Pada hari Ahad yang lepas 13 April 2014, Abah sekeluarga berpeluang pergi ke
Farm In The City (FITC). Sebenarnya memang dah lama teringin nak bawa AMRAFAHAN ke sini. Abah dapat tahu kewujudan tempat nih selepas keluar kat tv tahun sudah. Rupa-rupanya tempat ini dah dibuka pada umum sejak 2 Jun 2012 lagi! Ketinggalan sungguh Abah nih! Hehehe. Ingatkan jauh tempat ni, rupanya dekat jer dengan Putrajaya nih, lebih kurang 20 minit perjalanan. Abah dapat pergi ke sini pun atas jemputan
Virtual Malaysia.com bersama blogger-blogger lain seperti
Ben Ashaari,
Marqis Careno,
Mawardi Yunus dan lain-lain yang Abah tak berapa kenal! huhuhu. Haaaa!! Itu yang best nya jadi blogger nih! Free ko! Dapat masuk sini! Hehehe. Terima kasih
Virtual Malaysia.com sebab sudi jemput kitorang semua!!
Pada pendapat Abah, FITC satu tempat yang sesuai untuk keluarga dan juga bujang beriadah dan untuk mengenali haiwan-haiwan yang kebanyakkannya ada di kampung-kampung. Macam-macam haiwan ternakan ada, siap boleh bagi makan lagi, pengalaman yang bagus untuk anak-anak kita teroka sesuatu yang baru. Maklumlah duduk kawasan bandar mana nak jumpa semua nih!
AMRAFAHAN sangat teruja laa bila tengok persembahan burung kakak tua, pegang dan beri makan pada kura-kura gergasi, lembu, arnab, burung-burung, ikan, itik dan lepas tu dapat pegang anak ayam, arnab, pegang ular sawa! Haaa Mama masa nih dah terliuk-liuk badan leher semualah sebab geli! Anak-anak dia selamba jer pegang ular sawa tu! Hehehe kecil lagi baru berumur 2 tahun.
Ada satu bahagian FITC nih, ada taman permainan stail dulu dulu, jongkang jongket kayu, buai kayu, gelongsor kayu. Klasik wooo!! Teringat zaman Abah kecil-kecil dulu!!
Lepas tu budak-budak campur bapak budak pun boleh tangkap ikan kat longkang! Jangan risau! Air longkang nih jernih, memang dibuat khas untuk budak-budak main tangkap ikan. Nama kawasan nih Longkang Fishing! Memang sakan AMRAFAHAN dapat main air sambil tangkap ikan! Mana nak cari semua nih kat bandar sekarang! Rasanya kat kampung pun dah susah jumpa!
Longkang Fishing ini berada di tengah-tengah track dan bersebelahan dengan cafe. Jika rasa haus ke lapar bolehlah beli disini. Kalau nak rasa suasana kampung boleh cuba di Restoran FITC yang berada dihujung track bersebelahan dengan kandang kuda. Kalau nak naik kuda atau cakap omputihnya Horse Riding bolehlah beli tiket dikaunter. Harga tak tau sebab kami tak naik! Lagipun masa tuh dah tengahari kuda nak rehat. Si Abang sampai merajuk sebab tak dapat naik kuda! Huhuhu
Kejap lagi Abah cerita pasal harga tiket dan tempat dia kat mana yer! Kita layan dulu gambar-gambar yang sempat Abah ambil!
|
Papan tanda yang menyambut kami! |
|
Sampai-sampai jer terus kami bergambar kat sini. Jenuh nak suruh diorang senyum!
|
|
En. Jeffry, orang kuat Virtual Malaysia yang berbaju kelabu pegang kamera tu. Nampak tak AMRAFAHAN tengah tak sabar nak masuk FITC! |
|
Berjanji nak jumpa dua orang blogger bapak-bapak di FITC, Daddy Ben dan Abah Careno
|
|
Sessi penerangan dari wakil FITC sebelum tour bermula
|
|
Ini ialah kuda pony! Bukan kuda nih yang buat ride tu, tapi kuda lain |
|
AMRAFAHAN excited tengok pertunjukkan burung kakak tua! Waktu show kalau tak silap Abah pukul 11.30 pagi |
|
Burung nih kena tembak lepas tuh pengsan! Comel jer! |
|
Burung kakak tua! Hinggap di jendela! Abah sudah tua, giginya masih penuh! hehehe |
|
Ini burung kakak tua merah! |
|
Ini burung kakak tua biru! |
|
Ini ialah musang! Telinga capang ko! |
|
Abang menyelit kat sini |
|
Sessi bagi kura-kura gergasi makan! |
|
Semua takut-takut nak beri makan kat kura-kura nih! |
|
Jumpa penyu! |
|
Kura-kura zaman dinosaur |
|
Tengok cengkerang kura-kura tuh! |
|
Kura-kura paling susah nak jumpa! Abah cari tak jumpa, tiba-tiba Aqil jerit dia dah jumpa! |
|
Abah! Abah! Abang nampak bontot kura-kura nih! Hahaha |
|
Ular sawa ketiga terbesar dalam kandang seluruh Malaysia ada kat sin! Besarnya!!!! |
|
Nampak tak kat atas tu? |
|
Nih pasangan dia! |
|
