Selamat Hari Jadi Abang Aqil!
Alhamdullillah, hari ini genap ulang tahun ke 6, kelahiran anak sulung Abah, Aqil Muhammad Rayyan Bin Huszaini. Masih teringat-ingat jeritan mama yang kuat itu masa nak melahirkan Abang! Hihihi sorry Mama!! Memang tak leh lupa!!
Masa tu, Abah dapat teman Mama di bilik bersalin Hospital Putrajaya, mak mertua Abah tunggu kat kerusi luar ruang menunggu kaunter Dewan Bersalin tu. Nak cerita macam mana kuatnya Mama (betapa kuat, sabar, cekal seorang perempuan yang nak melahirkan anak!) rasanya dah ramai yang tahu, cuma Abah nak share kat sini, bila Abang dah pandai baca, Abang tahu betapa besar pengorbanan Mama. Masa tu Mama tengah teran untuk keluarkan Abang dari perut Mama, ialahkan pengalaman pertama Mama bersalin, puas doktor cakap, puan jangan jerit! Tapi teran! Baru baby keluar! Abah yang berdiri sebelah Mama pun dah dup dap dup dap. Tiba-tiba keluar satu jeritan yang amat kuat dan lahirlah Abang. Bila dah keluar tu, doktor suruh Abah tunggu di luar sementara doktor dan jururawat nak bersihkan badan Abang.
Duduk di luar, sembang dengan mak mertua Abah yakni Abang panggil Opah. Opah pun tanya Abah siapa yang jerit kuat sangat tu? Satu hospital boleh dengar?! Opah tanya Abah. Abah gelak dulu pastu jawab Mama lah yang jerit! Opah pun gelak sama! Opah siap cakap, anak siapalah yang jerit kuat sangat tu! Rupa-rupanya anak sendiri! Kekekeke.
Selepas tu, jururawat panggil Abah masuk untuk Azankan Abang, saat itu indah sungguh bergelar seorang Abah!
Abang, Abah doakan Abang dan adik-adik Abang menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan yang berguna pada masyarakat, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati Allah SWT.
Happy birthday Abang! Selamat Hari Jadi yang ke 6 Abang! Abah dan Mama sayang Abang sangat-sangat!
Ikhlas dari,
Abah, Mama, Kakak, Kak Ngah, Kak Chik dan Amni!

Abang dah pandai bawa basikal! |
Ulasan
Semoga jadi anak yang soleh,
dan abang yang pelindung kepada adik-adik...
DImurahkan rezeki, dan diberkati segala usaha abang kelak....InshaAllah...
Uncle syg abg Aqil!! <3
Moga kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian dan menjadi anak yang soleh.. ;)