harap-harap tak habis minyak tengah highway, tol boleh pakai cash. Pasang lampu besar kereta, pasang signal kecemasan, Abah terus pecut kereta, nasib baik kereta tak banyak hala ke KL. Dalam perjalanan tu, Abah cuba call jiran depan rumah, tapi tak dapat. Lepas tu cuba call jiran lain pula, Alhamdullillah dapat, terus pesan kat dia tolong tengokkan Mama dan Amni sementara Abah nak sampai sana, lagipun Abah tak tau cerita, kenapa Mama nangis? Apa jadi kat Amni?! Risau gila bila pikir macam-macam dalam kereta tu! Sambil-sambil tu berdoa, berzikir agar takde apa yang teruk jadi kat Amni atau Mama.

Bila sampai tol Bangi, Abah sedikit tekanan huhuhu sebab kena beratur nak bayar tol, kalau pakai smart tag kan cepat sikit! Lepas tu terus pecut ke rumah, bila sampai rumah, tengok Mama dah takde, Abah agak mesti Mama dah ke Emergency Dept. Hospital Putrajaya. Abah call jiran Abah nama Kak Ton tu, dia kata Mama dah pergi sendiri hospital, dia tak sempat temankan. Abah pun terus pecut ke ED. Sampai ED Abah cari Mama, tapi takde, tanya di kaunter rupanya dah dihantar ke X-ray. Jumpa Mama di X-ray tengah tahan menangis, mata merah, air mata bergenang, bila nampak Abah jer, terus pecah air mata, hadoihhh... lagi laa Abah sedih... tapi Amni tak menangis cuma macam merengek sikit, mungkin sebab sakit.

Abah tanya Mama kenapa dengan Amni, Mama jawab, jari kaki Amni terbelit dengan rambut, terus Abah tengok jari dia tuh! Allahuakhbar! sedih! terkejut! bila tengok jari kaki Amni yang bengkak tuh! Ada rambut yang dah terbelit kat jari dia tuh! Sampai bengkak besar! Risau! Takut! semua ada dalam kepala otak Abah nih! huhuhu, berdoa kat Allah agar tiada apa yang teruk jadi kat jari Amni! Mama cerita kat Abah, masa dia tengok jari kaki Amni tuh, dah biru bahagian bawah dia, Mama terus hisap nak kurangkan biru tuh! Rambut yang terbelit tuh sangat ketat, bila pegang jer Amni terus menjerit menangis! Kesian Amni! Jari dia tu macam kita pakai cincin lepas tu bengkak besar sampai cincin tu tenggelam! Yang kaki Amni nih rambut belit, jadi lagi tajam laa, terbelah dah sebelah bawah jari tuh. Lepas tu, Abah bawa Amni masuk untuk X-Ray. Mama masih menangis lagi. Masa x-ray, Amni tak menangis, lepas tu bawa semula ke emergency, kebetulan pagi tuh tak ramai pesakit, jadi doktor pakar dapat tengok Amni cepat. Bila dia tengok tu, dia kata blood circulation masih ada sebab kulit masih merah. Biru kat bawah jari tu, Abah tengok dah takde. Lega sikit, bukan apa, risau macam-macam dah.. Allahuakbar... tak tunjuk riak  muka tu.. cuma buat rileks jer! Dalam hati ni Allah jer tau!

Doktor cakap diorang akan bawa Amni masuk bilik prosedur untuk buat rambut tuh. Mama dan Abah kena tunggu luar sekejap. Apa Abah boleh buat cuma tenangkan Mama, sebab kesian kat dia, Mama panik, Mama kena bertenang, semua akan selamat, InsyaAllah doktor buat yang terbaik. Ada staff kat situ beritau, jangan risau, doktor yang buat tu doktor pakar, lega hati nih dengar. Jiran Abah yang jururawat kat ED tu pun tolong tenangkan Mama, Alhamdullillah Mama ok sikit. Semasa tengah tunggu tu, terdengar jeritan Amni dari dalam bilik prosedur tuh! Mama mengalir lagi air mata dia.. Abah berharap Amni takde apa-apa. Risau! Risau! Risau! huhuhu.. Tiba-tiba ada doktor keluar beritau kami, semuanya ok, dah siap dah, tengah balut kaki Amni. Doktor pakar tu kalah tak silap Abah nama dia Dr. Noraiza ke Norazila ke Nor apa tah! hehehe lupa lak! Lembut orangnya. Bitau kami, kaki Amni InsyaAllah ok, darah masih mengalir cuma luka sebab kaki bengkak, lepas tu bitau hari Isnin nih datang semula bawa Amni untuk follow up semula.

Setakat 2 hari ni, Abah tengok Amni ok, boleh main, boleh gelek-gelek bontot, boleh merangkak boleh macam-macam laa... lega rasanya. demam pun takde. Minum susu pun ok takde meragam. Alhamdullillah terima kasih Allah! Abah harap, besok bila jumpa doktor nanti, semuanya ok... Amin!

Tengah tunggu doktor di ED
Selepas keluar dari bilik prosedur
Bengkak dah susut banyak! Alhamdullillah!

Ulasan

Suria Amanda berkata…
alhamdulillah....harap2 xde apa yang mudarat...x sangka rambut begitu tajam ye...
Eta Nordin berkata…
Moga cpt sembuh.. Mcm mana bleh jd camtu eh?
mila berkata…
Mcm mn rmbut tu blh tbelit kt ctu? Tbelit sndiri atau cmne? Serius rsa pelik je.huhu..kesian si kecik.aduhai..kalo sy pon, jiwa ibu ni xtahan gk tgk ank mcm ni.
mama maman aka yana berkata…
mmg risau bila tgk anak tengah sakit.. bertabah la yer
PCL berkata…
tengok gambar bengkak tu baru tau bertapa seriusnyanya ..kan !, syukuralhamdulillah dah ok semuanya...

~ PCL
http://www.nazlee.com
http://gelagatorang.blogspot.com
mcmne boleh terbelit dengan rambut tu, cerita sikit, risau pulak saya,.. saya ni tgh rambut gugur, banyak rambut jatuh2 kat rumah..
Unknown berkata…
Ya allah..cian sangat..pasnie xmo dah ada sepah2 rmbut dlm umah..nampak gugur aje terus vacum..

http://qqhouseofhealth.blogspot.com
Axie04 berkata…
Alhamdullilah... moga amni cepat sembuh. patut la tadi nampak abah ngan amni main nyorok2 dengan mama. behave je amni. kiut sangat
Unknown berkata…
Kesiannya...
Semoa kaki amni cepat sembuh...
Sue berkata…
kesiannyeee.. kalau gitu gaya bengkak da surut.. time betul2 bengkak tu macamana laaa yea.. aduihhh

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!