Buaya terkecil di dunia! yang pasti buaya nih belum kena lempang lagi dengan bomoh! |
|
Nampak ekor jer! Pemalu kot buaya nih! |
|
Burung nih jinak tau! Dia terbang kat tangan kita lepas tu makan bijirin kat tangan kita! |
|
Semua nih bebas! Boleh pergi dekat-dekat |
|
Burung apa tah! |
|
Masing-masing sibuk nak beri makan pada burung dan itik yang ada kat situ |
|
Ini AN aka Kak Chik kot... abah tak cam! hahaha |
|
Ini ialah itik! hehehe |
|
Macam burung cenderawasih! |
|
Bukan senang nak ambil gambar diorang pandang kamera! huhuhu |
|
Jinak-jinak belaka!! |
|
Ayam belanda known as Turkey! |
|
Kambing gurun nih boleh berdiri dua kaki jer! |
|
Rusa duduk sekandang dengan kambing tadi! |
|
Besar tau kambing nih! |
|
Best dapat goreng ayam nih! Hahahaha gebu macam Najeeb! |
|
Kangaroo kedua terkecil di dunia |
|
Memang kecil jer kangaroo nih! |
|
Ada ladang sayur dan buah-buahan. Tapi takde musim! |
|
Orang-orang! Ngeri ko! kalau jumpa terserempak malam-malam! huhuhu |
|
Nak ke ladang sayur dan buah-buahan kena turun bukit sikit. Jalan ni menuju taman permainan kanak-kanak yang klasik tuh! |
|
Sarang burung merpati |
|
Ada telaga! Susah dah nak jumpa sekarang nih! |
|
Lembu ini sangat besar dan boleh diberi makan pada dia! |
|
Burung unta yang tertanggal habis bulunya! |
|
Penghujung jalan, taman permainan kanak-kanak |
|
Klasik kan jongkang jongket nih! |
|
Abang pertama kali main buai berdiri, dulu Abah terrer woo main buai! |
|
Layan!!! |
|
Layan juga!! |
|
Nih lagi layan! Betul-betul mengimbau zaman dulu kala! |
|
Longkang Fishing! Paling best sebab dapat main air dan tangkap ikan! |
|
Sebelah longkang nih tempat guinea pig dan arnab. Boleh beri makan kat sini |
|
Comel kan! |
|
Mula-mula tak dapat ikan, siap suruh Abah buat, tapi Abah biarkan aje, lantaklah nak buat macam mana! |
|
Abang memang pandai! Banyak juga dia dapat tangkap ikan! |
|
Dah tangkap, tuang balik lepas tu tangkap balik! |
|
Comelnya arnab nih! |
|
Ini pun comel! |
|
Penuh dengan budak-budak tangkap ikan! |
|
Masih tak puas hati sebab belum dapt ikan lagi |
|
Nampak tak hujung sana tuh, siap baring-baring lagi nak tangkap ikan. Bro baju merah nih lagi laaa... sangat bersungguh-sungguh! |
|
Haaa! Panjat! panjat!! |
|
Landak ni menyorok pula! |
|
Ada iguana laa! |
|
Pertama kali pegang anak ayam. Abang panggil ini burung! hehehe |
|
Tak tengok kamera langsung! |
|
Terbang! terbang! Abang suruh anak ayam tuh terbang! |
|
Arnab ini sangat comel dan bulunya sangat gebu!! |
|
Seronok dapat pegang sendiri! |
|
Helang ni dok diam jer! |
|
Anak ular sawa baru berumur 2 tahun |
|
Dapat sijil tu selepas lawatan! Anak-anak jer dapat. Mama dengan Abah tak dapat! Abang merajuk taknak bergambar sekali sebab tak dapat naik kuda! |
Tempat ini memang menyeronokkan, lagi-lagi pada kanak-kanak. Boleh kenal macam-macam. AMRAFAHAN siap minta datang lagi ke sini. InsyaAllah nanti baby Amni dah besar sikit kita datang lagi ke sini yer!
Kalau nak datang sini, Abah syorkan datang awal masa dia buka, takde lah panas sangat nanti, setengah hari juga laa pusing FITC nih! Kena teroka semua baru puas dan berbaloi apa yang kita bayar!
Lokasi:
Farm In The City ini terletak di Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor. Kalau korang tau pasaraya Giant berhampiran Pasar Borong Selangor tu, senang laa cari sebab FITC terletak di belakang Giant tu, alaa nanti ada signboard tunjuk ke situ. Susah sangat guna Waze jer cari Farm In The City.
Klik sini untuk lihat google maps ke situ.
Waktu Operasi Farm In The City
- Isnin : 10 pagi hingga 6 petang
- Selasa: Tutup
- Rabu - Jumaat : 10 pagi hingga 6 petang
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, cuti umum : 9.30 pagi hingga 6 petang
Harga Tiket:
Pemegang MyKad (Warganegara)
- Dewasa : RM30
- Kanak-kanak dan Warga tua: RM25
- Harga untuk kanak-kanak umur dibawah 12 tahun. Jika tinggi kurang dari 90cm masuk adalah percuma
Bukan Warganegara
- Dewasa: RM48
- Kanak-kanak dan Warga Tua: RM38
Ulasan